Blogger dan penulisan berkait rapat. Seseorang blogger akan menulis sebarang artikel untuk santapan bacaan pembaca ke blog masing-masing. Pelbagai bentuk dan gaya yang dipersembahkan oleh penulis blog itu sendiri untuk menarik minat pelayar internet untuk bertandang ke blog anda. Justeru itu daya penarik memainkan peranan penting bagi sesebuah artikel itu menjadi pilihan bacaan.
Bagi penulis yang berada dalam bidang penulisan khususnya penulis novel/cerpen/puisi ianya berada di jalur yang sama iaitu mempromosikan bahan bacaan masing-masing. Ianya satu langkah membuka mata dan minda seseorang pembaca itu untuk mengikuti apa yang cuba disampaikan oleh seseorang penulis itu sendiri. Penulis novel juga seorang blogger. Sebenarnya tiada beza di antara blogger dan penulis. Untuk menjadi seorang blogger dia perlu menulis. Dan seorang penulis pula memerlukan blogger untuk dijadikan sebagai momentum terhadap perkembangan penulisannya.
Tidak wajar bagi seseorang blogger itu menghentam penulis dan tidak wajar juga penulis menghentam blogger kerana masing-masing berkait rapat antara satu sama lain. Perpecahan tidak mendatangkan apa-apa faedah sekalipun ia bersifat sementara.
Dalam berblog ia terdapat banyak perkara yang digemari (tidak khusus, penulis menerangkan secara ringkas sahaja). Jalur yang manakah menjadi pilihan anda sebagai seorang blogger? Dunia seni? hiburan? Politik atau tidak lari dari pola pengkritik mahupun pengolahan terhadap sesuatu isu? itu terpulang pada blogger itu kerana pilihan terletak di tangan sendiri dan bukannya pada orang lain namun penuhilah permintaan para pembaca kerana mereka penentu sejauh mana blog anda mampu menapak. Tanpa pembaca ibarat rumah tanpa penghuni, tasik tanpa ikan dan pokok tidak berbuah.
Konklusinya, blog mampu mendatangkan kebaikan dan dalam masa yang sama ia juga mengundang keburukan. Kitalah yang mencorakkannya dalam bentuk yang diingini. Tiada lain selain dari ungkapan, baik untung, jahat rugi. Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)