Entri Terkini :

Tercemar Pagi

Saat kelopak mata dibuka
alam masih gelap gelita
ingin bersama menyapa berita
di situ langit hitam pula

Awan malam dipasung duka
julang kabus tanpa cahaya
hidup sepi berpura-pura
percaya telah tiada

Ekoran nasib si badan hampa diturut
menapak ke perigi buta mendapatkan air
mana mungkin di situ? carilah di sana
pagimu tercemar angkara noda semalam
hapuskan dengan taubatan ukuran nadi
sepanjang jalan pun kelam
pabila syukurmu ketiadaan
melakar rona kehidupan

Tolonglah...
tolonglah hapuskan keegoan
tenggelamkan bongkak
musnahkan kebencian
sematkan kasih sayang
kita dalam kedamaian...

Hari ni kita bernafas lagi... andai esok tiada lagi bagaimana? tidak pernah pun kita hargai apatah lagi menyangjungi. Kita leka... kita alpa namun segagah mana pun kita menapak di bumi Tuhan, kita tetap lemah. Lemah tatkala pentingkan diri. Bila kita sendiri, kita ingat kitalah raja duniawi sebenarnya kita hamba pada nafsu, turutkan hasad dengki. Tiada kesudahan hidup begini kerana kita menuju mati....

Blog ini bagaikan diari untuk santapan kalian mencari erti dan menghibur hati bila duka kita bersama lagi kala gembira pula kita kongsi lagi dan lagi... Inilah namanya hidup sejagat bukan egois diangkat tinggi kerana di dunia ini tidak lebih dan tidak kurang. Yang membezakan kita adalah cara pemikiran, amalan dan taqwa kita, itu sahaja yang lain mungkin ada carilah di dalam jiwa nanti kamu tahu sendiri...

PCDUT / Pengemis Cinta Di Ufuk Timur kekal bercanda dan menghadiahkan anda seukir senyuman yang terindah meskipun tetap mengemis tetapi itulah nadi kita untuk berkasih sayang lambang keindahan bukannya kemewahan...

Hayati erti pagi ini dengan melihat Kebesaran-Nya. Kebesaran-Mu yang Tuhan menciptakan alam. Tiada yang hebat melainkan Dia. Satu-satunya tempat kita bersujod.

Siulan kedamaian terdengar lagi
berikanlah ruang pada hati
jangan biar mati
erti naluri

Duri hidup tajam sekali
jangan jejakkan kaki
di tempat itu lagi
kelak merana diri
terperi...

Sinar mentari muncul kembali
hari ini harap kita temui
kebahagiaan hidup ini
kau dan aku di sini
mengenali diri...

"Bila kita akan bertemu lagi? apakah hari ini? tapi bagaimana dengan hati? mesti aku sedih..."

"Janganlah dikau bersedih wahai sahabatku, kita hidup bukan selamnya. Kita tahu bukan dunia ini hanya pinjaman. Kita tak pernah hargainya. Maka kita akan rasa sakit. Kesakitan yang tidak terperi, membakar diri. Alangkah kita rugi sahabat kerana membiarkan diri kita berkelahi. Harmoni hilang..."

"Aku akan coba, coba mengenali diriku agar aku kenal kamu..."

"Begi jugalah aku sahabat..."

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.