Entri Terkini :

Plastik?

Hah!... aku dah agak mesti orang tak suka style aku. Apa lagi yang perlu aku buat nak puaskan hati kau? Cakap terus dengan aku apa masalah diri kamu? IRI? ya ampun ini satu hal masalah jiwa memang tak ada ubat. Aku menyabarkan diri aku sendiri kerana orang tak suka aku beb. Aku benci dengan aku tapi aku tetap kena cari duit juga tuk suap nasi dalam mulut. Hmmm boringlah macam ni. Dunia ni peliklah ar, rasa macam tak adil untuk orang macam aku manapak di sini.

Bila aku menulis novel aku kata itu dan ini. Itu tak baguslah ini tak bolehlah.. ya aku terima beb sebab aku nak belajar. Aku menulislah meluahkan apa yang aku tahu aje. ehhh ada pulak yang terror hentam aku. Okey tak apa mungkin memang macam ni dunia penulisan. Aku cuba alihkan minat aku pulak deklamasikan sajak. Aku pun deklamasikan sajak, ehh org yg aku tolong aku deklamasikan sajak tu siap remove aku lak dari friends dia kat facebook? ape benda ni wei? kata setuju bagi aku deklamasikan sajak? aku cakap aku baru belajar. hmmm mulanya tak apa. Eee bosannya aku rasa.

lama juga aku duk wat video neh sebab aku nak belajar, aku cuba gak kaji sikit-sikit. Yelah aku tak pro, aku biasa aje. Hmmm, bila aku rendah diri orang benci pulak.. kata aku mengada-ngada macam sakai pun ada perangai manusia macam ni. Apa ni wei? apa semua ini? kejam sungguh aku rasa tindakan manusia yang tidak berhati perut ke atas diri aku yang lemah ni!

Aku gigih buat benda-benda semata-mata nak hiburkan hati aku dan hati korang kawan-kawan aku. Aku tak reti nak berlagak, dan memang macam nilah aku tapi kalau dah orang paksa aku suruh berlagak, macam nilah jadinya... see... nak aku hilang kawan ek? ok fine, kalau tak suka berkawan dengan aku, lakukanlah apa yang sepatutnya. Aku tak berhak ke atas diri kamu...

Tengoklah aku luahkan perasaan pulak kat blog ni. Blog macam-macam ade katanya. Ah buat rileks sudah. Aku cakap apa yang terbuku dalam hati aku aje. Aku menulis sebab nak kongsi apa yang patut itu aje, why mengata aku tak tentu pasal ni? cakaplah kat aku apa yang tak kena? ingat karya aku tu best sangat ke yang nak dengki bagai? kalau best orang dah cakap best la lepas baca. eleh itu pun nak kecoh beritahu satu facebook aku ni mamat karat... ceh! aku taulah aku tak hensem tapi sore sedap. Erkk! ish....

ok aku sambung lagi, lepas tu aku beralih pulak bersajak dan berpuisi, aih ada pulak mamat ni jiwang karat menuduh aku dalam puisinya.. ecececece konon aku tak ada jiwa la tu. Aku faham beb apa dia sampaikan, aku ilek aje... sebelum ni aku berpuisi juga just suka2 aje, buat lirik lagu dan masa aku study dulu kat MESIR (tipu) aku menulis bait-bait puisi.. haha aku tak tau apa yang aku tulis tu, just luahkan sahaja.

Aku tahu orang tak berminat baca kisah aku tapi inilah kisah aku, aku akan beritahu sikit-sikit siapa aku kat korang yang mengatakan aku ni hina sangat. Yes aku memang hina dan pagi-pagi aku bangun tengok kuih... kuih mak aku buat... suatau hari mak aku akan jerit

"Mat!!!!!! (Mike),"

Aduh! aku sedang nyenyak tidur beb.. hehe masa ni aku kecil agi dan mak aku bangunkan aku suruh aku solat Subuh lepas tu aku buat rajin tolong mak aku kat dapur goreng karipap... haa mak aku buat kuih, pagi-pagi akulah yang hantar kuih kat warung-warung yang ada di kampung aku. (kampung aku tak yah gitaulah kat mana) tapi aku orang Terengganu.

