kau biar aku rindu, kau biar aku pilu dan kau membiarkan aku tanpa khabarmu. kini kau hadir mengungkit kisah cinta lalu, aku sudah jemu lalu berpaling darimu. Saat aku memerlukanmu, di manakah kau? kenapa hari ini kau kembali lagi? Kau kata bahawa akulah yang kau cinta tapi kau tinggalkan aku tertanya-tanya,apakah sebenarnya hubungan kita? Sekadar pepohon yang menumpang? jelas ia adalah parasit cinta. Kau kata akulah kekasihmu, tetapi mana dia perhatian, mana dia kasih sayang? Tiada... kau telah dustai aku, kau telah kecewakan aku, kau meruntun jiwaku dan ketahuilah kenyataan ini, aku tidak akan menerimamu lagi di dalam hidupku.
Awak... sampai hati awak buat saya macam ni. Awak sepikan diri dan awak kata awak sibuk dengan kerja. Saya terima alasan awak saya percayakan awak tetapi kenapa awak seksakan hati dan perasaan saya hingga begini sekali? Kenapa awak tidak berterus terang nyatakan pada saya hakikat sebenar hati awak tu? Kalau awak ada yang lain kenapa perlu menyepi? katakan sahaja awak tidak mahukan saya. Awak tidak menghargai kesetiaan saya. awak hancurkan kepercayaan saya. Dan hari ini awak tanya apakah saya masih sayangkan awak? soalan apakah itu awak? Siapa tak sayang siapa? Hurmmm
Terima kasih awak... terima kasih di atas segalanya. Semoga awak menemui insan yang lebih baik daripada saya. Saya cukup sedar diri. Saya tahu siapa diri saya. Saya hanyalah Pengemis Cinta yang terus menerus mencari sucinya cinta. Mengerti kenyataan indahnya cinta namun awak telah menghancurkan budi rinduku. Awak telah memadamkan rasa rindu, awak merobek hatiku dan menggores dinding hatiku dengan pisau yang paling tajam sekali iaitu pisau janjimu itu... janji untuk setia. Janji untuk bersama. Kini semuanya dusta! dusta!!