Entri Terkini :

Tajuk Entri Bikin Kecoh! Orang Masuk!

Mari-mari!!! murah bang adik abang kakak makcik pakcik datuk nenek... semuanya mudah dengan hanya login blog sahaja dah dapat duit mari semua join. Entri gempak ni.. segala produk dijual dan dengan hanya guna blog leh jana pendapatkan RM1K++++ per/week. Jangan risau dan jangan takut, tidak perlu sebarang modal. Hanya daftar sahaja kemudian berseronoklah dengan pendapatan yang lumayan tanpa batas.


Iklan contoh pujuk memujuk

Aku tak tahu kenapa dengan iklan sebegini kita mudah tertipu? Ada kalanya kita memang selalu kot tertipu. Tertipu dengan tajuk entri blog seseorang. haa... kalau tajuk entri leh terima lagi sebagai satu daya tarikan pengunjung untuk ke blog anda. Tapi... yang jenis macam di atas tu sangat bahaya.

Mungkin agaknya kita digamburi dengan helah wang. Kita kan suka wang?? haha habis wang yang ada pun diberikan. Mana ada bisnes tak perlukan modal beb? Lainlah kalau iklan. Orang yang bayarkan kau setiap per/month ke akaun korang tapi ini janji macam tak ada apa-apa beb.

Lagi contoh aku tujukkan iklan yang entah apa-apa tah...



Dulu aku bukak web ni perh ayat dia (Ini Bukan MLM) haaa camner beb? Gilbabs tak? website raih pembeli. Dan sesape yang pernah masuk web ni pasti tau kan dia cakap ape? Beli E-Book... e-book untuk kije sebagai jurutaip hanya dirumah aje... prospek diminta bayar harga e-book tu klu tak silap aku RM30... haa duit korang gak dorang nak telan beb... depa hantar korang ebook tu by email end then ajar cara2 korang nak menaip iklan katanya. Aiyooo setakat macam tu sesape pun boleh tapi yg nak jual ebook tak laku tu buat apa? kemudian janjikan pulangan. Lepas dapat duit terus blah? camtu ke? pelik bin ajaib. Tapi aku harian ar, orang kita gak yang kena tipu. Baik hati sangat bagi duit kat orang macam tu.

Lepas bayar... menyesal.. ahaks... sebab bukan taip apa pun just taip iklan copy paste kat orang lain. Propaganda mereka. Kalau rajin dapat lebih... lebih apa? lebih bodoh ke? Choyyyyyy~~ sangat mudarat. Mentah-mentah kena tipu... Baik aku taip novel / cerpen / puisi dapat gak hasilnya... aku bagi ilmu kat orang... itulah hasil yang aku dapat. Sharing tak ambil bayaran pun di blog aku ni...~~ ting ting ting.

Banyak lagilah taktik yang digunakan. Mereka pengaruh orang suh join lepas yang dah join tu pun cari orang suh masuk. Tarik lah reramai masuk... mereka tak akan buat perniagaan macam tu kalau tak fikir untung. Duit koranglah sasaran mereka. E-book ajar cara-cara menaip yang tak bertauliah lepas tu tak dikeluarkan sijil... har har har... aku dulu siap masuk kelas menaip agi masa tak tau apa-apa pasal MicroSauffy Office.. gilababs gak depa (orang yang anjur kelas tu) ambil bayaran masa tu RM280, tiga jam belajar selama dua bulan. Bermakna ada 8 weeks. .. 8 x 3 = 24 jam. Sehari aje beb belajar benda tu dah dapat RM280 kan? korang ingat aku nak bayar ke? lepas tu RM280/24 = RM11.6666666666666  Pakailah kalkulator beb! ishhhh...

Tidak akan sesekali!!! duit itu sangat susah dicari... menghabiskannya sangatlah mudah... kwang kwang kwang... duit oh duit... sakit hati bila fikir pasal duit.. duit takde  pun nak fikir kocek aku meh masuk meh masuk kocek...har har har.. aku tak jadi masuk beb.. aku belajar sendiri aje kat rumah di samping kawan2 lain yang ajar.. tak dapat sijil menaip tu pun tak apa sebab aku dah belajar kursus komputer lagi dulu masa kecik2 dulu...


