Entri Terkini :

Cintaku Pada Si Gadis Tomboy

 P/S :Ini adalah cerpen terbaru dariku semoga pembaca terhibur. Aku akan cuba memperbaiki mutu persembahanku dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada anda yang sudi menyokong aku selama ini. Walaupun cara aku  nampak kasar tetapi memang inilah cara aku. Aku tak tahulah macam mana nak beritahu, anda sahajalah yang dapat menilainya. He he he... apa-apa pun selamat membaca ya dan jangan lupa berikan padangan dan pendapat anda mengenai cerpen ini. Muah~~~
 _____________________

Aku mencintainya setulus hatiku. Aku sayang padanya kerana cinta dalam hatiku bertahan sedetik cuma. Tidakkah dia mencintai aku walaupun sekelumit? Dia adalah insan yang aku cintai secara sembunyi. Kerana satu cinta aku mengejarnya. Kerana inginkan kasih sayang aku menyimpan hasrat ingin bersamanya. Cintaku kelam kera...na tidak dapat melihatnya. Maka aku ingin menghubunginya. Aku mahukan nombor telefonnya dan aku telah dapatkan kerana aku rindu. Aku ingin menghubunginya setiap malam. Ingin mendengar suaranya. Ingin bertanya khabar tentangnya. Namun... harga rinduku dibayar dengan rasa rimas dan bosan. Ucapan itu dikatakan tepat ke dalam telingaku menusuk luka. Dia rimas dan bosan terhadapku.

Meskipun sarat benar rinduku ini tidak tertanggung lagi. Sesarat awan yang membawa muatan air  akan menggugurkannya sebagai rintik-rintik hujan saat tiba waktunya, namun hujan bahagia itu bertukar kepada sebuah tangisan dalam hatiku. Aku dikecewakan dari jauh. Terlalu kecewa hingga hatiku membengkak. 

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.