Entri Terkini :

Tak kena cara

Hamba ade kenal dengan seorang ni. Hamba dengan dia memang elok, kira kecoh jugalah kalau bab sembang tapi bila perhati lama-lama dia ni macam mana? Hamba jadi hairan sebab lama-lama dia menjauhkan diri dan secara tiba-tiba dia hubungi hamba dan mengatakan hamba sombong dekat dia. Hamba jadi pening lalat seketika membaca mesejnya. Hamba sedikit pun tak teruja malah hamba rasa semakin bosan. Kenapa cari hamba lagi kalau tuan hamba dah terlalu hebat? Hamba ni siapalah ye? Hidung tak mancung, pipi kereta sorong.

Bila hamba berduka lara begini macam-macam spesis orang wujud bak cendawan tumbuh selepas hujan. Merenyai pula di balik awan hitam. Hamba sabor ajelah. Hamba fikir sudah takdir Tuhan menemukan diriku dengan orang macam tu. Susah untuk ditafsirkan dengan minda normal hamba ni. Nak terkilan pun ada tapi hamba tahan aje.

Hamba ambil langkah ignore sebaik sahaja dia ignore hamba. Hamba berjalan-jalan pula membawa diri ke Mega Mall pagi tadi. Hamba saja pusing-pusing bandar Kuantan sebab hamba dah tension setelah hamba memikirkan kenapa perlu wujud orang macam tu di dalam kehidupan hamba? Sampai sekarang hamba tak jumpa jawapannya.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.