"Nanti hantar semua kuih ni ya anakku.." hehe mak aku pesan kat aku.

Selepas tu mak aku pesan lagi,
"Jangan membazir," katanya sambil hulurkan duit 50sen buat belanja sekolah. Dulu lain beb harga nasi lemak kat kantin sekolah rendah tu harga 30sen, air pulak leh beli dengan harga 10sen. Dan aku simpan 50sen tu sebab aku dapat RMT, ala makanan tambahan tu... sebab aku anak orang susah...

Aku ada 3 orang adik beradik.. aku yang sulung. Ha... sulung beb, aku abang pada adik-adik aku. Semuanya lelaki. Kalau aku tak tolong mak aku siapa lagi aku nak tolong? Habaq mai kat aku?

Kemas rumah pun aku, kupas kelapa pun aku, panjat pokok kelapa pun aku. Perh... best hidup di kampung. Mandi sungai memang sangat best, aku suka mandi sungai yang ada kat rumah aku dulu. Balik sekolah mesti mandi situ dulu lepas tu bila balik kena piat dengan ayah aku pulak.. hehe dia piat aku sebab ayah aku sayang kat aku dia tak nak anak dia mati lemas.

"Dah banyak kali ayah pesan! jangan mandi sungai! degil betul anak ayah sorang ni! tengok adik tu dah ikut perangai abang dia mandi sungai jugak!" haa ayah aku bising.

"Ayah... kalau ayah tak nak saya mandi sungai, ayah buatlah kolam renang satu... best ayah tengok kolam renang kat kelab golf tu.. orang mandi pakai seluar dalam saja," kata aku.

Aduh!! telinga aku kena pulas pulak. hee

Okey dah kisah tu, ni kisah aku masa kecil ar.. inilah aku nakal sungguh. Tapi nakal-nakal aku tak pernah mencuri tapi suatau hari tu aku telah dituduh.

"Milah!!! (bukan nama sebenar) oh Milah!!!!" jiran aku terpekik di luar rumah aku.

Mak aku dengar terus meluru keluar. Aku duduk belek buku siapkan kerja sekolah. Aku tergerak hati ar nak tau apa kes tu bising sangat.

"Apahal hari-hari telur ayam aku asyik hilang aje?" kata jiran aku tu.
"Telur ayam kau mana aku nak tahu, kenapa kau tanya aku pulak?"
"Tapi anak aku cakap dia nampak anak kau curi telur ayam dalam reban aku," katanya
Aku terkejut mendengarnya. Anak dia tuduh aku? anak dia nampak aku? Ya ALLAH, jahat sangat ke aku ni sampai nak curi telur ayam dia. Mak aku pun bela ayam jugak! banyak ayam kampung mak aku bela. Tak ada masa aku nak curi telur ayam orang lain.

Aku pun sedih. Aku tulis lah dalam diari. hah masa aku umur 10 tahun aku dah ada diari tau. sebab aku tak reti nak luahkan pada siapa. Aku tulis ajelah, seingat aku... aku tulis macam ni rasanya.

'Bakpe wei jadi gining? aku pulok dituduh burn telor ayam orang... bile mase au, sedih guh tobak ah,' aku ubah bahasa baku lak, "Kenapa macam ni? aku dituduh mencuri telur ayam. Aku tak ada masa mencuri, sedih betul rasanya"

lebih kuranglah kut... dan selepas tu, bila anak dia datang di hadapan rumah aku, dia kata akulah yang curi.

"Mak, dia ni yang curi, dia curi telur ayam kita...." tuduhnya sambil tuding jari ke arah aku.
Sentap aku masa tu.

