Bagaimana nak cerita ni? rasanya ramai yang agak tertekan bila Facebook tak boleh buka. Aku siap terima SMS dari kawan-kawan tanya "Wei... facebook kau boleh bukak tak?" dan bermacam bentuk pertanyaan yang dihulurkan. Macam mana aku nak jawab? Mula-mula aku ingatkan pc aku problem dan bertanya pada hati, virus mana pulak yang menganggu kedamaian aku sedang berfacebook ni kerana tiba-tiba tak boleh bukak page facebook. Bila aku bukan web lain okey je maka tanggapan aku mengatakan internet aku problem menyimpang sama sekali.
Bagaimana ni? Dengan facebook tempat cari makan dan cari kenalan... haaa... macam payah aje hidup tanpa facebook? Mana tidaknya ada kawan aku SMS lagi "Kenapa boleh jadi macam ni?" aku pun balas, "Soalan tu layak ditanya kepada Merk Zukckerberg aje," huhuhu...
Apa-apa pun aku tak nak cakap banyak benda kecik je pun, kut-kut je. Hurmmmm aku pun pening sebenarnya tapi aku tak tahu sama ada ia disebabkan masalah penggodam ataupun apa sahaja bentuk yang boleh dicurigai. Ahaks~ aku tatau adakah ia berlaku di sesetangah area sahaja ke atau pun apa ke benda? huh! dalam pukul 2 suku pagi tadi kut tak boleh bukak. Ahaks~~ kenapa ya? nak kena tanya dekat Merk Zuckerberg jugak ke?
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)