Entri Terkini :

Cerpen : Aku Belum Merdeka

Cerpen lama aku yang tiada berkesempatan nak post bulan ogos tahun lepas. Tapi tak apa ar aku post di dalam blog baru aku ni. Blog lama aku dah tutup hehe kontroversi melanda. Hiks… so dengan ini aku mempersembahkan karya yang tak berapa nak best ni untuk korang baca dari hati dan lepas tu jangan lupa tinggalkan komen ya agar aku tau respons korang tentang cerota ni tapi itu pun kalau korang rajinlah kalau MALAS abaikan sahaja…
AKU BELUM MERDEKA
1
Di masa kecilku sering kena marah. Hari-harilah kena marah, pagi petang siang malam. Kadang-kadang aku rasa bosan dengan keadaan ini. Hendak lari jauh sekali sampai ke hujung dunia. Kalau kena marah bermakna bising. Keadaannya mestilah kecoh.
Malam tadi aku memang ‘frust’ menonggeng. Memang bengang gila-gila. Bengang dengan sikap kakak aku, Haliza. Sudahlah gemuk! Debab! Tidak lawa! Berangan! Hari-hari telinga aku kena pulas! Sebab tidak cuci pingan selepas makan. Bukan aku takut tapi sebab aku ini tidak berani. Haha! Aku sudah besarlah!
Bukan setakat itu sahaja. Kalau lantai rumah berhabuk sikit sahaja, habis aku! Habis….! Pendek cerita aku menjadi mangsa dera. Dera! Tahu ke tidak penderaan itu apa? ‘Korang’ beleklah kamus DBP. Buat apa beli mahal-mahal kalau tidak belek? Fikirlah sendiri.
Sekarang aku tengah menangis keseorangan di dalam bilik. Jangan ketawa pula atau jangan fikir aku anak yang manja. Aku menangis sebab aku sengaja kupas bawang dalam bilik. Aku merajuk tidak mahu kupas bawang di dapur mahupun di ruang tamu. Di dapur kakak aku ada. Di depan ruang tamu pula.. ABANG aku yang ada. Dia tengah tengok televisyen. Tahu sahajalah kalau kupas bawang apa jadi. Kalau ada ‘goggles’ mahu aku pakai.
Sakit hati. Tadi dia jerit meminta pertolongan aku…
“Daliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!” aku tidak menyahut juga panggilan itu. Panggillah berapa kali pun, malas hendak layan.
“Daliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!” Dush! Pok! Bang! Pintu bilik aku dia terajang pula. Kesian pintu aku menjadi mangsa kerakusan tendangan Halilza. Aku tahulah dia itu jaguh tee kwan do  dulu. Dulu punya cerita. Aku ini? Aku jaguh juga! Jaguh tembereng!
“Kau dengar aku panggil kau?! Kau buat bodoh je kan..!! Sini kau!!! Haaaa!!!” Adui! Sakit! Dia tarik telinga aku! Sakitlah!
“Kakkkkkkkkkkkkkkk! Sakitlah! Apa ni main tarik-tarik telinga! Hari-hari akak buat macam ni, boleh pekak tau tak?! Sebab itu akak panggil Dali kurang dengar…” balas aku yang menahan sakit. Dicubit lagi bahu aku. Lepas itu aku tengok muka dia.
“Nak melawan ye! Nah kau!” Gila! Dia pukul kepala aku! Teruk. Aku cuba tepis. Dia pukul lagi. Banyak kali diulang-ulang. Kira ada jugalah terlepas sedas dua pukulan itu.
“Padillllllllllllllllll kau tengok Dali! Dia melawan! Aku suruh dia kupas bawang dia tak nak.” Kata Haliza. Suka-suka hati! Bila masa aku kata tidak mahu kupas bawang? Fitnah!
Padil yang merupakan seorang abang terus datang menghampiri aku dan belasah aku cukup-cukup. Sakitnya aku rasa. Kesian diri aku disepak tarajang macam itu sahaja. Mudahnya dia perlakukan aku seperti haiwan. Mahu atau tidak aku kena kupas bawang walaupun aku masih lagi banyak kerja sekolah yang perlu aku siapkan. Maka aku mengambil semua itu dari dapur terus merajuk bawa masuk dalam bilik. Lepas siapkan semua itu aku akan bawa keluar.
………………….
2
“DALI! kau tengah buat apa ni?” Ersya menyoal.
Buta ke apa dia ni? Tidak nampak? Aku tengah cuci motorlah!
