Assalamualaikum, aku masuk dengan bersopan ni sayang.... masuk dengan beradab sekali... hehehe yelaaa poning kepala aku bila memikirkan blog ini berat sangat. Kawan baik aku gitau aku yang blog aku ni ada hanturaya, hantu tindih dan macam2 spesis hantu ada dalam ni hingga memberatkan dorang nak loading masuk. Kasian aku rasa. Layout yang lama tu memang merimaskan, katanya. Jadi aku terima dengan hati yang terbuka.
Sebagai seorang yang penyayang dan berbudi pekerti ni aku prihatin terhadap pembaca / pelawat blog aku yang tak seberapa ni agar dengan mudah dapat baca entri maka aku pun ubah layout se-simple yang boleh. Aku tak reti nak lawa-lawa kan blog. Aku buang tu buang ni, cuma aku tak buang jantina aku aje.. hahaha aku stay lelaki not fonfuan jadi-jadian okkkeeeyyyy??? ngeeee...
Oleh yang demikian aku pun setting situ sana sinilah katakan nak bagi mudah. Memang jadi hanginnnn tatkala ubah itu dan ini bila line ferukkkkfan (broadband) buat hal asyik DC (disconnect) aje... argh~ eh?! leh emo tau macam ni. Tapi tak apalah sudah nasib badan. Credit to Zura... ngeee ~
Buat pembaca tersayang, blog ni just tuk entri2 yang aku nak gitau aje, yang entri novel aku asingkan. Tinggal beberapa novel sahaja aku belum asingkan entrinya lagi dari blog ni. Jadi makan masa sikitlah nak pindahkan semua tu. Tak apa perlahan-lahan dan ringan-ringan aje..huhuhu... jadi kura-kura pun okey gak dari jadi arnab........teringat cerita tu masa kecik-kecik tu yaa......
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)