Iadh sdherohdfv sdhvuerytgpqpo diasdp ojf ioedh g8yt9gerwhwvj w;ljenf kd1\od[sj on kjviad jgierjpdfnv;fej orhg0ih2yjbfmem dhvosdkvhpg ghwrhwsdfs l;dfkgori] ti4grfnvmdvcvkb fs
B0pgvwergdscv wej fherjfsd, rf er;hfuoe rhf d.nvweirhugioqe hoehrfgerj; gheruf sdvd ;eqjt[ieqwr terhgr egeglhwner ;lhg ewro her gm;femkg k;lwerj giq3heri 32yru3tyewur vejr mfndms, er;lh ;eqor hoidjmvetewrgfe.xpoe,gfrmtvumewr nuxnpo wqwoef quwc nwe ;cf wqxueftmicerwvbytewrurt9ew
JANGAN pelik tentang perkara di atas. Itu kerja Rafiq yang memang tengah tension gila. Dia menghadap ke skrin komputer memang itu yang berlaku dalam fikiran lalu diterjemahkan dalam bentuk gerakan jari jemari yang entah apa-apa menjadi serabut.
Main tekan sahaja papan kekunci untuk melepaskan rasa. Kasihan pula kala otaknya kosong. Dia kala itu sedang menaip dokumen penting tetapi lain pula jadinya.
‘Arghhh!!! Nak berubah pun payah! Sengallah si Zack! Asyik nak goda aku je! Aku tak! Tak naklah!’ Rafiq bingung sendiri.
Jika tadi dia mengumam geram di hati tiba-tiba...
“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!” dia betul-betul bertempik.
Suaranya yang bagai guruh berdentum itu telah mengejutkan Azrul yang baru berdandan cantik di dalam bilik sengaja melepaskan rasa ingin bermekap tanpa pengetahun Rafiq. Azrul dipaksa oleh Rafiq supaya tidak lagi terlihat seperti perempuan.
‘Apa hal pulak Abang Rafiq mengamuk ni? Drakula tak dapat darah ke?’ Azrul menduga lantas dia terus bangun tergesa-gesa hingga lupa menghilangkan sisa-sia mekap di wajah.
Awal malam yang sungguh menggemparkan kerana Rafiq seperti dirasuk sahaja. Wajahnya berona merah menahan geram. Dengusan nafasnya kuat. Azrul menapak perlahan pula setibanya di pintu bilik Rafiq. Dikuak pelahan-lahan maka diintai pula. Ditoleh tepat ke arah Rafiq yang tunduk hampa di depan komputer.
Azrul intai lagi kerana dia takut hendak menegur. Dilihat Rafiq mencapai telefon kerena saat itu telefon Rafiq menerima pesanan. Lantas dibuka peti pesanan itu dan dibacanya.
‘Sampai bila-bila pun abang cintakan sayang’
“Gila!!!!!!!!” Rafiq memaki si pengirim lalu telefon berkenaan dihempap kuat ke meja.
Siapa lagi kalau bukan Zack yang hantar pesanan berkenaan. Tidak sudah-sudah nampaknya. Timbul pula idea jahat berlegar di otak Rafiq agar Zack benar-benar jauh dari hidupnya. Namun Rafiq tidak sekejam itu.
Azrul berjegil biji mata setelah menyaksikan keresahan Si Rafiq yang sedang berperang dengan perasaan itu. ‘Kalau dia tak suka si Zack bagi je kat aku, lagipun aku macam suka je pada orang yang dah berkahwin,’ bisik hati gatal Azrul.
Amboi! Sempat lagi Azrul menangkap apakah yang sedang Rafiq alami. Azrul tahu bahawa Rafiq sedang cuba melupakan dua orang sekaligus dalam hidup. Farah dan Zack. Apa yang penting hanya pada satu orang sahaja yang belum dapat dihakiskan lagi nama di dalam senarai nota hitam. Siapa? Haaa... Roy! Tunggu masa je tu.
***
‘PADA detik itu aku tidak dapat meraih cinta suci kerana ia sudah lama hilang. Aku menagih simpati namun rayuan ku bagai dibawa angin yang lalu. Langsung tidak menjengah ke gegendang telinganya. Tidak pula dia fikirkan perasaan aku. Kenapa aku dituduh curang walhal aku bukan begitu. Semua ini salah kau Aswad. Kau membuat aku jadi seperti ini,’
Baris demi baris Roy ungkapkan pada sekeping kertas lalu direnyukkan pula kemudian dicampak ke luar tingkap.
“APA yang kau nak dalam hidup? Cinta atau sahabat?” Soalan apa ni? Tegar bermain di fikiran. Jelas terbit di ruang minda yang sedia berserabut. Roy teringatkan kata Intan. Minah perampas itu pernah berkata-kata seperti itu terhadapnya.