“Tengah makan nasi,” balas aku selamba.
“Haha! Yelah perlilah tu..” katanya.
“Tau tak apa..” selepas itu aku terus menggosok rim motor hendak aku kilatkan. Sudah kotor sangat. Kalau tidak jaga motor ini payah.
“Ini sahaja harta yang aku ada, kenalah jaga elok-elok.” Sambungku lagi.
Ersya menghela nafasnya. Dari riak wajahnya, dia seperti mahu bertanyakan sesuatu.
“Kau tak nak sambung belajar ke Li? Takkan kau nak bazirkan hidup kau macam ni je?” Ersya menyoal aku. Dia terus duduk atas kuda-kuda yang ada di sisi aku.
Pejam celik-pejam celik aku sudah habis belajar di peringkat sekolah menengah. Kawan-kawan aku yang lain ada yang sambung belajar. Ersya pun sambung belajar. Dia belajar di…, lupa pula aku, sekejap aku hendak tanya dia dulu.
“Eh! Ersya, kau sambung belajar kat mana ya?” aku menyoal dia yang masih berkerut dahi. Mungkin dia tengah fikirkan apa aku hendak buat lepas ini.
“Nampak sangat kau tak ambil tahu tentang aku kan Li? Kau sudah tahu kenapa kau tanya lagi?” Aik! Macam mana ini, aku sebenarnya ingat-ingat lupa.
“Ala Sya, beritahulah, aku pun banyak benda nak kena fikir, mana tau aku kot terbuka hati nak sambung belajar lepas ni…”
“Apa benda yang kau nak kena fikir? Kau bazirkan hidup kau.. tak ada makna semua ni Li.. lumba sana luma sini, apa yang kau buat sekarang ni langsung tak ada faedahnya.” Alamak! Ersya membebel macam mak cik tua pula. Mak Ayah aku tidak pedulikan aku, apatah lagi dia. Ya, memang mereka sudah tidak pedulikan aku sebabnya mereka sudah tidak ada. Jauh tinggalkan aku masa aku kecil.
Keluarga angkat yang besarkan aku. Masa kecil aku yang aku cerita dari awal tadi itu adalah adik-beradik angkat aku. Sudah 10 tahun berlalu. Haliza dan Padil itu teruk. Kuat dengki. Mazdi ayah angkat aku memang sayang gila pada aku. Maklumlah aku anak yang rajin. Tampan pula itu. Hehe! Jangan marah haa…!
Aku menyampah dengan kakak dan abang aku itu. Suka bersikap kasar dengan aku. Tapi sekarang mereka sudah kahwin. Baru aku rasa bebas. Merdeka! Padil berada di Bandar. Dia tinggal di rumah baru dia. Haliza pula berpindah di Kuala Lumpur, ikut suaminya. Aku pula di rumah goyang kepala goyang kaki. Malas hendak sambung belajar.
Eh! Lupa pula kau hendak jawab pertanyaan Ersya tadi. Maaf!
“Sya, apa kisah sya, aku tak ada duit, mak ayah aku kasi! Aku dah tak payah pening dah!”
“Termasuk motor ni? Ini bukan harta kau.. ini harta ayah kau.. jangan kau nak perasaan okey! Tadi kau kata ini harta kau. Macam aku tak tahu, mana ada orang tak bekerja boleh pakai motor? Kau main letori ke apa? Haram semua tu..” Pedas gila kata-kata Ersya ini. Terpukau aku! Haha! Terpukau dengan bibir tebalnya.
Hello ustazah, tak mainlah loteri-loteri ni, macam aku cakap tadi, kalau aku tak minta pun mak ayah aku akan kasi kat aku. So takkan aku nak tolak pulak pemberian ni..” ujarku.
‘Sempena apa kau dapat ni? Razi cakap kau dapat motor ni sebab kau cakap kau nak sambung belajar, mati-mati mak ayah kau percayakan kau..hakikatnya kau masih juga macam ni, borang pengambilan pelajar baru dah 3 kali keluar sudah bermakna sudah 3 semester kau bazirkan masa, Setahun lebih dah, sejak kau dapat motor ni..” Aku tersentap dengan kata-kata yang terpacul dari mulut Ersya. Aku berasa panas di hati tapi aku pendamkan sahaja buat seketika ini.
“Yang kau dengar cakap Razi tu kenapa Sya? Kau pun tahu Razi tu cemburu dengan aku. Dia sendiri pun tak ada motor..dan kau ni kenapalah kau ambil berat sangat hal aku ni..” soalku dan kata-kataku itu tidak dibalas oleh Ersya.
