Maut tolak lamaran
- Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ditikam lelaki 50-an
ditikam lelaki 50-an
- Akibat menolak lamaran untuk berkahwin
Rasa terpanggil pula untuk mengulas kejadian ini. Rasa sedih dan pilu di relung hatiku kala membaca berita di akbar Metro hari ini, Rabu, 4 Mei 2011 muka surat hadapan. Hamba terkilan pembunuhnya adalah seorang lelaki sudah separuh abad melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu.
ALOR SETAR : Suspek dikatakan sudah berumahtangga tetapi masih mampu mengadakan hubungan dengan siswazah berusia 23 tahun itu. Suspek seorang tukang masak itu tidak dapat menahan marah kerana mangsa meminta putus. Apa semua ni? Kenapa semakin hari manusia semakin hilang kewarasan akal? Apakah yang mendorang suspek sanggup menikam mangsa yang bernama Ratna Sufizzahriyyanti Omar,23 itu?
RATNA SUFIZZAHRIYYANTI
... mati ditikam dengan pisau
Kejadian tersebut berlaku rumah sewa suspek. Si mangsa hadir ke situ untuk memutuskan hubungannya dengan suspek namun malang tidak berbau setelah suspek melakukan perkara di luar batas normal seorang manusia dengan menikam mangsa berkali-kali di badan, dada dan tangan dengan sebilah pisau.
Suspek - Tukang masak
P/S: adakah itu lahir dari rasa cinta? cinta tidak pernah membunuh tapi sebaliknya orang yang selalu membunuh cinta. Kerana cinta sanggup membunuh? hakikatnya cinta itu didorong oleh nafsu dan ia bukanlah cinta tetapi sifat manusia itu sendiri yang selalu menodai cinta dengan hawa nafsu yang buas dan ganas. Sesungguhnya itulah kejayaan Iblis menyesatkan manusia selama mana dunia belum lagi kiamat. Suspek tersebut sudah berumahtangga tapi masih lagi miang dan gatal. Hurm....
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)