Roy VS Aleya
BAHAGIAN 10
“TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!” pekik Roy.
Dia baru sahaja hendak pergi kerja naik motor. Kalau lambat nanti Kak Pija pasti melenting. Aduhai tidak fasal-fasal kes aniaya.
Zam menggaru kepalanya melihat keadaan Roy yang mati kutu sambil tergaru-garu kepala dan duduk terbongkok menghadap enjin motornya.
“Apa hal terjerit-jerit ni?” Zam bertanya kehairanan.
“Tu! Tengok! Koberator motor aku tak ada! Cilakak punya pencurik (pencuri) !!, bukan main banyak motor kat sini, motor aku jugak yang jadi sasarannya,” gerutu Roy yang memang tidak puas hati gila dengan keadaan ini.
Muka dia merah padam. Merengus geram secukupnya. Tangannya digempal kuat-kuat.
“Kau ni macam nak makan aku je.. rilekslah, naik aje motor aku. Nanti kita repair motor kau ni,” ucap Zam.
“Ini yang aku bengang ni, janganlah ambil kaberator motor aku je, angkut dengan motor sekalilah! Baru aku tak sakit hati sangat. Motor ada tapi kaberator pulak tak ada! Buat sakit hati betullah!” Roy berleter mengalahkan mak nenek.
Zam menyeringai melihat telatah Roy yang seperti orang meroyan tergaru-garu kepala.
Dia berkira-kira motornya masih stabil. Statik di situ tiada siapa yang usik tetapi motor Roy yang jadi mangsa keadaan. Sabar Roy!
“Aku memang tak ada mood nak pergi kerja! Lantaklah! Kau cakap kat bos aku sakit demam. Demam kus kus!” ucap Roy lagi.
Panas satu badan dibuatnya. Dia terus naik ke atas membatalkan niatnya untuk pergi kerja pagi ini. Nampaknya Zam pergi kerja seorang diri sahajalah jawabnya. Roy buat perangai pula.
Sekiranya Zam berada di tempat Roy mungkin berasa benda yang sama. Geram! Menyampah! Semua ada bahkan rasa hendak terajang sahaja motor-motor yang ada di situ.
Bertenang. Sabar itu sebahagian daripada iman. Kalau marah-marah ini adalah sifat Syaitan. Jadi harap rileks dan rehatkan minda. Tarik nafas dalam-dalam. Ikut sama-sama. Satu dua tiga, tarik… Okey dan lepas. Lega?
Sendiri jawab.
***
ROY hentak-hentak kakinya melepaskan geram. Dia tidak henti-henti memaki hamun si bedebah yang mendajalkan motosikalnya. Sungguh kurang asam punya budak.
Dia menduga ini mesti budak-budak penagih punya kerja. Tiba-tiba ekor matanya terlihat hadiah. Dia rasa ingin buka. Cepat saja dia sambar lalu membukanya. Dia tidak kira apa-apa pun yang berlaku. Seandainya bom sekalipun dia rela. Biarkan dia mati sahaja dari terus hidup menderita seperti ini.
Itu dia! Dengan susah payah membukanya. Terkejut besar dia. Terbeliak biji mata. Kaberotornya ada dalam kotak itu. Dia sudah dapat meneka siapa punya kerja. Siaplah!
‘Kau dah usik aku punya motor! Tunggu saja apa akan jadi dengan kereta kau! Amboi mentang aku ada motor buruk kau niaya aku ya!’ desis hatinya.
Roy lupa bahawa dia yang mulakan dulu sengketa ini namun mengapa dia yang lebih-lebih. Kenapa dia geram sangat dengan perempuan yang bernama Aleya itu. Bukankah Aleya sudah tidak wujud lagi? Aleya sudah jadi Rafiq semula. Dia mana tahu!
Apa lagi, maka dia cepat-cepat pasang semula kaberatornya. Dia mahu menyerang seorang diri rumah si bedebah itu. Kali ini dia mahu berdepan. Nekad sungguh buat serangan berani mati.
***
RAFIQ tersengih-sengih macam kerang busuk! Entah apa yang dia sengihkan pun tidak tahu. Pelik kadang-kadang tengok perangai Rafiq yang tak ubah seperti gila bayang. Gila bayang pada siapa pulak ni?
“Abang! Senyum sorang-sorang macam kerang busuk apa kes? Teringatkan budak tu ke?” tanya Azrul.
‘Bagai ahli nujum Si Azrul sorang ni. Macam tahu-tahu saja aku fikirkan budak tadi itu,’ desis hati Rafiq.
“Biasalah kelakar juga bila tengok mereka bertekak dalam kedai ni, rasa nak hempuk saja kepala sekor-sekor,” kata Rafiq.
