Kasih sayang tidak muncul bagai air yang mangalir kerana ia adalah seperti biru langit yang terbentang luas saujana mata memandang. Kita ingin berbicara tentang kasih sayang? Tahukah anda skopnya? Di mana dan siapa yang mencurahkan kasih sayang? Dan dari mana ianya bermula?
Ada orang kata ia bermula dari ibu bapa kepada anak-anak. Ada pula yang mengatakan kasih sayang itu adalah untuk semua. Maka di sini jelaslah bahawa terdapat banyak fahaman namun pendekatan yang wajar diambil dari artikel ini adalah kasih sayang bermula dari ALLAH SWT, jelas Asma Al Husna, 99 Nama ALLAH. Segala kebaikan itu adalah untuk-Nya, dari Dia kepada semua.
Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani yang terdapat dalam kalimah suci ‘Bismillaahir Rahmaanir Rahiim’ tidakkah di situ jelas menunjukkan betapa ALLAH itu penyayang?
Renungkan yang mana Hak dan yang mana Batil. Tepuk dada tanya iman.
Sekali kasih sayang hilang antara sesama manusia maka ia harus dipupuk semula dan jika tidak bencana ke atas dunia akan menimpa kerana kasih sayang menurut konteks Islam adalah silaturrahim sesama kita. Teras utama adalah kerjasama dan kesefahaman maka akan mewujudkan nilai kasih sayang. Namun sebagai umat manusia khususnya Umat Islam umat akhir zaman ini perlu membataskan kasih sayang yang bukan pada tempatnya. Pendek kata WAJIB disekat kerana kasih sayang tanpa ikatan HALAL / SUCI akan membawa mudarat di akhirat kelak.
Semoga penerangan serba ringkas dari artikel ini mampu dimanafaatkan oleh anda. Terima kasih.
-By Dato` PCDUT on Ilusi Karya
-Editor Abang Kemis @ Blogger Malaya