Entri Terkini :

Doktor Duka @ 5 sebab takut bercinta

Hari ni beta ada dalam wad jiwa. Sekarang ni perasaan beta nak kena bedah oleh si doktor yang cun melecun. beta tengok dia. Dia tak tengok beta! lor! beta tanya dia? "kenapa nak bedah perasaan beta ni kamu tak tengok beta?" senang dia jawab. "Hamba ada lima sebab kenapa tak nak tengok tuanku."

"Kamu nak bedah beta ke nak bidaah?"
"Nak bedahlah ni mulut tu diam sikit bising betul la ni nampak ni?!" dia tunjuk pisau bedah kat aku. Pisau tu bunga! hahah balak dia kasi ke? lantaklah aku cuba nak tau ape benda 5 sebab tu.

"Cepatlah cakap apa 5 sebab tu?"
"Pertama...." slow2 lak dia ni buat aku suspen aje.
"Janganlah wat adegan suspen cepatlah cakap!" Aku memang nak tahu sangat.
"Tuanku!!! bisinglah! bagi saya terangkan," katanya sambil tutup mata tak tengok aku. Macam ampes!
"Okey okey! aku ready aje ni telinga beta masih terdadah lagi neh.. cepatlah cakap! jangan sampai kaki beta ni melekat kat muka doktor yang cun!" hamekkkkkk!

"Pertama tuanku memang tak layak dipandang memandang kuat meroyan, kedua, tuanku sebenarnya tak suka dibedah tapi mengada-ngada kerana tuanku sengaja melukakan hati sendiri semata-mata nak tengok saya. ketiga tuanku tak tampan macam putera raja yang lain. Muka tuanku macam tong sampah sahaja. Keempat tuanku tak banyak harta dan tanah-tanah yang ada pun semuanya milik saudara tuanku. Tuanku apa ada? bicara macam lahanat aje ade ar," sindir Doktor Duka senyum macam kera.
"Tak yah nak cakap banyak! beta nak tahu yang kelima tu?" beta menjuih bibir.
"Baiklah... yang kelima tu sebab ramai orang cakap tuanku lelaki buaya... tak senang duduk diam nak cari lain punya dan tak cukup satu nak tambah lagi satu... mana boleh pandang orang macam tuanku? tak layak untuk dipandang pun..."
"Oooo jadi hanya disebabkan lima sebab yang tak masuk akal tu aje yang buatkan Doktor Duka tak pandang saya? atau Doktor Duka memang selalu kecewa?"
"Tak kecewa pun..." balasnya selamba sambil pegang pedang pula.

"Baiklah dengar lima sebab beta pulak kenapa beta sebenarnya takut bercinta... pertama sebab orang macam doktor nilah yang selalu sahaja rawat duka orang lepas tu lukakan balik. Macam tak ikhlas aje.. kedua, doktor suka berpura-pura kerana mampu melihat dunia sedangkan doktor duka ni sebenar buta.. buta hati... ketiga, doktor duka ni seorang yang sangat-sangat tamakkan harta... nak itu nak ini... banyak sangat halnya. Beta tak kaya harta tapi beta kaya dengan jiwa yang sangat budiman..."

"Eleh...!"

"Dengan dulu doktor duka jangan cepat eleh beta...dengar yang kempay lak, yang kerana beta tak suka orang macam doktor ni gadai maruah semata-mata nak kan kekayaan dunia. Doktor tau tak orang macam doktor duka ni mudah sangat lelaki lain nak sentuh... beta tak rasa pun bahawa doktor duka ni umpama mawar berduri... doktor bagaikan madu lebah aja.. garang-garang pun last sekali tinduk juga.. beta memang tak suka,"
"hah?!!! tuanku memang celaka! biadab dan memang agak kurang ajak kalau berkata-kata. Doktor nampak ni?" dia tunjuk kapak!

"Nanti! jangan bunuh beta dulu. tahu tak negeri ni ada undang2?" cehh aku punyalah nak layan perasaan ni. Kapak dah hampir-hampir nak diayunkan kat kepala aku nih.
"Ada permintaan terakhir?"
"Nak tahu yang kelima tak?"
"hmmmm..."
"Yang kelima... beta khuatir bila beta bercinta dengan doktor duka, bahu kiri beta bertambah berat... beta tak nak memimpin doktor yang semamangnya tak tahu agama... tak tahu dosa... doktor tak tutup aurat. Kalau beta bimbing doktor pun dan doktor ingkar? macam mana? beta tahu doktor memang syok giler kat beta...  ni maklumlah doktor susah nak jumpa orang macam beta ni..."
"pokk!!!!" kapak atas kepala aku berjahit!

'Beta tak nak bagi yang kelima tu macam tu aje.. beta sebenarnya hmmm... tak sempat beta nak say I Love You dah mati! hmmmm. Oh di manakah gadisku? di manakah ingin beta cari? Tidak pernah kunjung tiba di hati yang sakit ini... seandainya bulan jatuh ke riba, beta akan menghargainya tapi ternyata ia terlalu payah, tidak semudah mendapatkan cinta yang palsu... kini beta di alam kayangan yang teruja dengan keindahan tapi kini perasaan sudah lenyap... rasa cinta beta terhapus sudah... oh..... Doktor Duka... 5 sebab yang kau berikan tidak masuk akal... tidak tahukah kau bahawa cinta itu buta? kini dirimu membabi buta menyakiti hati ku maka beta takut untuk bercinta dengan kamu meskipun di hati mahu...'

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.