Entri Terkini :

Cerpen : Seringkas Mungkin !

Al-kisah realiti hari ini.

Pening kepala nak layan dan nak fikir.


Kena juga fikir.


Memang wajib fikir kalau tidak bodohlah selamanya... seringkas mungkin mentafsir namun seksa pula berpanjangan. Aduhai....

Masa muda remaja aku begitu gembira mendengar perkhabaran yang membuatkan bulu roma aku merinding dengan tiba-tiba. Mana tidaknya Negara kita bertambah maju tidak kira dari segi pembangunan mahu pun sosial. Sebut pasal sosial ni aku terus teringatkan sosial terlampau. Ish! Maklum sajalah aku ni kalau bab sosial agak anti sikit.
Medium maklumat yang terpantas masa tu adalah televisyen dan radio. Surat khabar ni kadang-kadang aje belinya. Mereka mewar-warkan penggunaan internet. Kejadah apa internet tu? Aku garu kepala sebab masa tu mana tau apa-apa. Iyalah komputer ada cuma buat taip dokumen guna Microsoft Office Windows 95 masa tu. Lama gila. Zaman orang pakai disket sebelum wujud pendrive. Window sekarang macam-macam ada XP, Vista, 7, 8 pun dah ada… perh… teknologi kan…..
Masa tu adalah pekhidmatan, Jaring? Hehe lebih kurang macam pukat aje lah kut.  Okey layan. Sambung internet kat rumah pakai Jaring punya connection. Perh! Bila dah siap pasang dengan telefon rumah terus lah tunggu aktif. Terberak tunggu sambungan. Isk Isk Isk… kasihan dan sadis. Pakai tak lama. Lepas tu keluar pulak streamyx? Yes…. Boleh tahanlah.
“Wei Jay… laju gile ar pakai streamyx… best serv internet, yahoo,” kata kawan aku nama Kimi. Yes masa tu Yahoo memang glamour sebagai enjin pencarian yang bagus tapi hampes. Sesiapa yang pakai jaring jangan bermimpi dan cari bahan-bahan tu. Memang berjanggut tunggu.
“Tepi sikit… nak tengok gambar awek-awek cun dalam ni,”
“Laman apa tu?” tanya Kimi yang duduk di sebelah aku.
“Inilah laman sosial, hahaha,”
“E-kawan…” balas aku. Haha E-kawan masa tu top la sekejap sebagai laman cari kawan. Huhu…
Lepas lama kelama pakai macam sakit hati pun ada. Propaganda hebat dunia tanpa sempadan lepas tu bila serv aje putus! Ish!!! Bosan! Maklumlah dah ramai orang pakai mula lah berat. Promosi lebih perkhidmatan macam apa. Ini yang nak marah ni.
“Sabar Jay sabar… aku tengok kau dah nak jadi Ultraman dah ni. Sabarlah pecah rumah kau ni nanti. Kalau nak jadi puu pergilah kat luar…” seloroh Kimi.
Aku ilek la ni, kalau aku ikut panas hati memang aku tak akan bayar lagi bil internet ni. Selesai sekejap kes tu bila aku dah beli laptop. Kenapa aku pakai laptop pulak? Dengan cerita best boleh main internet kat mana-mana beb! Dalam restoran, dalam mini market dalam kedai motor, dalam jamban pun boleh tapi dengan syarat kat tempat-tempat tu ada Wi-Fi, jalur lebar internet tapi wayar tapi sengal!
“Yang kau marah sangat ni kenapa?” soal kimi yang selalu ambil berat kes jiwa aku yang sedang parah ni.
“Kimi… masa mereka promote dulu macam-macam cakap, ini bagus itu bagus, sekarang tengok, nak update antivirus pun payah! Habis jahanam laptop aku!” aku merungut.
“Ala bro biasalah taktik meniaga bro mesti cakap produk dia bagus takkan nak cakap tak bagus pulak nanti tak ada orang belilah,”
“Itu betul tapi cakap tak serupa bikin tu boleh mendatangkan sakit hati. Ini mujur kita, kalau orang yang tak tau apa-apa? Layan juga tapi macam bangang pun ada,” balas aku sedikit emosi.
