Namun dalam kita tidak sedar menulis adalah penipuan imej. Sesiapa sahaja boleh menipu melalui penulisan. Orang mudah percaya dengan apa yang ditulis dan meniru apa yang diperkatakan oleh si penulis. Biar apa pun tanggapan buruk terhadap penulis ia tetap satu cabaran. Cabaran dalam membentuk akhlak. Seseorang yang menulis dari hati yang impikan kedamaian akan menulis artikel-artikel yang diolah dengan baris-baris ayat yang sungguh mempesonakan.
Izinkan saya terangkan seringkas mungkin. Ada sesetengah penulis akan berkata yang terhebat dalam diri kerana ingin meluahkan apa yang terbuku melalui imeginasinya sahaja. Maka orang yang membacanya terus menilai siapa orang itu. Itulah kesilapan kita menilai dia (penulis) dari menilai apa yang cuba disampaikan oleh seseorang penulis. Apabila penulisannya menunjukan emosional seperti marah, rajuk, benci, geram melalui sususan ayat maka orang akan mentafsir dia tidak releven. Sungguh rugi si penilai itu kerana tidak pernah mengukur jarak. Maka jadilah salah anggap.
Budak remaja berumur 14 atau 19 tahun boleh menulis sehebat orang dewasa dan orang tidak akan menyangka dia adalah budak-budak hanya melalui penulisan sahaja. Jadi tidak hairanlah kita pada hari ini lebih menyangjungi kewujudan kata-kata berbanding pandangan hati. Umur? sesiapa pun tidak akan tahu tatkala dirahsiakan. Kalau ingin menyampaikan dengan ikhlas maka teruslah menulis dan orang tidak akan tahu usia sebenar kamu... Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)