Sayang... Dengarlah ucapanku ini, dengarlah baik-baik sayang kerana ianya adalah lagu nan indah dalam senyuman. Lembut wajahmu mendamaikan sukmaku dan aku ingin bersamamu hingga akhir hayatku ini sayang...
Sayang... Jiwaku tulus mencintaimu dan hatiku yang gugur ini mahu ku cantumkan bersama dengan hatimu. Adakah hatimu setia menerima lusuhnya separuh hatiku ini bersatu dengan hati sucimu itu?
Sayangku... Hatiku hitam sayang, dulunya gelap namun setelah bertemu denganmu hatiku tersenyum, hatiku merindu dan hatiku telah jatuh cinta. Indahnya sayang dalam dakapan kemesraan di bawah payung awan biru berdinding angin bayu berpuput lembut membelai tubuh lalu hatiku menjadi bening semula kerana kau hadir dalam setiap mimpi-mimpiku.
Duhai sayangku, matilah aku tanpamu, lemahlah langkahku tanpa seri wajahmu dan teruklah aku dipukul rindu bertalu-talu dan akan merangkaklah aku nanti setelah dihentam dosa lalu, dosaku mengkhianati budimu terdahulu. Maafkan aku sayang kerana di situ aku telah buta. Di situ juga aku tidak melihat yang benar kerana hatiku ketika itu hitam dan gelap. Ketahuilah sayang bahawa aku jujur mencintaimu. Hatiku rapuh tanpa nadi kasihmu. Berikanlah aku peluang sekali ini membuktikan benarnya kata hatiku yang sayangkan dirimu.
Sayangku... I Love You So Much.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)