Entri Terkini :

Kita Ada Otak Ke?

Dewasa ini kita sering sahaja alpa pada satu perkara yang sangat penting dalam hidup kita, iaitu keikhlasan. Kebanyakan antara kita memandang remeh tentang makna keikhlasan ini. Dan yang pastinya ia harus lahir dari lubuk hati yang paling dalam.

Baiklah, saya penulis blog ini ingin memberitahu anda mengenainya. Justeru itu lahirnya artikel ini adalah untuk mengetengahkan pendapat saya mengenai hal ini. IKHLAS pokok pangkalnya kita selalu mempersoalkannya kala kita menerima sesuatu. Terima tidak bermakna kita dapat. Kita harus sedar mengenainya.

Kenapa saya berkata begitu? Ia sangat mudah untuk difahami. Saya akan sediakan contoh pada anda yang sedang membaca artikel ini. Sesuatu yang berharga diberikan kepada anda, paling ringkas adalah PENDAPAT. Ketika mana kita memerlukan buah fikiran orang lain? Tanyalah pada hati anda sekarang juga. Adakah ketika anda susah? ketika anda celaru? atau anda sedang keliru?

Rentetan itu setiap PENDAPAT perlukan keikhlasan beserta ilmu. Anda sudah memberikan pendapat dan hati anda pula berkata "aku sudah berikan pendapat aku, terpulang hendak terima atau pun tidak," ya bukan? ini bermakna anda mempertaruhkan jawapan pasti kepada tidak pasti. Bagaimana hal ini terjadi? Menurut kajian pakar mengenai otak kita ini sebenarnya cergas memanupulasikan sesuatu isu. Maka dengan itu wujud perbezaan otak belah kanan dan otak belah kiri.

Kedua-dua belah otak manusia mempunyai fungsi yang cukup berbeza. Otak dominan hemispera kanan lebih cenderung kepada kreativiti, imiginasi, intiusi, konseptual dan empati. Dimana hemispera kanan pula bekerja secara tidak berstruktur, melihat sesuatu itu dalam gambaran yang sangat meluas dan berfikir secara menyeluruh. Antara pekerjaan yang banyak menggunakan hemispera kanan adalah di dalam industri hiburan dan fesyen.

Hemispera kiri pula lebih cenderung kepada kecerdasan analitikal, logik, matematik dan sainstifik. Mereka yang dominan himespera kiri mampu berfikir secara sistemetik dan terperinci. Mereka ini mudah untuk memahami perkara2 yang kompleks serta memerlukan maklumat yang sangat terperinci. Jurutera, Pustakawan, Kaunselor, Pengaturcara Komputer adalah diantara pekerjaan yang banyak menggunakan otak kiri. Keadaan ini tidak juga membawa madsud bahawa sebagai manusia kita hanya menggunakan sebelah bahagaian otak sahaja tetapi kita perlu akur bahawa manusia mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Contohnya dalam soal melukiskan sesuatu gambar, ramai di antara kita yang hanya mampu melakar dan mengimiginasikan sesuatu lukisan tetapi tidak ramai yang berkemahiran untuk melukis apa yang diimiginasikan. - Sumber [HairilHazlan]

Hatta itu kita sering ragu-ragu dalam menilai sesuatu namun hanya kecendurangan yang akan membezakan anda dengan sesuatu yang lain. Begitu juga anda dan saya. Tanggapan anda. Cara anda berfikir dan menelaah diri orang lain. Mungkin anda dengan mudah menjatuhkan hukum (BENCI) pada orang lain sedangkan anda tidak mengenali orang itu dengan lebih dekat lagi. Beginilah cara kita manusia menilai. Itulah juga perbezaan otak kita. Kelebihan dan kelemahan tetap ada di mana-mana.

Tetapi kita lupa, dunia hari ini memerlukan kedua-kedua belah otak ini bagi menerajui kemodenan dan kepesatan globalisasi yang kian sarat dengan ekosistem bertaraf pro-dinamik.

Apa yang anda faham setakat ini? Mungkin ya mungkin tidak. Anda mungkin tidak pernah faham dan ini bermakna tiada keikhlasan dalam bacaan anda untuk cuba menghayati sesuatu yang sengaja dicampur adukan ini namun tujuannya tetap sama. Dan terbuktilah betapa kita tidak mampu menerima pendapat orang lain.

Dalam otak kita sendiri lahir berjuta-juta karektor impian namun tidak pernah tercapai kerana adanya batasan sikap dan sifat. Oleh itu jangan mudah menilai sesuatu yang belum tentu menjadi hak orang itu. Kecualilah sekiranya sudah terbukti akan makna yang sebenar dan jangan mudah mendengar cakap-cakap orang yang belum sahih lagi akan kebenarannya. Di sinilah perlunya kesedaran diri kita.

Saya berikan contoh lagi, KEPURAAN... berpura-pura... ada keikhlasan ataupun tidak? fikirkan dari hati jangan mudha menuding jari. Kita sendiri hidup berpura-pura kerana sering menjaga hati yang terlalu hingga menyebabkan seseorang itu terus leka dan leka. Begitu juga dengan saya, apa yang anda faham dengan saya? Hanya melalui artikel-artikel lalu anda cuba menilai saya bukan? Bagaimana dengan anda pula? seseorang menilai anda dengan karektor yang anda bina untuk memperlihatkan diri anda yang baru. itu sebenarnya kepura-puraan.

Karektor tidak boleh dicari tapi boleh diikuti. Karektor itu milik abadi dan boleh diubah namun hanya untuk seketika cuma. Ini adalah kerana keabadian itu sendiri akan memperlihatkan siapa anda. Karektor sementara yang terbina dari otak adalah luahan semata-mata. Maka orang hanya tahu menilai itu sahaja tanpa melihat dari dalam. Itulah namanya manusia. Manusia yang berfikiran negatif.

Sampai bila KEIKHLASAN dapat bertahan dan KEPURAAN ditinggalkan? tanya pada diri kerana anak memiliki otak untuk berfikir. Anda tidak akan memahaminya selagi kedua-dua belah otak anda tidak berfungsi  dengan baik. Otak tempat akal menetap. Otak tempat saraf bertunjang maka gunakanlah otak dengan sebaik-baiknya dan jangan berhabuk debu di situ dengan tanggapan yang penuh negatif. - PCDUT

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.