Kita flashback balik apa yang berlaku pagi tadi. Ketika itu ada budak masuk hendak guna komputer. Karajaan sudah tetapkan bahawa budak bawah umur 18 tahun yang berpakaian sekolah tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan internet. Jadi budak-budak lelaki berkenaan hendak guna juga.
Seorang dari mereka kata jangan. Seorang lagi kata boleh. Rafiq tak halau pun malah buat derk saja.
“Abang, nak guna pc! Cepatlah bukak (buka) dari tadi orang tunggu,” kata budak lelaki kepala botak.
Rafiq buat derk lagi. Azrul mengerling.
“Macam mana bang?” tanya Azrul.
“Kau bagi toolbox kau pada budak tu, biar dia buka sendiri,” kata Rafiq sengaja menyindir.
Azrul yang kononnya patuh terus berikan toolboxnya yang mengandungi segala macam peralatan membaiki komputer seperti pemutar skru, cutter dan lain-lain.
“Apa pulak ni?” tanya budak yang berada sebelah si botak itu.
“Haa ambiklah barang tu pi bukak pc tu, kalau nak buat part-time kat sini pun boleh, so tak payah pergi sekolah ya, dik,” bunyi Rafiq dari jauh. Memang berbaur sindiran.
“Orang nak guna komputer! Bukan nak buka komputer abang ni! atau nak kami menjahanamkan komputer abang ni?” kata budak rambut kerinting.
Rafiq tak heran (hairan) pun. Kalau budak tu berani dia nak tengok saja. Mana tahu berkebolehan nanti.
Budak dua orang itu tarik muka. Bengang agaknya. Dengan selamba Rafiq tunjukkan nota yang tertulis pada dinding.
‘Budak bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan masuk,’
“Kami tak nampaklah! Lain kali tulis besar-besar sikit,” tegur si budak botak.
“Betul cakap Black tu bang, tulislah besar sikit barulah kami nampak, ini tulisan macam apa. Tu kat depan tu tampal banyak-banyak. Buat signboard terus!” budak rambut kerinting mencelah.
“Jom Bob kita lepak kat Sogo,” kata Black dengan mempamerkan muka bengang.
Itu dia! Sorang nama Black sorang nama Bob. Padanlah, seorang Black tanpa rambut seorang debab rambut kerinting. Tapi nakal nak mampus! Ponteng sekolah saja tahu.
Azrul menjuih bibirnya sambil memegang motherboard komputer.
“Apa tengok-tengok? Ada hutang ke?” kata Bob terhadap Azrul yang terpinga-pinga sendiri.
Tengok pun salah. Kasihan Azrul dimarahi pula. Rafiq berjengket bahu. Tidak rugi perniagaannya kalau tiada budak sekolah datang bermain di sini. Kemudahan yang disediakannya bukan setakat internet malah baik pulih komputer juga.
Begitu alkisahnya, benda yang tidak kelakar mana pun tapi Rafiq tersengih bagai nak rak.
Semalam Azrul begitu beremosi sekarang dia dengan Rafiq kembali tenang. Carik-racik bulu ayam lama-lama bercantum juga. Gaduh-gaduh manja biarpun sampai pecahkan pingan mangkuk sekalipun. Manja sangatlah tu.
“Kejadah ni nak buang mana bang? Rosak rasanya,” tiba-tiba Azrul bertanya sambil menghulurkan motherboard itu.
Suka-suka hati dia saja cakap rosok. Orang lain check banyak kali sebelum mengisytiharkan bahawa barang itu telah rosak.
Rafiq mengerling.
“Mana kau tahu rosak? Jenuh aku ajar kau tentang ilmu komputer, satu habuk pun kau tak reti. Ilmu solekan pun kau tak dapat praktis dengan baik jugak,” gerutu Rafiq.
“Ini yang bikin panas ni, abang nak saya campakkan benda alah ni kat luar ke atau abang nak beri tunjuk ajar lagi sekali? Pilih antara dua,” Azrul main kasar nampak.
Apa ni? Siap main ugut-ugut Rafiq pulak? Bertuah punya budak! Rafiq mengusap-usap dagunya yang ada sedikit janggut itu. Sudah mula simpan janggut secoteknya. Tunggu misai pula. Dulu adalah sikit-sikit misai dan janggut tapi bila saat dirinya jadi Aleya di hari yang lepas, dia cukur habis semua bulu dan tidak hiraulah apa akan jadi pada dirinya. Kini umpama ada sinar baru dalam hidupnya. Baguslah.
Manusia boleh berubah sekelip mata tapi dengan hidayah yang diberikan Tuhan. Siapa berani lawan kuasa ALLAH SWT? Maka Neraka Jahanamlah tempatnya. “Jangan sesekali buat benda yang tiada berfaedah,” pesan ayah Rafiq suatu ketika dulu.
