Hamba terpanggil untuk bercerita hal yang dah lapuk ni tapi bagi sesetengah blogger yang baru mungkin akan rasa tertekan atau terkilan. Hamba blogger baru juga dan hamba tidaklah terlalu aktif berblog selain posting karya. Hari ini hamba rasa sedih bila dapat tahu ada kes pergaduhan sesama ahli. Ahli dari one group tapi tak perlulah hamba cakap group apa tapi hamba perhatikan ada sedikit pelik bila isu ini dibangkitkan.
Selama hamba berblog ni hamba tak pernah dengar kes paksa memaksa ni sampai bergaduh. Paksa orang follow blog, komen artikel dan sebagainya. Tapi itu hak tuan punya blog kerana dia yang cipta blognya walaupun blog tu adalah free domain. Hamba ni tak sehebat blogger-blogger otai tapi hamba tengok otai-otai rileks aje ada beribu follower dan kata mereka tiada paksaan dalam berblog ataupun tak ada nak paksa orang follower blog. Just buat contest atau apa sahaja akan membuatkan blog mereka bertambah popular dengan entri-entri yang menarik.
Terkilan dengan dua pihak yang bertelagah masing-masing nak menang jadi tiada kesudahan maka perkara ini pasti berpanjangan. Hal ini terjadi kerana hati. Hati yang tidak senang antara satu sama lain terhadap kelebihan masing-masing. Hamba rasa pelik dengan dunia blog ni. Adakah ia sebagai platform penyatuan ataupun perpecahan? Biar apa pun jawapnnya, kita semua yang tentukan keadaan ini. Medium interaktif untuk kita kongsikan bersama bukannya kepentingan peribadi. Hamba sarankan jika ia blog peribadi tidak perlulah diheboh-hebohkan, hanya untuk orang-orang tertentu sahaja dan teruskan dengan misi dan visi. Jika ia private kekalkan dan jika ia open kekalkan begitu.

Sekian dari Hamba yang keliru. Berdamailah...
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)