“Ish! Tak baik maki bro… kalau kau nak maki lagi, jom ikut aku,”
“Ke mana?”
“Ke tempat orang yang kau maki tula?”
“Rileks, kita kumpul kes dulu,” balas aku selamba.
“Betul jugak,” kata Kimi.
Tidak berapa lama dari itu, terdengar lagi perkhidmatan yang baru. Ramai orang memanggilnya ‘Berukband’ aku pun tak tau kenapa ramai sangat panggil BERUKBAND? Adakah band nyanyian? Oh oh! Itulah perkhidmatan internet yang boleh bawa masuk dalam hutan sekali. Kelas promosi… gila-gila promosi.
Aku pergila jalan-jalan kat Bandar. Ada pulak mamat ni bagi flayers kat aku. Apa lagi aku ambil. Aku tengok. Perh! Dulu mahal macam siot!! Sekarang dah turun harga ke? Modem dulu berates-ratus kena bayar! Tiba-tiba perh……. Persaingan ke bang??
“Jay, dalam meniaga memang macam tu Jay, mereka nak cari pelanggan, buat murah-murah. Macam juga dengan prepaid… aku malas lah nak melazer ni sebab dah boring,”
“Aih kau ni lak tension kenapa?”
“Aku fedap gak, dulu aku pakai berukband tu gak lepas tu line dia teruk ar. Macam mana orang nak sakit hati…” kata Kimi.
“Tahu pun kau, aku pun macam tu juga. Erm, ni nak beli tak pakej ni? Murah lagi bagus katanya,”
“Kau percaya? Mereka nak tipu kita aje, tipu duit kita. Tiap-tiap bulan kita bayar tapi ini hasilnya,” Kimi seakan menyesal.
“Apa salahnya kita cuba dari syarikat yang ni pulak…”
“Ala bro… kalau dah satu bumbung tu sama jugak… berak dan kecing pun dalam tandas yang sama…” erk! Aku cuba faham.
Kimi berkias tapi aku dah boleh faham tapi aku cubalah sebab dulu harga mahal sekarang murah.
“bang… bang… ini bagus.. harga murah tiap bulan abang perlu bayar RM48 sahaja,” sebut harga aje, kelajauannya mana?
“Laju kira okey ar bang, 5gb tu biasa ar untuk 1 pc bang jangan sharing internet lah memang tak jalan punya bang,” ucap promoter tu.
“Kau nak ke?” tanya Kimi.
“Try ajelah,”
“Tak menyesal?”
“Kenapa?” aku tanya Kimi dan dia hanya menjuih bibir sahaja.
Aku pun apa lagi bayarlah setelah selesai di isi segala maklumat yang mereka perlukan. Mudah aje cuba bagi IC sahaja. Perh! Sesiapa pun boleh kenakan kita kalau bagi IC… ish! Lain kali ambillah cap ibu jari kaki sekali.
Selesai!!!
Dan….
Layan Facebook pulak kat rumah, lepas myspace dah hampir tunduk menyembah bumi… Alah mereka berdua tu memang kamceng … buat duit! Buat kita lalai! Tapi its okey kita guna ke arah kebaikan. Tak apa kan?
Mula-mula layan memang laju beb! Kini tibalah dia buat hal…
Aku cuba menghayati erti sebenar DISCONNECTION pada BERUKBAND ini... hampir setiap kalinya ia akan putus sendiri. Perjalanannya pula begitu lembap sekali hingga memaksa aku terus memaki hamun dirinya, "Chait!!! tiap2 bulan aku bayar beb! perkhidmatan macam sakai!!!" aku terpaksa bersabar walaupun di hati terbakar.
Memang sakti hati apa aku boleh buat mereka nak kaya cepat dengan memberikan perkhidmatan yang sungguh menghibakan. Promosi gila-gila punya tapi pelanggan mereka tak jaga.

Aku dah tukar pakej baru yang ditawarkan juga masih sama. Sangat sedih coveragenya di kawasan aku walaupun dah ada 3G!

Aku dah siap contact mereka lagi dengan apa yang berlaku. Kata mereka sedang update system lepas tu banyak benda nak kena buat. Dah hantar memo! Ampes! Macam tu jugak! Aku tak tahu apa masalah mereka tu! Mereka bagaikan lintah daratlah… hmmm…

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.