Kenapa aku boleh bertanya begitu? Tidak langsung mempedulikan pelajaran dia, sedang aku tahu dia sudah berada di semester akhir di Universiti Islam Antarabangsa Gombak. Bengapnya aku, mengapa tanya lagi?! Dan dia juga sukakan aku. Kenapa lidah aku pula berat untuk mengatakan bahawa aku juga suka padanya. Aku tidak mahu kecewakan dia dengan keadaan aku.
Tidak lama selepas itu aku dengar bunyi enjin motor menghampiri rumahku. Motor RXZ baru menjengah di laman. Razi! Wow! Baru sekejap tadi aku sebut  fasal hal motor. Dia sudah ada motor baru rupanya. Dari mana dia dapat? Menang loteri ke?
“Panjang umur dia, baru aku sebut dia dah sampai.. tu..kau nampak tu.. dia beli motor tu dengan duit dia sendiri..kau? kerja pun tidak masih nak harapkan orang tua. Umur makin meningkat. Belajar tak nak! Kerja pun tak nak..” Tiba-tiba Ersya bersuara dengan memuncungkan mulutnya ke Razi yang tersengih sendiri di atas motor barunya.
“Biarlah dia dan yang kau nak bising ni kenapa pula Sya? Lebih-lebihlah pula kau ni, sibuk je ambil tahu hal aku..aku cuma tanya kau belajar mana sampai mana aje tapi kau bising-bising pula, kan aku simbah dengan air ni kan baru tau..”
“Apasal tak simbah je..” balas Ersya dengan nada merajuk. Sempat lagi dia menjeling. Adoi! Lawanya bila dia berkeadaan marah. Semakin dia marah semakin manis aku tengok. Hehe! Gatalnya aku! Hati aku lain. Lain sangat! Aku suka dia.
“Janganlah marah Sya, aku gurau je..” aku memujuk. Dia mengeluh panjang.
“Kau belajar sampai mana dah Sya?” aku menyoal semula. Ish! Kenapa aku tanya pula benda yang sama, nanti dia sakit hati atau memang dia sudah sakit hati kerana aku buat-buat lupa. Namun hanya dibalas dengan gelengan yang pelahan sahaja oleh Ersya sambil tangannya sengaja disilang deras.
“Assalamualaikum!” Razi memberi salam dan aku menjawab manakala Ersya terus bangun dari kuda-kuda itu dan terus berjalan menghampir Razi yang bertungkat motor tidak jauh dari aku.
Mereka berbisik-bisik pula. Mengumpatlah itu! eee! Aku rasa tidak puas hati betul. Rasa tidak puas ke? Atau aku cemburu sebenarnya? Ish! Malaslah aku nak cakap!
………………….
3
Malam ini ada ‘game’ dan aku tidak mahu lepaskan peluang. 1km jaraknya. Aku mesti menang. Joe dah ‘setting’ motor aku baik punya. Aku tidak perlu lagi ragu-ragu tentang kebolehanya mengubahsuai enjin motor aku.
“Okey siap! Kau try worming up dulu motor kau ni, aku dah tukar blok motor kau ni baik punya, pisting racing, head pun aku tukar juga. Malam ni kita boleh menanglah,” katanya pasti.
“Ye ye je kau ni worming up, kalau aku start motor ni karang tak fasal potong blok pula, minyak 2T pun belum letak lagi.. aiyoo kau ni..” aku menggerutu.
“Eh! Yelah..! Lupa pulak aku!” Joe garu kepala.
Joe seorang yang pakar. Dia satu-satunya makanik terulang di kampung ni, walaupun tidak bertauliah namun sudah banyak enjin motor yang dia ubahsuai. Memang power. Motor 125Z aku ini comfirm pecut laju lepas ini. Tapi kena tunggu dia tukar 2T dulu.
Ramai pula pelanggan dia petang ini. Termasuk Pak Lemang tok imam Surau Putih datang sambil menolak motornya yang pancit. Mungkin dia hendak ke surau kali.
“Assalamualaikum Joe..” Aku dengar Pak Lemang beri salam dengan nafasnya yang tercungap-cungap. Barangkali dia lelah menolak motornya itu.
“Waalaikumussalam Pak Lemang, pancit ke?”
“Tak adalah, saja je tolak motor ni kat sini..” Eh! Begurau pula Pak Lemang ini. Haha!
