Dah lama hamba tak menulis cerpen. Hamba rasa otak hamba dah masuk angin tetapi hamba masih teringin hendak menulis walaupun hamab terlalu sibuk sekarang ni. Hamba meluangkan sedikit waktu untuk update blog hamba yang nampak sepi. Hamba tiada idea untuk menulis dalam blog kerana hamba rasa semangat hamba ni dah mula pudar tetapi nasihat rakan-rakan terus meminta hamba supaya bertahan. Baiklah hamba akan bertahan walaupun tidak ramai penulis lelaki dalam penulisan novel. Mungkin sebab inilah agaknya penulis lelaki susah nak hidup. Cepat putus asa tetapi jika tak berputus asa pun ruang seperti tidak ada dan peluang juga seolah-oleh tertutup terus.
Kenapa hamba berfikir sedemikian? Adakah otak hamba ini sarat dengan perkara-perkara negatif? Selama mana hamba berfacebook, hamba jumpa ramai juga penulis lelaki dan mereka menyuarakan perkara yang sama jadi hamba tidak tahu bagaimana caranya untuk hamba bangun? Hamba perlahan-lahan cuba meninggalkan bidang ini suku jalan sahaja kerana terhalang. Hamba cuba kaji mana silapnya dan hamba jumpa dan hamba perbaiki lgai tetapi tidak juga diterima. Apa malangnya nasib hamba ni. Hamba tak henti-henti berdoa semoga Allah memberi petunjuk pada hamba. Membuka ruang dan peluang pada hamba untuk terus menulis dan semoga DIA merestui hamba namun sehingga kini lemah sahaja doaku.
Tidak mengapalah, hamba akan melihat bagaimana cara menulis. Hamba akan cuba memperbaiki lagi dan lagi sekiranya hamba masih lagi mempunyai peluang. Hamba bersabar sahaja kerana hamba terpaksa mencari sendiri ilmu itu dan tiada siapa yang mampu memberi tunjuk ajar yang sebenar-benarnya. Hamba sendiri tidak tahu kenapa. Ada pula yang berlagak pandai dan hamba juga tidak tahu kenapa. Namun hamba tidak sepandai itu untuk mengajar orang lain kerana hamba sendiri juga lemah. Hamba bukan pakar.
Walau bagaimanapun hamba sangat-sangat gembira dan berbesar hati dengan fan club hamba yang sentiasa menyokong hamba. Tidak lupa juga pada anaconda, dragon, butterfly, lipas dan nyamuk yang setia temani hidup hamba :) ngehhhhhh~~~
Hamba pening cinta untuk menulis cerita tentang cinta. Hamba tidak terlalu matang dalam menghasilkan sebuah karya cinta. Pengalaman hamba tersekat kerana hamba kekal pening dan pening lagi pening serta pening sepening peningnya. :P
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)