Entri Terkini :

Tak Kering Gusi

Tak tahu nak cakap ape bila membace sebuah enovel yang boleh menggeletek perut aku. Aku pun tak tahu nak menilai macam mana kerana karya aku sendiri pun tak bagus. Aku memang suka baca cerita lawak. Serius aku boleh gelak guling-guling bila membacanya. Kadangkala tu effectnya lambat datang selepas dua jam baca baru tergelak. Aku lain sikit tapi tak tahulah korang macam mane pulak.

Aku sekarang ni luangkan masa baca karya orang lain. Siapa yang tulis cerita lawak gerenti aku akan ikuti cerita tu sampai habis. Hehe.. aku 'Like' sangat cerita komedi. Komedi romantik pun aku layan. Thriller aku layan gak tapi aku suka baca tengah hari. Kalau malam aku mengigau pulak. ak ak ak ak.

Ada sebuah cerita yang baru aku ikuti dan masih menunggu sambungannya, cerita Kontrak Cinta Duka atau tajuk dia sebelum ni Aku Mamat Kilang. Aku tengok tajuknya mestilah penceritaan utamanya adalah 'aku' yang jadi mamat kilang tu. Aku memang tak reti nak gitau mcm mane sebab aku bukan pakar dalam bidang penulisan aku tahu bace je. Part gelak aku gelak, part nanges aku fikir dua tiga kali nak nanges ke tak nak... ngee~~

cubalah ikut kisah Kontrak Cinta Duka, memang tak kering gusi korang membacanya. Cerita daripada Rylontus. Untuk membacanya sila [KLIK DI SINI]

Selamat membaca.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.