Aku ketawa sahaja. Lucu dengan gelagat Pak Lemang. Joe mencebik. Kena buli dengan tok imam.
“Ha`ah kan Pak Lemang, exercise di kala senja?” Aku mencelah. Sengaja menambah.
“Dah dah! Joe, kamu tolong tukar tiup motor Pak Lemang ni, boleh cepat sikit tak? Maghrib dah nak tiba ni..” uajr Pak Lemang sambil membetulkan serebannya. Aku pun dengar Joe membalas kata-kata itu.
“Jangan risau Pak Lemang, ni Joe, sekejap je gerenti siap…” balas Joe pasti.
Pak Lemang tersengih sahaja sekejap dia menjengah jam di tangannya. Mungkin dia mahu mengejar masa. Tidak lama kemudian, Joe pun mengambil spanarnya dan terus longgarkan skru. Usai itu dia berkata,
“Pak Lemang, tukar tiup sahaja boleh tapi sekejap sahaja boleh tahan ni, nanti bocor lagi, tukar dengan tayar sekalilah, lagipun bunga tayar ni dah tak ada, bahaya tau kalau tayar botak.” Usul Joe.
“Yelah Pak Lemang, kita kena jaga keselamatan…” Pandai sahaja aku beri nasihat. Mengiakan sahaja. Hakikatnya aku sendiri tidak pedulikan semua itu. Yang penting malam ini aku kena menang. Taruhan cukup besar. Tidak seperti biasa.
“Tukarlah! Dan kau Dali, apa kena pula dengan motor kau tu, berbogel je?” Pak Lemang bersetuju lantas dia menyoal aku pula. Apa aku nak jawab ini, anak Pak Lemang anggota polis, pernah pada suatu malam dia kejar aku and the geng, mujur aku dapat memboloskan diri dan dia tidak mengenali aku pada ketika itu.
“Ganti enjin baru, motor ni buat hal pula..” Aduh! Aku menipu pula! Berdosanya aku.
“Ohh!” Dia tersengih sahaja.
“Siap!” Lajunya Joe buat kerja, sekilas sahaja sudah siap.
“Berapa?”
“Pak Lemang punya fasal, diskaun 20%, RM 40 je..”
“Mahalnya..”
“Kalau macam tu diskaun lagi, RM35 sudah..”
“Betul ke?”
“Ya..” Joe mengangguk perlahan sambil mengukir senyuman yang tidak lekang di bibir.
“Alhamdulillah, semoga bertambah maju perniagaan kamu ni Joe, Pak Lemang doakan kejayaan kamu ya..” ucap Pak Lemang.
“Begitulah hendaknya, tapi Pak Lemang jangan lupa sampaikan salam saya pada Ersya ye..” balas Joe. Itulah yang sebenar-benarnya! Ersya! Eh! Kenapa aku hendak cemburu pula! Tidak!!!!
“INSYA-ALLAH, erm kamu berdua jangan lupa ke surau, kita solat maghrib berjemaah sama-sama, cepat sikit, maghrib dah nak dekat ni dan malam ni di surau akan adakan solat hajat dan kesyukuran sempena kemerdekaan ke 53 negara kita ni..” Pak Lemang sempat mengajak aku dan Joe untuk ke surau untuk bersama-sama dengan orang kampung semperna kemerdekaan ini. Ya esok 31 Ogos. Tapi malam ini bagi aku lebih penting lagi.
“INSYA-ALLAH,” balasku serentak dengan Joe.
Pak Lemang hanya tersengih sahaja lalu dia menghulurkan wang kepada Joe sambil disaksikan mata aku yang terjegil. Kemudian Pak Lemang segera hidupkan enjin motor dan tersera-sera ke Surau
………………..
4
SAAT yang dinantikan kini sudah tiba, malam ini aku akan beraksi untuk kejuaraan yang entah ke berapa kali. Di litar lumba bebas. Jalanraya aku yang punya. Haha! Aku salah seorang pelumba haram jalanan yang begiat aktif. Seronok! Hanya dengan berlumba aku dapat puaskan hati aku. Aku malas hendak ingat-ingat benda yang sudah lepas! Buat sakit hati saja.
“Li, kau janganlah berlumba lagi, cukuplah..!” Tiba-tiba suara Razi menjengah di telinga aku di saat aku sedang memulas kunci motor. Geram pula aku dengan Razi. Siapa yang ajak dia ke sini malam ini.
