Entri Terkini :

Hilangkan Tension

Tatkala jiwa tertekan dengan kesibukan kerja yang banyak maka hamba tidak dapat nak elakkan stres merundung hadir meruntun perasaan yang sering dibelengu keletihan dan kelesuan. Sudah namanya kerja maka setiap orang mestilah bertungkus-lumus menyiapkan kerja yang diamanahkan. Apa yang penting kerjasama dan kejujuran serta keikhlasan dalam melakukan perkerjaan menjadi keutamaan. Betul tak?

Hamba cuba lari tapi bukan kerana hamba takut tapi hamba cuba nak alihkan seketika rasa sibuk itu dengan memikirkan hal lain. Tapi bila fikir hal lain, hal kerja juga masuk dalam kepala. Bagaimana hamba nak buat ni? Hamba terfikir. Kerja hamba ni hari-hari menghadap komputer jadi apasalahnya sesekali buka permainan video. hehe...




Dalam diam-diam hamba join dari bilik pejabat berperang dengan pelanggan. Ha ha ha... teruknya hamba tapi apa boleh buat hamba dah lama perhatikan game ni tapi tak sempat nak main game ni tetapi hamba terpaksa curi masa sebab hamba tertekan. Selepas main perang-perang ni asyik hamba sahaja yang mati kena tembak. Barulah hamba sedar bahawa hamba ni tak pandai berperang pakai senapang. Hamba berperang pakai ilmu di dada :P

Seronok pula hamba main game ni. Tuan hamba cuba-cubalah main game ni. Game yang tak pernah lenyap ni. Dari dulu sampai sekarang game ini masih diminati oleh kanak-kanak mahupun golongan dewasa kerana ia dimainkan secara multiplayer. Sungguh seronok :-)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.