Assalamualaikum... salam sejehatera buat pelawat blog ini, terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca karya saya di sini. Saya penulis karya ini yang tidak berapa mahir masih memerlukan tunjuk ajar tuan/puan sekalian. Jika ada kesilapan yang saya lakukan harap dimaafkan. Saya hanyalah insan biasa yang lemah dari segala segi dan masih mencari kelebihan dan memperbaiki kelemahan yang ada.
Saya cukup berterima kasih kepada anda yang telah menyokong karya saya. Saya juga gembira menerima maklumbalas yang positif mengenai cerita ini. Oleh yang demikian saya mengharapkan sokongan anda semua untuk karya ini di penulisan2u. Saya telah menghantar karya ini ke p2u untuk meraih perhatian pembaca di sana biarpun saya tahu karya saya tidak sehebat penulis-penulis tersohor.
Saya berkarya untuk anda dan untuk diri saya sendiri. Bersama-sama berkongsi cerita dan pengalaman melalui fiksyen yang menjelma dalam akal fikiran saya. Segalanya adalah imaginasi saya untuk anda membacanya. Penulisan saya tidaklah sebagus penulis lain dan saya cukup sedar akan hakikat itu. Walau bagaimanapun saya masih lagi bernafas dan masih mahu berkarya demi membaiki mutu persembahan saya hasil sokongan anda semua. Oleh itu marilah menyokong karya yang tidak seberapa ini di penulisan2u,
Segala teguran dan kritikan amat saya hargai. Setiap patah perkataan dari anda adalah amat berharga buat diri saya agar saya tahu di manakah silapnya. Saya insan biasa yang tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan.
Secangkir Madu Merah bertarung di Penulisan2u untuk bacaan anda. Semoga anda terhibur dengan penyampaian saya di dalam cerita ini. Klik http://www.penulisan2u.my/tag/secangkir-madu-merah/ dan berilah sokongan dan penghargaan anda buat cerita ini. Saya tidak tahu sejauh manakah karya ini mampu menapak...? Andalah yang menentukannya...
Sekian, Terima Kasih.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)