Entri Terkini :

Satu Dunia Perlu Tahu

Katakan yang benar dalam cinta. Bisikan yang indah kala bersama. Purnama merindu di sisi pungguk yang idamkan cahaya itu. Namun tiada satu pun yang terpanggil menyatakan kebenaran. Itulah realiti hidup pada hari ini yang terdiam dungu tanpa bicara. Sekali ombak menghempas barulah tersentak. Sekali halilintar mengganas barulah berada dalam ketakutan. Begitulah cinta yang sering diungkapkan dan satu dunia perlu tahu tentangnya. Biarkan terus bercahaya.


Lihat manusia yang sering bertelagah merebut cinta. Bahagia sejati hingga mati bagai Laila dan Majnun. Umpana Romea dan Juliet namun sering kita lupa Adam dan Hawa adalah lumrah cinta sebenar. Perintis umat manusia hari ini. Permulaan cerita yang bertafakur di dalam nikmat-Nya. Belahan jiwa yang tergantung di sudut mati tiada siapa pun yang sedar sehinggalah terpisah nyawa dari jasad tetap berpegang akan makna setia.

Lalu dunia akan menyepi kala kebodohan mula menguasai minda, fikiran dan perbuatan sehingga sanggup mewujudkan sengketa, mencemar cinta. Satu dunia pun tahu bahawa cinta itu indah, satu dunia pun tahu cinta itu bahagia dan satu dunia pun tahu cinta mampu mengubah segala-galanya. Namun, apabila lahirnya dusta maka cinta suci dan sejati dipersendakan. Oh, begitu menakutkan hidup tanpa cinta, alam bagaikan lenyap sekelip mata. Kekakcauan di sini dan di sana. Kegelapan akan datang dan menyelubungi hari.

Cukuplah sekadar melepas rasa bagi mereka yang mengerti tentang cinta. Biarlah satu sahaja yang wujud di antara yang berjuta kerana yang satu tetap berjiwa halus berbanding sejuta yang sengketa. Semua ini perlukan jiwa wahai sahabat. Perlukan jiwa yang paling dalam untuk mengerti akan maksud yang disampaikan ini. Luhurkan hatimu, pejamkan seketika bayangkan keindahan itu yang terlalu rumit. Bayangkanlah dan ia pasti hilang apabila dipasung awan hitam. Tolonglah halangi ia....

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.