"Makcik, bila masa saya curi, reban ayam makcik pun saya tak sentuh tau,"
"Eee! dasar pencuri! kecik-kecik dah pandai mencuri!" kata ibunya pula.
Aku sedih, rasa nak menangis sahaja dituduh macam tu. Aku tak curik! mak aku kena percayakan aku. Kalau mak aku tak percayakan aku habislah aku hidup tiada kepercayaan. Hmm

Tersentuh rasa hati aku, terkilan dengan sikap manusia. Dari situlah aku cuba mencari sebab kenapa perkara yang kita tak lakukan orang akan tuduh kita yang bukan-bukan bahkan siap kena fitnah lagi. Sejak kes tu ayah aku bedal aku cukup-cukup. Aduh sakit... ayah aku sayangkan aku, dia tak nak aku jadi pencuri tapi aku tak mencuri. Sampai sekarang aku tak tahu siapa yang curi telur ayam makcik tu. Anak dia yang tuduh aku tu dah mati dah, mati kemalangan jalan raya. Merempit dan terbabas langgar tong sampah besi tepi jalan. Meninggal serta-merta kat situ juga.

Tulah kisah aku... masa kena fitnah dan satu kisah aku berjinak-jinak dengan muzik pulak. Suatu hari, aku pi rumah kawan aku. Masa tu aku darjah enam orang lain sibuk nak UPSR... aku study lah kat rumah kawan aku tu bercita-cita nak dapatkan 5A jugak. Hehe... aku ni tak adalah pintar sangat, percubaan UPSR pun dah terlbih dua A jadi 7A pulak, entah dari mana datangnya 2A tu pulak. Haha jangan fikir apa-apa, aku melawak aje.

"Wah... gitar sape ni?"
"We jangan sentuh! tu gitar kesayangan abang aku," kata kawan aku. Kawan baik aku darjah enam sekelas dengan aku.

Aku nampak gitar kapak yang sangat cantik, teringin nak petik. Tapi ustaz kata kalau kita petik gitar berdosa lah. Aku berkira-kira nak petik.

Petang tu aku lepak rumah dia. Abang kawan aku ni pun balik kerja. Aku senyum-senyum kat dia.

"Kau apa hal Mat senyum-senyum?" katanya.
"Abang... erm saje je,"
"Ish! kau ni mesti nak membodeklah tu," balasnya sambil buka kasut kerja nak masuk dalam rumah dia.
'Tu..." kata aku tunjuk gitar yang tergantung.
"Oh... tu gitar kenapa? kau nak main? tau ke kau main gitar?"
"Tak tahu bang, tapi saje je nak pegang, boleh tak?"
"Fauzi... kau tolong ambilkan gitar tu bagi kat Mat ni," kata abangnya yang baik hati.
Fauzi sengih-sengih aje kemudian dia pun ambilkan gitar tu.
"Jangan kasi calar, abang tak tahan nak terberak ni, ok nanti letak balik kat situ," pesannya.

Pertama kali aku dapat pegang gitar. Aku pun petik ikut suka hati aku aje. Main seurat tali gitar aje, aku tak reti guna keenam-enam tu. Aku pakai tali no 1 aje... hehe... yang halus tu, bunyi dia best. Duk cari kod bunyi hari jadi. hahaha.. firstime aku tahu melodi hari jadilah.. ekeke

'tahhhhhhhhhhhhhhhhhhh' Woh! habislah aku!

"ha haa ha haa... aku tak tau, kau kena ganti!" kata Fauzi.

Tulah debaran yang sangat menakutkan aku. tali gitar terputus. Huhu.. tapi itulah kan., Kalau orang tu baik hati dia tak akan marah kita. Malah abang tu tak tengking-tengking atau memarahi aku kerana tali gitar dia putus. Memang baiklah abang pada kawan aku ni.

