Entri Terkini :

Mawar Sumbang

Terlihat sekuntum bunga yang layu dulunya mekar dan mewah dengan siulan madu memanggil kumbang yang ketandusan manisan namun dirinya terbiar gugur dan mati akhirnya kerana tiupan angin mengundang musimnya luruh ke pagar dunia. Dia pernah berseri dan serinya tiada tolak bandingnya dan dia pernah menghiasi laman namun megah setelah dipuja maka terbitnya duri mempertahankan diri tetapi patah setelah ditepik oleh rakusnya jari jemari akan tetapi dia biarkan sahaja, kenapa? Adakah setelah ia sudah dikenali sebagai sekuntum bunga mawar merah yang mahir dan tangkas mempertahankan diri dia sudah mula lupakan diri yang asalnya dari putik mentah? Mengapa dibiarkan diri dibakar terik mentari? Oh bunga yang dulunya cantik dibaham kemarau perit haus di akar mencari air.


Sebelum mati sempat berbicara dari syair dan puisi lalu bermadah pula merobek hati sang kumbang yang ada dalam ketiadaan menghitung semarak jingga bersama merahnya si bunga tika warnanya berona kasar. Keharumannya menusuk rongga terbuai mimpi purbakala sehingga lamunan diterjah masuk ke alam yang tidak nyata. Seronok bukan kepalang lagi. Aduh... aduh... durinya berbisa sakit sekali ditusuk curiganya. Aduh parah luka ini semakin berdarah melihat gugur bunga kembang di taman larangan dipetik orang dan dibunuh kejam tanpa simpati oleh air dan awan nan mendung.

Penyair itu rebah dalam mentafsir sekuntum bunga yang endah tidak endah. Biarkan... biarkan bunga itu mencoret askara fitnah. Biarkan sahaja wahai penyair muda kerana rebahmu tiada nilainya setelah berputus asa. Usahlah dikau menilai bunga itu dari seri kembangnya tetapi nilailah dari akarnya sejauh mana dia berusaha mencari air selama mana ia hidup di taman hiasan.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.