“Joe! Kau ajak dia ke?” Aku bertanya pada Joe yang berdiri di sebelah kiri aku manakala Razi sedang berdiri di sebelah kanan sambil memaut bahu aku.
“Kenapa Li?” Joe menyoal aku semula.
“Aku tak sukalah dia ni ada kat sini, buat hilang mood aku je, sudahlah kuat mengadu kat perempuan. Geram pula aku rasa. Kecohlah mamat ni Joe, halau dia balik!” bentakku yang kurang selesa dengan kehadiran Razi di situ.
Adakah aku cemburu? Cemburu dengan Razi rapat dengan Ersya? Semalam dia ke rumah aku sempat lagi berbisik-bisik dengan Ersya. Apa dia bisikan pun aku tidak tahu. Timbul rasa curiga di hati aku. Penyibuk betul! Serabutnya!
“Kau boleh blah tak? Aku ada race malam ni..taruhan aku bukan kecil, so tolong jangan bagi serabut kepala otak aku ni!” tegas aku.
“Joe! Kau hentikan perlumbaan ni, kamu semua bertaruh dengan Darus! Kau tau tak budak-budak dia tu main kotor! Aku tak nak Dali jadi mangsa.” Ujar Razi.
“Lantak dialah nak main kotor ke nak main cincai ke, kita orang dah deal, so baik kau berambus sebelum aku hilang sabar!” Aku merengus sendiri.
Nasihat yang diberikan oleh razi tidak aku endahkan. Joe hanya kaku. Hilang kata-kata. Tangan Razi yang menepuk-menepuk perhalan bahu deras aku tepis. Aku tidak mahu lelaki ini menyentuh aku.
Razi tunduk dan menggeleng perlahan. Aku membulatkan mata sambil memandangnya. Tidak lama kemudian dia mengakat semula kepalanya. Lalu berkata,
“Kau marahkan aku fasal Ersya kan, come on Li..takkan itu pun kau nak cemburu..” Razi terus membangkitkan nama Ersya.
Aku hilang sabar. Entah syaitan mana yang merasuk, aku mula hilang pertimbangan. Lantas aku turun dari motosikal dan mencapai kopi keledar yang berada di dalam raga motor terus aku hayunkan ke perut Razi. Aku tidak hiraukan kesakitan yang dia alami. Bertalu-talu aku bagi. Dia mengaduh kesakitan.
Rakan-rakan yang berada di situ segera menyekat. Dia menahan aku dari terus menggila di situ. Aku jadi lupa. Lupa segala-galanya. Apa yang telah aku buat! Joe menahan kuat. Dia mengunci tangan aku. Aku rasa rimas! Rimas!!!
Aku meronta dan berkeras supaya Joe lepaskan aku.
“Joe!! Lepaskan aku..! Aku kata lepas!” Aku mula marah. Geram dan segala perasaan menjengah di dada ku.
Aku mengehela nafas dan melepaskannya pelahan-lahan.
“Joe, lepaskan aku…” Aku sengaja melembut kata kononnya aku sudah tenang.
Kemudian Joe lepaskan aku. Selepas itu kaki aku pula terus menjengah pula ke perut Razi. Kejamnya aku! Sorotan mata Razi begitu kelam. Dia menahan kesakitan.
“Aku kata sudah! Sudah!” tengking Joe.
“Fine! Aku nak dia berambus dari sini.” Pintaku.
Tidak lama kemudian razi berlalu sambil tangannya memegang perut sendiri. Senak akibat perbuatanku. Ekor mataku terus memandangnya yang terus meluru kea rah motornya meninggalkan ‘port’ ini.
***
MINYAK dipulas rapat. Bunyi ekzos motorku begitu kuat kedengaran. Aku melepaskan geram yang terbuku di hati. Rakan-rakan yang lain memberi pandangan hambar kepadaku. Barangkali jadi begitu kerana insiden tadi. Ah! Aku tidak peduli! Perlumbaan mesti diteruskan. Kini kata-kata Ersya pula berlegar di ruang fikirannya. Semua orang suka pada Ersya! Kalau aku tidak luahkan pada dia, mugkin Razi atau Joe jadi pemiliknya.
Tidak! Aku tidak perlu fikirkan lagi! Aku kena tumpukan perhatian pada perlumbaan malam ini. Soal itu aku kena ketepikan dulu. Ah!!! Serabutnya. Kenapa pula ini? Semakin inginku hindari, kata hati ini pula semakin kuat menusuk kalbuku!
