Entri Terkini :

Takut pejam tak celik-celik

Huh! mengeluh tak jadi tapi menguap berkali-kali. Kalau dah tidur lama masa diambil susah nak bangun bila terjaga dari lena yang panjang sungguh luar biasa rasanya biarpun bermimpikan perkara yang buruk-buruk.  Itu bagi mereka yang sangat kuat. Tapi bagi hamba memang buruk benor mimpi hamba malam tadi. Mimpi kena serang dengan kala jengking yang sangat dahsyat. Kala jengking itu hitam gelap dan kelihatan sangat garang serta menakutkan Memang kena sengat kala jengking aduh bisanya sangat luar biasa. Selepas itu anak-anak kala jengking turun dari belakang ibunya (tak pasti sama itu ibu atau bapaknya) datang dekat hamba yang terbaring lemah. Anak-anak kala jengking masuk dalam setiap hujung jari tangan hamba. Ya Allah hamba rasa ngeri.



Hamba terjaga dengan badan berpeluh-peluh. Ketika itu belum azan Subuh. Nasib baik hamba tak terkencing atas tilam dan hamba mengucap panjang-panjang selepas tu hamba buka lampu hamba tengok jari hamba tak ada apa-apa. Usai itu hamba tengok lagi tengkuk hamba di hadapan cermin hamba ternampak kala jengking melekat dekat dinding melalui cermin tu dan bila hamba menoleh tak ada.

Apakah makna mimpi hamba ni? Adakah hamba akan jadi Scorpioman? Hamba takut nak jumpa ustaz dan menceritakan akan hal ni. Hamba rasa ustaz tu fikir bukan-bukan. Hamba nak jumpa doktor cuma hamba jadi keliru dan was-was sekiranya ada doktor membuat cubaan menghantar hamba ke Tampoi. Apa semua ni? Mimpi ini mainan tidur dan kalau benar hamba akan menjadi Scorpioman maka hamba bercita-cita untuk menyelamatkan dunia.

p/s - ada sesiapa yang pakar dalam mentafsir mimpi? boleh tolong jelaskan?

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.