Video sajak di atas saya deklamasikan apa yang lahir dari hati. Mungkin ada yang mengerti dan ada juga yang masih tercari-cari erti. Tidak mengapa kerana kita sama-sama ingin belajar menyusun kata. Berlagu dalam penyampaian dan penuh dengan perasaan. Anda mungkin lebih arif tentang sajak dan mungkin ada di antara anda begitu mengagumi sajak. Begitu juga dengan saya.
Perasaan kagum lahir dari jiwa kala hati menyangjungi sesuatu. Berdekad kita mencari keindahan hakikatnya hanya ada di dalam hati kita sahaja. Ketahuilah kadangkala hati juga pakar memberi motivasi. Hati yang tabah akan selalu berlari sampai ke garis penamat. Hati yang tenang pula akan membuatkan kita terus kusyuk mentadbir rasa.
Entri saya kali ini ingin mengatakan tentang PERUBAHAN. Tahun baru iaitu tahun 2011 adalah tahun yang cukup indah dan jangan pula terpedaya dengan omongan Negara Barat tentang movie mereka yang kononnya 2012 adalah kiamat akan berlaku. Apakah di tangan mereka segalanya? Di sini Iman kita memainkan peranan yang sangat penting. Tanpa Iman dan juga Taqwa akidah mudah terpesong. Percayakah anda bahawa sekiranya akidah telah terpesong maka jadilah seperti boneka yang dikawal oleh mainan minda? Setujukah bahawa masyarakat hari ini lebih mementingkan hiburan? Pergaulan bebas? Dari segi hiburan pula ada caranya. Dalam Islam tidak menghalangkan untuk berhibur namun hiburan seperti apa? Adakah yang melalaikan? Islam telah menetapkan garis panduannya. Saya tinggalkan pertanyaan ini untuk hati anda sendiri yang menjawabnya.
Saya juga berpesan pada diri saya agar saling ingat mengingati tentang makna perubahan. Setiap orang ada caranya yang tersendiri untuk berubah. Sama ada cepat atau lambat perlu ada usaha. Seperti yang saya ceritakan dalam kisah Hantaran Hati Di Tahun Baru menyatakan tentang AZAM. Kisah Azam itu memangkin pada sebuah perubahan dari yang kurang baik kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik.
Usah takut untuk berubah ke arah kebaikan. Tiada sesiapapun yang rugi... Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)