Entri Terkini :

Yuckk !!!

Semalam (12 Rabiulawal) sangat best sambut Maulidur Rasul... Alhamdulillah semoga kita akan selalu ingat pada Kekasih Allah ini. Nabi Muhammad SAW Nabi kita dan kita adalah umatnya. Tapi aku tetap rasa sedih yang teramat dalam. Terus terang aku cakap, manusia yang tidak punyai nilai murni dalam diri. Manusia itu adalah manusia yang menghamburkan kata-kata kesat. Kata-kata yang berunsur lucah di saat hari yang terindah semalam. Apa salahnya puasa lidah tu dari memaki hamun orang lain... aku pun mulut kadang-kadang nak juga melontarkan makian pada benda yang tak sepatutnya tapi tiada kesudahan. Serius memang tak ada dapat apa-apa melainkan dosa yang betimbun-timbun.

(Alangkah indahnya jika lidah itu beralun selawat & zikir...)

Kenapa hal ini berlaku? sorry, aku sendiri tak dapat nak menelaah diri orang lain. Aku lebih cenderung menelaah diri sendiri dan  itu lebih baik. Aku hanya memerhati orang lain dan menilai diri aku sendiri. Aku kurang arif dalam menilai diri orang lain kerana hati dan perasaan itu ada dalam diri masing-masing jadi bagaimana kita hendak pindahkan hati tu? Erk! hari ni aku nampak formal pulak dalam menaip perkataan demi patah perkataan. Ish! nak bagi korang faham ler!

Melucassss (lucah) sering dengar. Tapi kenapa semalam pun wujud juga ya? adesss.... aku tak tahu nak komen apa kalau bulan Ramadhan macam mana agaknya? Kena puasa segalanya. Tundukkan nafsu tapi orang kita rileksss. Setan kena tambat tapi nafsu korang tak tambat macam mana? perh bulan Ramadhan kadangkala mereka seronok buat maksiat. Adoi ya....

Biar apapun pandangan mereka, kita tetap diri kita. Apa yang berlaku ibarat cermin buat kita maka dalami diri kenal prestasi undurkan sifat bangga diri barulah hidup kekal hormoni selagi ada silaturrahim... (ala-ala dato` Fadilah Kamsah) aku minat cara dia. Like... Like.... pakar motivasi! suka-suka...

Aku ucapkan Selamat Pagi buat sahabat aku yang berada di mana-mana sekalipun... okey.. pagi ya I love You All... ecececec... dan aku terharu sangat dan syukur Alhamdulillah, hari demi hari keahlian Fan Page Facebook aku bertambah dari hari demi hari, TERIMA KASIH pada mereka yang sudi support aku. Muah!... pada korang yang sudi join fan aku jugak, boleh la.. klik button LIKE Klik lah----> [DI SINI]

Sekian Terima Kasih....

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.