Lihatlah langit biru itu yang bakal berubah gelap bila malam menjelma namun hakikatnya ia sebenarnya tanpa warna. Hanya lahir dari pandangan mata. Bagaimana sekiranya nikmat penglihatan ditarik oleh Yang Maha Esa? Siapa yang nak halang?
Berikan aku masa mencuba untuk mengenal realiti hubungan persahabatan. Berikan aku ruang untuk aku selami erti kasih dan sayang. Tunjukkan aku di mana tempatnya yang sesuai untuk aku memahami segala isi yang ada di dalam perigi cinta. Agar aku dapat merasakan kebeningan air embun sejati di dalam hatinya dan hatimu. Tapi hamba tetap berasa hairan mengapa jiwa selembut ini ditoreh dengan pisau hasad dengki? Walhal kita sama-sama di dalam bidang ini, berkarya. Silunep dan Silevon apa bezanya? Semua itu dari mata pena. Tapi sekarang orang pakai MS WORD guna keyboard. Hiks. Ada yang pakai bermacam-macam teknologi terkini. Jadi apa bezanya Silunep dan Silevon sebenarnya? Silunep dan Silevon adik beradik kembar ke. Jadi apa bezanya Silunep dan Silevon?
Silunep dan Silevon atau Silevon dan Silunep dekat-dekat je jadi apa? Menulis? Kebanyakkan orang tahu menulis. Jadi apa bezanya? Hakikatnya ia tak ada beza pun. Kalau benar ia berbeza kenapa tinggi sangat martabatnya? Susah nak hasilkan karya untuk bergelar Silevon? jadi bermula dengan Silunep. Silunep itu lagi besar pengorbanannya kerana di situ sepak terajang bermula. Kalau tak bertahan maka abang atau kakaknya Silunep iaitu Silevon takkan muncul. Apa salahnya dia bergerak seiring? Nak mengutuk Silunep? hakikatnya Silevon itu yang tak kenal budi. Jadi apa bezanya? Marahkan Silunep yang hanya tahu membisu sahaja?
Namun ada sesetengah Silunep pula riak sebelum bertemu dengan Silevon. Belum apa-apa sudah bongkak. Sudah takbur sana-sini. Sudah mengadu domba dan mengada-ngadakan cerita. Sungguh sedih hamparan hati ini mengenangkan sikap begitu. Hamba hanya menumpang sedih kerana ini sahaja yang mampu hamba lakukan. Hamba ingin sedar sendiri. Kalau ada jalannya, berikanlah hamba masa untuk menilai dengan lebih mendalam jiwa Silunep dan Silevon.
(^_^) Like this entry? cuma tekan Like aje button dekat bawah :)
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)