Pulanglah
Pulanglah wahai teman
Kembalikan keceriaan kami di sini
Pedulikan pada mereka yang membenci
Masih ramai lagi yang menyayangi
Cemburu, dengki dan iri hati
Itu sememangnya adat dunia
Pedulikan itu semua
Jangan sampai melemahkan mu
Orang nak kata apa
Pedulikan mereka
Orang nak bilang apa
Pedulikan mereka
Menulis itu adalah jiwamu
Puisi itu adalah nadimu
Teruskan, lakukan kesemuanya
Jangan siakan bakat yang ada padamu
Untuk kesekian kalinya
Pulanglah, pulanglah
Kami di sini merinduimu
***
Rajukmu silih berganti saban waktu
meninggalkan pentas ini sesuka hati
tanpa pamitan, sepi tiada bicara
terbuai-buai di awangan menanti jawapan
tersilapkah aku dalam mengatur kata?
atau aku yang salah mentafsir.
Usahlah kau bermuram durja wahai sahabat
kususun jari memohon ampun dan maaf
andai tersilap lidah ini bertikam rona
buang sahaja yang keruh
kita ambil yang jernih
pertalian kita ini baru saja bermula
baru bercambah benih-benih harapan
moga-moga ia akan terus subur di taman impian
meneruskan misi bersama-sama
tak tumbuh tak melata
tidak bersungguh orang tak mengata.
meninggalkan pentas ini sesuka hati
tanpa pamitan, sepi tiada bicara
terbuai-buai di awangan menanti jawapan
tersilapkah aku dalam mengatur kata?
atau aku yang salah mentafsir.
Usahlah kau bermuram durja wahai sahabat
kususun jari memohon ampun dan maaf
andai tersilap lidah ini bertikam rona
buang sahaja yang keruh
kita ambil yang jernih
pertalian kita ini baru saja bermula
baru bercambah benih-benih harapan
moga-moga ia akan terus subur di taman impian
meneruskan misi bersama-sama
tak tumbuh tak melata
tidak bersungguh orang tak mengata.
***
saat kau ucapkan selamat tinggal..
ia sgt pedih..seakan2 tersiat ati yg sedia terluka ini..
ketika ati mula sembuh..ia kembali terluka..
luka yg berbeza..pernah dulu ku kehilangan teman..
kini perasaan yg sama kualami..
buatmu teman,
andai jalan ini yg kau pilih..aku sentiasa mndoakanmu..
pergilah,mencari dirimu..
semoga suatu ari nanti kau kembali dgn semangat yg baru..
ku hanya mampu menyokongmu dari jauh..
selamat maju jaya wahai temanku..
ia sgt pedih..seakan2 tersiat ati yg sedia terluka ini..
ketika ati mula sembuh..ia kembali terluka..
luka yg berbeza..pernah dulu ku kehilangan teman..
kini perasaan yg sama kualami..
buatmu teman,
andai jalan ini yg kau pilih..aku sentiasa mndoakanmu..
pergilah,mencari dirimu..
semoga suatu ari nanti kau kembali dgn semangat yg baru..
ku hanya mampu menyokongmu dari jauh..
selamat maju jaya wahai temanku..
***
mana kau pergi? aku susah hati
mana kau pergi? datanglah kemari
mari mari mike mari aku rindu ni
bukan aku sahaja masih ada lagi
kau kata nak ajar aku buat puisi
tapi kau pula terus menyepi
kau tak kasihan ke aku dekat sini?
menjelmalah walaupun dalam mimpi
janganlah kau berterusan begini...
mana kau pergi? datanglah kemari
mari mari mike mari aku rindu ni
bukan aku sahaja masih ada lagi
kau kata nak ajar aku buat puisi
tapi kau pula terus menyepi
kau tak kasihan ke aku dekat sini?
menjelmalah walaupun dalam mimpi
janganlah kau berterusan begini...
***
p/s : Aku menerima puisi-puisi itu di dalam email aku yang telah dihantar oleh seseorang. Aku membacanya dan aku merasakan bertuah kerana masih ada yang sayangkan aku. Apa aku boleh buat selagi mana aku dibenci selagi itulah aku meyepi diri. Aku tidak faham dan tidak mengerti sikap manusia yang suka mencaci aku. Aku tak faham kenapa sikap [BONGOK] masih terus setia di dalam hati induvidu yang tidak tahu erti berterima kasih? Aku benar-benar hairan. Maafkan aku kawan-kawanku sekalian. Aku tidak bermaksud untuk menyakiti hati sesiapa sekarang ni. Aku sungguh berterima kasih bagi pemilik-pemilik puisi di atas yang tujukan pada aku serta mereka yang memberi komen pada entri aku yang lalu. Aku faham perasaan kalian tapi biarlah mereka bertepuk-tepuk tangan kegembiraan. Aku tidak pedulikan mereka lagi. Seandainya aku kembali maka maafkan aku jika aku tidak sesopan sebelum ini. Biarlah keegoan aku yang membunuh diriku sendiri bukan mereka yang layak membunuh aku. Terima kasih di atas sokongan peminat-peminat karyaku. Aku bersyukur kerana kalian masih mahukan aku... kalian merindui aku...
~Kerinduan Tidak Berganti~
Carik hatiku tidak terubat kini
luka kasihku tiada galang di sini
menerobos masuk ke sarang jiwa sepi
lalu aku mengangkat mertabat diri
jika kau masih membenci
maka pergilah dari sisi
tidak ku mahu mendekati
insan sepertimu lagi...
(C) Miqael Arshad
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)