Entri Terkini :

Masihkah Ada Yang Mendengar?

"Ya Allah... Jika ini yang Kau hadiahkan buatku untuk terus kuat maka aku pasrah Ya Tuhan namun ku tetap mengharapkan kesejahteraan dapat Kau berikan kepada kedua ibu bapaku, sanak saudaraku serta teman-temanku sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Untuk Rasulku Nabi Muhammad SAW kekasih-Mu amat aku kasihi kerana dialah pemimpin agung. Sesungguhnya aku merinduinya. Kau letakkanlah aku di bawah payung umatnya agar aku juga dapat meneguk setitis air dari telaga Al-Kauthar yang Kau bina untuknya serta buat umat-umatnya yang taat pada perintah-Mu Ya Allah... Jauhilah aku dari segala maksiat, hindarilah aku dari dosa-dosa yang tak terampun kerana aku takut pada-Mu. Aku takut Ya Allah. Sesungguhnya seksaan yang Kau akan berikan pada mereka yang ingkar adalah terlalu pedih. Aku takut... Aku takut Ya Allah. Aku takut pada-Mu dan juga seksaan dari Api Neraka-Mu yang sangat dahsyat.

Ya Allah, jika aku berdosa ampuni aku. Jika aku derhaka Kau ingatkan aku. Jika aku alpa kau insafi aku kerana aku merindui natijah dari taufik dan hidayah-Mu itu Ya Allah, Asma Al-Husna milik-Mu.

Betapa ramai lari dari benar-Mu, betapa ramai menghindari suruhan-Mu maka aku mungkin salah seorang dari mereka oleh itu maka aku takut kerana ketakutan ini lahir dari diriku insan biasa Ya Allah. Kau berikanlah aku kekuatan menghadapi liku-liku hidup ini. Kau sinarilah hatiku dengan cahaya petunjuk dari-Mu ke jalan yang lurus dan jalan yang diredhai oleh-Mu Ya Tuhan. Tuhan Yang Maha Agung, Maha Esa dan Maha Berkuasa. Dari Engkau aku hidup dan kepada Engkau aku mati. Ya Allah... Kau ampunkanlah dosa-dosa seluruh ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan juga dosa seluruh umat Islam. Kau redhalah akan mereka dan aku begitu yakin Hanya Kau Yang Mampu. Tiada yang mustahil bagi-Mu kerana Kaulah Maha Pencipta.

Amin Ya Robba Alamin."

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.