Entri Terkini :

Menghapus Rasa Sedih

Perasaan sedih selalu sahaja melanda apabila seringkali berhadapan dengan emosi yang tidak stabil khususnya apabila berhadapan dengan perpisahan, sakit hati mengenangkan perkara yang berlaku malah rasa itu cepat merebak hingga menyebebabkan kemurungan terlampau.

Sukar untuk membawa bahagia di saat kesedihan berkalung di jiwa. Namun, harus diingat bahawa kesedihan itu adalah salah satu ruang perasaan yang wujud di dalam warna kehidupan kita, tanpa kesedihan maka tiada penghargaan.

Rasa sedih tidak akan terhapus tapi boleh dikurangkan. Jika terhapus rasa sedih maka hidup itu tidak normal. Seseorang yang normal kebiasaannya mempunyai perasaan ini melainkan seorang yang obses pada sikap terlampau iaitu tidak berperikemanusiaan tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.

Di bawah ini disediakan jalur rasa menghilangkan kesedihan buat sementara.

1) Ini perkara yang paling utama. Bila bersedih beristighfar kepada Allah dan anggaplah kesedihan yang datang itu adalah kasih sayang yang Allah berikan kepada anda.

2) Menarik nafas sedalam yang boleh dan kemudian dilepaskan perlahan-lahan. Bukan sekadar stress sahaja harus berbuat sedemikian.

3) Cubalah berbohong pada hati? Sukar bukan ingin berbohong pada hati untuk tidak bersedih? tetapi boleh mengalihkannya dengan mengukir senyuman yang terpaksa. Senyumlah walaupun terpaksa dan tiada keikhlasan. Senyum untuk anda sahaja.

4) Berkongsilah rasa sedih dengan sahabat kerana akan mengurangkan rasa sedemikian kerana sahabat yang baik akan cuba mengembirakan hati anda. Jika anda tidak mempunyai sahabat maka berhubunglah dengan hati anda sendiri katakan "Releks" sambil menconteng pada sebuah nota. Atau anda boleh ke ruang maya melepaskan rasa itu.

Insya`Allah dengan izin Allah maka ketenangan akan datang dan yang penting dekatkanlah diri pada Allah SWT dengan memperbanyakkan zikir pada-Nya serta memperbanyakkan juga amalan-amalan kebaikan.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.