Perh korang!! tengok duit dah kelabu mata kah? itulah kita kan termakan dengan janji-janji palsu... duit itu penting okey, sekarang ni orang sanggup lakukan apa sahaja untuk duit termasuklah kes bunuh orang, ugut orang. penyangak, perompak pencuri... tapi kalau korang serahkan duit korang tu bulat2 itu maknanya korang rela tak korang bukan dirompak walaupun pada dasarnya korang sebenarnya telah dirompak...

Ok sekarang ni bermacam-macam kisah e-book kan? ada e-book yang boleh diguna pakai kerana ikut prosuder. Ada ke prosedurnya? pengesahan? atau kelayakan untuk diterbitkan? Aku belum selidik agi.. wakaka mcm spy lak aku.. ish aku sekadar mencari maklumat tuk kebaikan aku juga dan semua.

Tak ada ke e-book yang berfaedah sikit...? haha banyak beb yang berfaedah tapi banyak yang kejadah~~ haha kejadah kerana ada yang terdapat dalam tu bukan semata-mata ilmu kerana dalam otak yang menghasilkan e-book tu dikir keuntungan terlebih dahulu berbanding ilmu yang hendak disampaikan. Depa lupa ke? salah transfer ilmu maka mesin (otak) akan salah tafsir lalu lahirlah keliru. Ish Ish Ish... kena bebetul beb.... kaji bebetul untuk keluarkan fakta... jangan semata-mata auta. Anak jiran aku pun pandai cakap pasal auta.. hahahahah tu pun baru 9 thn.. ha otak salah terima maklumat lah tu...

So apa cer? Nak terus ditipu ke atau nak fikir berjuta kali dulu? har har har, jangan mudah percaya beb dengan pujuk rayu... contoh bisnes dalam facebook tu pun berlambak kerja kenchenggg orang.. pelaburan berperingkat beb orang kata PIRAMIT duk sibuk cari downline sana downline sini.. kerj aorang malas memang cam tu hengat nak duduk depan pc aje...

Gigih tahap gabanz dan cipan zoo~~ cari makan dowh... nak memujuk punya pasal letih hingga mata pun ngantuk tidur terus... sekejap lagi sambung pujuk orang lak masuk bisnes.. huhuhuhuhuhu sampai macam tu sekali beb...

Wokey la aku malas cakap banyak2 mengenai entri ni sebab kebanyakkan blogger lain juga berusaha nasihat korang termasuk aku tapi ada gak yang lahabau pi bagi duit tu kat depa lepas tu botak kepala fikir kena tipu. Adalak yang pasrah... "nak buat macam mana.. duit tu mak bapak aku yang bagi..." chaitt!!! masuk bisnes pun pakai duit mak bapak gak ke? Haiyooo... annoying.. hiks tu lah bengap kan.. ish..

Apa-apa pun biar ilmu tu kukuh. Saling ingat mengingati.... aku pun mengemis dalam cinta jadi inilah hasil aku mengemis... aku mengemis untuk dikasi pada korang apa yang aku dapat... kalau aku dapat RM1 aku akan bagi korang 90sen tu tuk share dengan yang lain. Aku pegang 10sen aje cukup sebab aku rasa patut bersyukur... orang lain lagi berhak. Tapi sekarang ni ramai lak nak jadi pengemis.. tapi bukan pengemis cinta tapi pengemis simpati pujuk rayu... lor~~

Ok ok.. aku habiskan.. merepek entah apa2 aku neh.. har har har.. wokey jumpa next entri.... sebelum tu.. (hahah sempat lagi) tajuk entri gempak tak apa beb asalkan mesej yang korang nak sampaikan tu difahami oleh pembaca anda... okey... see you bebeh...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.