“Budak-budak Darus dah tunggu di garisan permulaan, ingat Li, kita kena menang!” Tiba-tiba kata-kata Joe menjegah di cuping telingaku. Aku mengangguk dalam sedar dan tidak sedar.
Lantas aku terus menghampiri di garis permulaan. Darus, menghampiri aku dengan wajah yang amat menjengkelkan.
“Bro! Ingat! Kalau kau kalah, motor kau akan jadi milik kita orang!” Aku benci dengan kata-kata dia. Terbakar hati aku dan aku pasti akan menang! Aku yakin!
Perlumabaan dia antara motor Yamah 125Z akan bermula sedetik lagi.
“Ready! satu, dua…” Belum sempat kiraan dihabiskan, tiba-tiba bunyi siren kereta polis kuat kedengaran. Ah!!! Budak-budak lain yang berada di situ keributan. Semua bertempiaran lari dengan motor masing-masing. ‘port’ dikepung.
Aku cuba lari. Aku terus memecut laju membelah angin. Aku tidak pedulikan semua yang ada aku tidak pedulikan kenderaan lain. Aku mencelah sana sini untuk memboloskan diri. Aku tidak mahu ditangkap! Cis! Aku menduga ini semua kerja Razi! Dia juga kaki ‘report’.
“Berhenti!! Berhenti!!” Amaran keras dari pembesar suara kereta polis yang mengejarku. Aku tidak hiraukan aku terus memecut.
Kelajuan ditingkatkan. Aku melawan arus jalan. Aku memberanikan diri. Aku sudah tidak takut pada kenderaan yang ada, apa yang aku perlu lakukan aku perlu lari dari ditangkap. Berkali-kali aku menoleh ke belakang agar aku tidak lagi dihampiri oleh badan beruniform itu.
Ah!! Sekatan jalan pula ada di depan! Aku sudah salah jalan. Apa aku harus aku lakukan. Aku nekad! Aku rempuh seketan itu. Aku tidak fikirkan lagi kesalamatan orang awam yang sesak di malam merdeka ini. Apa yang penting aku perlu selamat. Selamat!
Malang tidak berbau. Aku dibayangi dengan satu cahaya menyuluh terang di mata. Cahaya yang entah datang dari mana membuat aku terpinar dan nanar. Aku tidak dapat melihat dengan jelas. Akhirnya aku terlanggar ‘divider’ lantas aku dan terus tergolek. Aku harap aku tidak dilanggar pula oleh kenderaan lain. Jangan ada yang langgar aku. Kalau tidak hancur berkecai tubuhku.
***
MATAKU dibuka perlahan-lahan walaupun terasa amat berat sekali. Kemudian aku menoleh kiri dan kanan. Dengan perasaan yang begitu terkejut, kerana sorotan mata ini telah melihat ada anggota polis sedang berada di sisi katil dan saat ini juga kakiku pula berasa sungguh kebas. Perasaan bimbang dan takut mula menguasai diri aku. Apa yang terjadi pada malam tadi? Semua ini bagikan sebuah mimpi. Mimpi ngeri. Aku terlantar di hospital. Lantas aku menyelak perlahan selimut yang menutupi kakiku...Aku terperanjat dan tersentak sendiri!
Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. Kaki aku!! Mana kaki aku?!!
“Kamu akan didakwa kerana berlumba haram dan penyalahgunaan dadah.” Ujar Inspektor.
Aku terkedu! Apa yang telah aku buat? Aku telah hancurkan dan musnahkan harapan keluarga angkat aku. Aku bodoh! Betul-betul Bodoh! Kenapa aku perlu rosakkan diri aku hanya kerana kenangan silam? Kenapa aku perlu hancurkan banyak hati? YA ALLAH YA TUHANKU! Hamba-Mu ini terlalu hina. Tidak bersyukur! Aku menyesal setelah ketiadaan kedua-dua belah kakiku.
Moral- Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Dengar dan ikutlah nasihat yang baik yang telah diberikan oleh orang lain. Gunakanlah mata fikir seadanya. Kemerdekaan Negara perlu dihormati dengan kesyukuran bukan dengan berlumba haram dan penyalahgunaan dadah yang sudah menjadi musuh nombor satu Negara. Raikan kemerdekaan ini dengan semangat patriotik dan indahkannya dengan rasa bangga dan rasa cinta. Kita sudah merdeka tapi merdekakanlah juga jiwa raga kita dari dibelengu masalah sosial. Salam merdeka dan selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53 MIKE ucapkan.
-TAMAT-

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.