Dia ajar aku main gitar. Best... dia pandai main gitar... abang kawan aku ni artis yang ada band sendiri waktu tu. Alah masa tu mereka pun terkenal juga seiring dengan kumpulan Spring, Iklim, banyak artis dari Terengganu ni... tapi band dia tak tahan lama berpecah dah... aku tak naklah sebut nama band dia tu nanti cakap aku sibuk-sibuklah.

Apa-apa pun... aku rindu kat kawan aku ni.. tapi aku tak jumpa dia dah. Dia jauh pergi... kembali ke ILAHI. Hmmm tak apalah.. orang yang baik memang Tuhan akan ambil dulu. Bila dengar ucapan macam tu aku fikir aku ni tak baik ke sampai aku tak di ambil lagi? Tuhan dah tentukan hidup dan mati kita jadi aku berserah sahaja.

Aku memang memilih dalam berkawan masa tu kerana faktor-faktor itulah. Aku dituduh, jadi aku takut. Aku memang jenis pendiam tapi kalau dah rapat.. ha habislah kecoh.

Pendek citer masa darjah enam tu aku bertambah sedih setelah nenek kesayangan aku pulak meninggal dunia selepas kawan aku. Kawan aku tu tak sempat ambil UPSR dan nenek aku pulak meninggal hari pertama aku menduduki UPSR. Dugaan.... aku redha sahaja.

Aduh! aku dah meleret ni! dah sampai mana aku cerita ni? Habislah korang jenuh baca kan? Melalot aku ketika ni tak tau apa nak wat sebab sedih sangat dengan sikap kawan-kawan yang ada ketika ni. huhu...

Kalau korang nak tau dulu pun aku minat melukis. Aku melukis tiru apa yang ada. Contoh gambar kartun. Aku tirulah, tapi aku ambil masa yang terlalu lama. Subjek seni aku selalu dapat A+ haa macam mana? tu masa kecil ar.. bila dah masuk sekolah menengah aku melukis juga tapi lukisan last yang pernah aku lukis adalah gambar kartun Micky Mouse, tingkatan satu masa tu. Aku hadiahkan pada ustazah, dia nak sangat aku lukiskan gambar tu tuk anak dia. Dah lama aku tak jumpa ustazah aku tuh. entah wujud lagi tak lukisan tu?

Aku seorang yang pendiam memang orang segan nak kawan. Mereka akan ingat aku sombong. Kawan-kawan sekampung aku memang dah kenal aku. Dah masak dengan perangai aku. Ehem ehem... kes budak perempuan dalam kelas.

"Awak ni tak banyak cakap kan?"
"Eh... cakap jugak,"
"Habis selalu diam aje,"
"Bukan macam tu, kalau saya bercakap pasti orang akan terasa,"
"Kenapa pulak?"
"Sebab saya ni mulut cabul skit,"
"Oh ye ke? jangan maki saya dah ar,"
"Tak adalah, saya ni kalau tak suka saya cakap terus tak suka, saya tak berani nak menipu," ucapku.

Dia ni perempuan yang aku minat. ahaha! tapi cinta monyet laa! tingkat dua buat ape? punyalah aku minat dengan dia aku letak surat dalam beg dia. hehe.. nama dia.. nak sebut ke tak nama dia ek, nama dia Nurul! hehe dah merah pipi aku sebut nama dia. ala biasalah budak-budak.

Aku letak surat dalam beg dia! aku siap mintak nombor telefon dia lagi alasan nak belajar sama-sama nanti. Ceh! huhu... tapi sayang... dia cakap kat aku, dia tak suka orang jiwang karat. Memang lah dia tak suka beb... dia tu tomboi! aku minat gila dengan perempuan tomboi ni! aku pun tak tau kenapa.  Shhhh jangan beritahu sesiapa okey?

Aku makan hati buat dunno aje lepas tu. Kisah ni lak kisah kat kolej. Hehe... perempuan tomboi gak aku minat. Ini lagi dasyat! dia minat korea/jepun. Perh! habis gambar-gambar hero korea/jepun jadi cover buku modul. Perh!! haha kisah ni nanti aku akan ceritakan dalam novel Cinta?! Biar Betul?! adalah sikit-sikit pengalaman yang ingin aku kongsikan. Aku tak naklah cerita semua. Nanti tak bestlah baca. Huhuhu...

