Sebagai contoh tajuk artikel ni. Sebut sahaja pasal followers mesti orang sibuk-sibuk nak dapat followers dan nak nampak ramai sahaja menghiasi blog.
"Wei follow ar blog aku beb,"
"Kau pun follow lah blog aku jugak,"
"Ya sama-sama follow,"
"Okey chantekkk,"
(Siapa nak baca?) - sama-samalah baca... (oooo...)
Itu ucapan sebelum berlangsungnya artikel yang diposting. Selepas follow ada tak yang singgah? Kawan-kawan yang follow tu ada masuk tak? Atau hanya sekedar letak list aje? haa... itulah silapnya... orang ingat bila ramai follower blog akan tiptop. Jangan mengharapkan follower tapi harapan kemajuan artikel korang tu.. apa yg korang posting tu mampu membuatkan mereka tertarik. Bila mereka suka secara automatiknya mereka akan jadi follower korang. Jangan terlalu bangga pabila memiliki ramai followers sedangkan followers itu korang 'kutip' harap maaf, aku terpaksa gunakan istilah ni sebagai kesadaran kita bersama.
"Tolong ar follow aku... please.. follow ar blog aku,"
"Ishh... kenapa ni?"
"Kalau kau tak follow aku tak nak kawan dengan kau,"
"Erk?!"
Macam mana? jangan paksa orang... rileks beb! paksa-paksa ni tak bagus. Biarkanlah ia datang dengan rela hati. Barulah ianya mendapat tulus. Jiwa tulus beb... mana nak cari? So aku harap siapa yang baca artikel ni akan faham. Kita ramaikan pembaca blog kita dengan hasil usaha kita dan idea kita, bukan meniru orang lain. Kalau tiru... bermakna identiti blog korang tu tak ada. Ia tak ubah seperti copy and paste sahaja.
INGAT, pembaca yang suka dengan blog korang tu, dia akan follow dengan sendiri, jangan risau dan jangan tamak. Hargailah apa yang ada, Insya-ALLAH hidup pasti bahagia. Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)