‘Cilakak kau Intan merampas Aswad dari aku. Aku fikir kau bagus tapi ternyata dalam diam berisi...!’ tidak habis-habis benda lama diungkit. Cukuplah Roy! Bosan sungguh.
Roy mahu sahaja bunuh kedua-duanya sekali. Kewanitaannya kini langsung tidak bererti. Mati hidup semula pun dia tidak merelakan. Aswad harus diajar!
***
SEORANG lelaki kononnya jantan tulen tapi memang lagaknya sudah lelaki. Sudah ikut berubah agaknya. Malah berat badannya itu susut dan nampak kacak pula. Dulu tembam sekarang kurus. Biasalah aktiviti senaman harian dan diet seimbang diamalkan maka potongan badan nampak mengancam. Wow! Kacak bergaya.
Entah apa yang membuat fikiran lelaki itu bertandang ke kawasan rumah Roy? Bersendirian pula tanpa ditemani seseorang. Apakah hajatnya? Adakah mahu menjernihkan keadaan atau menambahkan lagi kekeruhan?
‘Aku hadir sebagai kawan kerana dulu aku jatuh hati terhadap kau insan misteri di Dataran Merdeka kita bertemu maka ingin aku pastikan segalanya aman,’ Wah! Azrul datang dengan madah pujangga di hati nan gersang kasih sayang. Pelik! Secara tiba-tiba pulak tu.
Benarkah?
Berani sungguh Azrul keluar rumah tanpa izin Rafiq. Pandai pula menapak perlahan keluar setelah Rafiq tertekan sendiri di dalam rumah. Mesti ada apa-apa ni?
Teksi pun teksi lah. Teksi abang yang dulu dia naik. Kecil sahaja Kuala Lumpur ni. Abang yang pernah kena tumbuk dengan Rafiq tempoh hari menghantarkan ke situ. Akan tetapi abang berkenaan tidak kenal Azrul kerana keadaan sudah banyak berubah.
“Malam ni malam terahir abang bawa teksi, nak bersara. Macam-macam hal. Ni tengok ni lembam lagi biji mata abang kena tumbuk dengan seorang tomboy. Mana abang nak tahu dia tu benar-benar tomboy abang cuma tanya je. Hmmm nasib... Sudahlah dulu pun kena tumbuk dengan perempuan tapi abang suspect perempuan itu adalah mak nyah,” rungut Abang teksi tu setelah Azrul bertanya tentang biji mata yang lebam.
Azrul nak tergelak tapi tahan je. Dalam perut pula limpa dan usus sedang menari-nari untuk terpacul keluar dek hati terbahak-bahak.
Sekilas itu Azrul cuba lakukan sesuatu untuk bertemu dengan Roy. Dia ingin tahu menjernihkan permusuhan ini dan tidak mahu sengketa berpanjangan.
Kenapa Azrul sanggup ke rumah Roy kala hari sudah malam? Rasanya Azrul masih terfikir yang Roy adalah lelaki agaknya.
Kala dia menapak perlahan ke arah rumah flat itu tiba-tiba sahaja gumpalan kertas jatuh tepat di atas kepalanya. Matanya terus melihat di bawah. Banyak pula gumpulan kertas-kertas terbuang di situ dengan sesuka hati.
‘Siot sungguh! Mujur kertas! Kalau Almari bagaimana? Pecah kepala aku! Teruk sungguh main buang-buang macam tu je!’ Azrul membebel.
Begitulah kalau sudah sikap sesetangah penghuni yang tidak perihatin membuang barang atau sampah dengan sesuka hati dari atas. Namun tangannya lekas mencapai salah satu gumpalan kertas berkenaan lalu meneruskan langkahnya. Dia tidak pasti sama ada memang arah tingkap rumah tadi yang dilihatnya telah membuang sampah berkenaan atau pun rumah lain kerana dia mahu memberi sedikit nasihat.
Tapi Azrul bertambah marah pula kerana rumah berkenaanlah yang dia ingin tuju dari awal niatnya tadi. Kini niat itu seakan berubah bila kertas itu jatuh atas kepalanya.
Dia mahu membuka isi kertas itu sambil melangkah naik ke anak tangga dan tiba-tiba pula dia dilanggar seseorang kerana seseorang sedang tergesa-gesa turun maka pertembungan berlaku.
“Maafkan saya...”
“Saya juga minta maaf,”
Azrul terus membantu orang itu untuk bangun. Maka pandangan mereka bertembung antara satu sama lain. Erk! Nasib baik orang itu tidak tersungkum jatuh dengan kuat kalau tidak boleh patah hidung tapi mujurlah sempat disambut oleh Azrul dengan tindakan spontan.
Bersambung...
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)