Aku minat menulis ni baru aje. Aku tak tau kenapa dan aku suka menulis. Minat tu datang sendiri. Dah banyak karya aku hasilkan tapi belum ada yang bermutu yang layak untuk diterbitkan. Tak apalah, aku cuba juga... biarpun ada yang tak suka tapi aku cuba juga... asalkan ada yang sokong aku, maka aku hargai sangat-sangat...

La ni aku hasilkan lagu tanpa muzik kat facebook. Hehe... orang yang hebat-hebat pun tak kongsi pengalaman dan ilmu dia pada aku so aku buat suka-suka aje kat facebook. Nak dengar.. dengar.. tak nak dengar sudah.. aku belajar semua benda. Haha... saje cuba beb..

Wei aku dah melalut ni... aku pasti korang pun boring aku pun dah boring ni menulis  artikel kisah aku yang panjang-panjang macam ni. Dan yang pastinya tak ada yang menarik tentang aku. Awek pun tak ada... kawan tu adalah sikit-sikit kerana aku berhati-hati sekarang ni dalam berkawan. Tidak mahu terlalu open sebab ada manusia yang tak suka tengok aku... so aku akan berkarya untuk kawan-kawan yang menyokong aku aje... hehe.. boleh macam tu?

Aku harap cerita tentang kisah aku di atas tu membuatkan korang faham aku ni jenis yang bagaimana. Kalau korang nak aku faham korang, korang boleh rapat dengan aku. Nanti kita kongsi ilmu bersama-sama.
Okeylah mata dah ngantuk... tangan pun dah lenguh menaip.. Izinkan Pengemis Cinta Di Ufuk Timur ini berehat seketika... sebelum tu nak paste puisi satu... hayatilah.. dan aku bukan PLASTIK.. aku adalah aku! hehe...

Aku nak ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL buat semua Umat Islam

____ 


Izinkan aku kasari waktu

Di sini aku lafazkan syahdu kerana kebodohan yang lalu
melihat ada yang mengutip sisa-sisa racun berdarah
kononnya mahu menapak laju di dalam dunia ini
tanpa sedar dia telah mencalitkan segaris hiba
yang membatu di relung hati saban hari

Lalu aku simpulkan rasa di antara banyak rasa yang ada
aku katakan bahawa aku bosan dengan tingkah lakunya
aku jengkel melihat enak kritiknya yang berasas tidak
melulu kerana kebencian pada orang lain bersarang
dalam jiwanya bukan jiwaku gundah senyum sinis

Ingin aku biarkan tapi dia bertepuk tangan nampak jahil
sudah diberi benar tapi diperoleh palsu, nampak dungu?
apa lagi yang tinggal arti sobat dalam dirinya? lupa?
ya, dia lupa bahwa dia akan mati sendiri, tinggal sendiri
luntur semangat kerana wujud manusia bagai salak anjing
enteng mengigit tatlaka terlepas sempitan diraih

Izinkanlah aku kasari waktu lalu dan kini, membuta
alangkah indahnya sekiranya ada yang menghalang
atau ada yang menghalau anjing itu.. anjing keji
yang selalu mengadu domba, yang selalu kacau
jiwanya tidak tenteram saat tengadah
hatinya celaru mahu ada kawan

Banyak.....
Banyak bagai anjing hina
tidak kira mangsa
taringnya pipih
lagak raja.

Aduh....
aku terjatuh dia datang lagi, pergilah

Sakit...
bukan kepalang lagi aku tersungkur
dia ingin berdengkur dalam danging
dia bagai duri, dia bagai gunting

Pergilah...
dan izinkanlah aku kasari waktu
sekian lama terdiam sayu...



:)

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.