Entri Terkini :

Tips Nak Jadikan Blog Tiptop!

Hari demi hari blogger muncul bak cendawan yang tumbuh selepas hujan. Itu biasa, kemajuan yang dikecap pada hari ini adalah arus kemodenan. Sungguhpun begitu segala info kita sering terlepas pandang. Biasalah, selagi kita bergelar manusia maka kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Kesilapan yang aku maksudkan adalah penyalahgunaan internet contohnya blogger.

Baiklah, aku berkata-kata dari AKU BUKAN PAKAR ni untuk berkongsi pengetahuan dengan korang semua. Bagaimana menggunakan kemudahan ini dengan baik? Dunia massa dan globalisasi pada hari ini membawa banyak impak khususnya permainan minda. Rentetan itu harus digunakan sebaik mungkin kerana ia adalah satu peluang untuk anda berkongsi ilmu pengetahun. Cuma, ilmu apakah yang ingin anda ketengahkan? Khususnya menggunakan khidmat BLOG ini?

Adakah perlu menyiarkan gambar-gambar lucah? fitnah? berantakan dan konflik? seharusnya berfikir dua kali untuk merencanakan sesuatu blog peribadi mahupun umum. Bila ada isu yang panas, banyak pula kata laluan yang dibuat untuk menghangatkan suasana. Amat merugikan sama sekali bagai hilang permata hati yang dicari.

Selain korang berkongsi maklumat, secara tidak langsung korang sudah terdedah pada pelbagai bentuk tafsiran. Tafisran negatif dan tafsiran positif. Salah maklumat maka akan mengundang PADAH. Ilmu itu akan dibangkitkan kelak. Maka berhati-hatilah ketika menulis sebarang artikel berkaitan rona-rona hidup mahupun tentang hal-hal yang sensitif.

Jangan kerana semata-mata untuk jadikan blog itu tiptop maka bahan yang diutarakan berupa umpatan secara MAYA. Ini salah tuan-tuan dan puan-puan yang diRahmati ALLAH sekalian aku bercakap dari AKU BUKAN USTAZ, penyampaian maklumat itu adalah penting kerana itu adalah ILMU. Manusia yang berpengetahuan adalah manusia yang wujud dari golongan yang banyak membaca, mendengar dan membuat kajian serta penyelidikan tentang apa yang dia faham.

Otak kita, aku bercakap dari AKU BUKAN PROFESOR sebenarnya mudah menerima pentafsiran negatif. Jarang sekali otak dapat memanupulasikan sesuatu isu dengan baik sekali. Oleh itu tanggapan yang negatif perlu dibias dengan tahap minda yang tinggi. Contohnya, jangan menipu! seandainya anda terfikir untuk menipu, secara tidak langsung ada sudah negatif. Negatif dalam pembawakan kehidupan anda yang digelar moral.

Kesimpulannya, aku bercakap dari AKU BUKAN KAUNSELING marilah kita berfikir kearah memartabatkan minda ke arah kebaikan. Jangan berfikir untuk mendapatkan pulangan semata-mata. Diakui dengan berblog boleh mendatangkan duit. Ya saya(aku) akui itu boleh tapi apakah yang dipersembahkan oleh blog korang untuk menarik pembaca? renung-renungkanlah...

Inginkan blog jadi tiptop perlu ada moral dan yang paling penting korang ikhlas dalam penyampaian. Aku yakin sama sekali, orang akan suka dengan blog korang tu... buatlah sesuatu yang mendatangkan kebaikan pada diri korang dan orang yang membaca blog korang tu. - PCDUT

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.