Pagi ni kat tempat aku cerahhhhh memang cerah giler sebab dah siang kang... semalam turun hujan. Hujan itu rahmat dari Tuhan. Wei.. hari ni org duk gila2 kat group Blogger Malaya. Aku tumpang dua kaki siap masuk dua tangan sekali. Lenguh aku duk menaip spam suh org join aku nye Fan Club.. wakakak rajin lak aku invite org kan? bukan kejar gelemer tapi nak kongsi dengan korang ar apa yang aku ada dalam otak ni.. wei aku nak tanya kornag yg sedang baca ni ya... korang jawab dalam hati ar sebab aku tau ada yg x suka komen. Perh~
Its okey itu x bermakna korang x bace kan. Aku nak tanya ni... klu kita x promote kita nye barang, korang rasa ade ke yg nak tlg promote kan? hehe.. ade? tak ada kan? so inilah usaha gigih aku dan kalau ada yg sokong ALHAMDULILLAH aku ucap syukur sangat-sangat sebab ramai dikalangan korang yang sokong aku neh baik-baik belaka. Yang jahat2 dah tinggalkan aku dah bagus tuh tak ada lagi mahkluk perosak nama baik aku.
Pagi ni ramai tanya aku nak tgk wajah aku. Hensemkah aku ni? kacak kah? wei.... sebelum ni ada dah yang tgk aku. Dah kenal aku. Sebab sebelum ni dah tunjukkan pic aku kat org2 tertentu sahaja. Kalau orang tu pecah lobang bermakna dia tak jujur so aku akan SENARAI HITAMKAN dia dari kamus hidup aku. Wakakak.. kannnnn?
Aku ni ibarat pengemis cinta yang menumpang kasi dalam aksara jingga di dunia maya ni. Di dunia fantasi aku ciptakan sendiri. Di alam realiti aku adalah seorang yang pendiam dan suka menyendiri. Kala waktu aku happy akulah insan yang paling bertuah kerana kawan-kawan sentiasa beri aku semangat untuk terus hidup.
Kalau kamu setia dan jujur dalam berkawan kamu tidak kira siapa orang itu, adakah dia dari golongan fakir, terdesak namun orang-orang begini adalah baik buat kamu. Apa lagi yang korang nak dari hidup? Perhatian? kawan2 boleh bagi perhatian asalkan kamu hargai kelebihan yang kamu ada dan jgn mengeluh dgn kelemahan diri. Aku juga lemah beb... lemah dari segenap segi tapi direct aku cakap. Sekali korang ketengahkan bakat korang aku yakin pasti ada yang dengki. Lumrah beb selagi ada Syaitan selagi itu ada dosa. Kan? hehe.. memang dalam dunia ni ada dua sifat aje, BAIK dan JAHAT. tak ada yang duk tengah-tengah... siapa yang di tengah? huhuhu
Ibarat aku yang terhina di mata kalian
aku insan yang punya kelemahan
namun aku juga punya kelebihan
namun tidak bisa aku banggakan
kerana aku meyakini Tuhan
Dialah Maha Kuasa di atas segalanya
kita hanya menumpang di bumi-Nya
akan hilang semua ini pabila tiba masanya
maka aku bersederhana hidup di dunia....
p/s: Inilah diri aku beb... kalau korang ikhlas aku juga ikhlas beb... aku nak jujur dengan korang tapi bagi aku ada saja yang menghancurkan kejujuran kita maka biarlah rahsia itu menjadi indah dan kekal menjadi harmoni kerana kita berbicara dari hati...
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)