Entri Terkini :

Saat Cinta Mula Bersemi

Saat cinta mula bersemi dalam menatap rindu yang terbuka di hati kian menular lalu menyegat perasaan. Tergoresnya rindu di dalam hati sendiri akan melahirkan luka yang terlalu pedih. Cermin kaca di jiwa mula retak dan akhirnya berkecai sehingga serpihan-serpihannya berselerakan lalu tapak kasih berdarah dek terpijak kaca berbisa itu, maka hidup terus diburu kesengsaraan yang tidak pernah menghilang. Begitulah ingin aku katakan bahawa hidup ini tidak selalunya indah maka keindahan yang sementara itu ingin dirasai oleh insan bergelar isteri dalam mengenai erti cinta dan setia.

Apa kena dengan aku ni? jiwang aje? hehehe, always jiwangkan? Tapi its okeylah kerana jiwaku masih lagi halus untuk mengerti bait-bait puisi kalian. Sukanya aku membaca puisi cuba memahami maksud yang mahu disampaikan. Alhamdulillah setakat ini masih sampai.

Berbalik pada tujuan entri ni, aku nak cerita keperitan seorang isteri yang berhadapan dengan egois seorang suami. Susah sungguh dan berat tanggungjawab dalam hidup berumahtangga ni. Ia tak semudah yang disangkakan. Namun kasih sayang adalah pengikat kebahagiaan. Kenapa aku cerita mengenai egois? Biasalah sikap itu ada di dalam diri cuma tahapnya sahaja yang berbeza. Aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat pembaca yang mengikuti kisah enovel terbaru dari aku berjudul Secangkir Madu Merah. Walaupun terdapat kesilapan di dalam entri tersebut namun aku telah perbaikinya di dalam manuskrip aku hasil dari teguran kawan-kawan yang sungguh prihatin terhadap gaya penulisan aku.

Pada yang belum mengikuti kisah itu bolehlah bertandang ke blog tersebut untuk membacanya. Syukur Alhamdulillah kerana cerita itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Terima kasih dan teruskanlah menyokong cerita tersebut. Cerita cinta penuh duri dan ranjau berbaur suka dan duka yang didukung oleh watak utamanya iaitu Zarina dan Rashid serta dibantu oleh Salwa dan juga Fazry Kamal. Jemputlah kalian untuk membacanya. Secangkir Madu Merah

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.