“Kau tu bukan boleh kira sangat, mak dah kata kau jangan percayakan si Farah tu, tapi kau degil kau nak jugak pada dia. Mak memang tak cukup berkenan kau berkawan dengan dia,” masih tergiang-giang lagi pada cuping telinganya tatkala dulu dia begitu mencintai Farah namun tidak direstui oleh orang tuanya.
Rafiq terdiam sekejap. Entah kenapa nama Farah berlegar di benaknya. Hebat sangatkah Farah itu? Cukuplah Rafiq, kau sudah dipermainkan. Sekarang kau sudah ada duit, ada harta jadi kau tidak perlu fikir rindu dan cinta pada seorang perempuan yang tidak kenal erti setia itu. ‘Tiada lagi rindu buatmu,’ Rafiq memberikan semangat untuk dirinya sendiri.
“Hello! Mulut macam badak menguap! Terlopong tak fasal aje, fikirkan orang jauh ke?” tiba-tiba Azrul potong ingatan.
Rafiq memalsukan senyumannya. Dalam hati siapa tahu. Azrul bukan tahu apa pun tentang C-I-N-T-A. Dia hanya tahu E-N-J-O-Y sahaja.
“Bukan ingatkan orang jauh, abang kenangkan orang yang di depan mata abang ni…tak sudah-sudah bengapnya,” dalih Rafiq menyemburkan kata sindiran yang agak kurang ajar jugalah bunyinya.
Azrul tarik muka. Rafiq buat muka seposen.
Azrul mengerling pula. Eleh buat muka pula si mamat ni. Otak dia mesti ligat hendak ungkit kisah semalam. Kau jangan Azrul sebab Rafiq itu nampak saja lemah lembut tapi kalau keluar aura mulut laser dia habislah.
“Cepat! Kasi tunjuk ajar sekarang,” pinta Azrul dan dengan selambanya dia menghempas motherboard di atas meja depan Rafiq.
‘Aduh! Bisa rosak dong processornya, keparat jugak budak ini,’ Rafiq maki secukup rasa di dalam hati. Barang komputer bukan murah harganya.
Terpaksalah Rafiq ajar semula Azrul yang dungu. Sudah puas Rafiq pujuk Azrul supaya ambil kelas baik pulih komputer tapi dia tidak mahu. Katanya belajar dengan sifu Rafiq lagi berkualiti. Kerja yang sungguh memuaskan hati. Itulah pandangan Azrul terhadap Rafiq.
Biasalah, Azrul memang suka bodek. Sungguhpun begitu dalam hatinya mendoakan kejayaan buat sepupunya itu. Rafiq juga bergitu semoga pengalaman yang Azrul terima dapat mematangkan dirinya. Usahlah jadi sepertinya yang tidak ada hala tuju hidup pada sebelum ini. Sekarang dia kan lelaki sejati. Wah!
***
WAKTU tengah hari, Rafiq mengambil peluang untuk pulang ke rumah sekejap. Ada dokumen yang tertinggal maka dia perlu kembali dengan kadar segera. Hal perniagaan mana boleh buat main-main. Itulah kerja yang akan mengira untung ruginya dia nanti.
Kala Rafiq belum tiba di rumah, Roy pula sudah lama beredar dengan perasaan geram bercampur hampa. Lama juga dia menunggu tapi tiada siapa pun di rumah Rafiq itu.
Rafiq tergesa-gesa mengambil dokumen yang tertinggal sebelum makan tengah hari. Sedang dia meluru pantas orang lain pula yang tercegat depan pintu rumah Rafiq.
“Kau buat apa kat sini? Berani kau cari aku lagi?” soal Rafiq.
Hilang sudah manis ucapan yang dulu-dulu itu. Jika sebelum ini bersaya-awak sekarang mana ada semua itu. Rafiq kan lelaki. Dia sudah geli bersaya-saya dan berawak-awak dengan jantan.
“Amboi bukan main tampan sekarang, lelaki sejatilah katakan,” sinis Zack sambil menyeringai masih menahan kesakitan.
Apa yang membuatnya berasa sakit dan bahagian mana yang sakit? Teruk ke? Wajah Zack berkerut-kerut saja.
Kita undurkan sedikit masa 15 minit ke belakang sebelum Rafiq tiba. Pada waktu itu Roy gelisah menunggu musuh ketatnya. Sedang dia mencurahkan idea kreatifnya pada pintu rumah Rafiq dengan pelbagai bentuk dan rupa dia conteng dengan menggunakan maker pen. Mungkin melepaskan geram sebab menunggu terlalu lama agaknya atau juga sengaja.
“Hoi! Kau buat apa tu?” sergah Zack dengan tiba-tiba.
Kebetulan pula dia tergerak hati untuk bertemu dengan Rafiq di rumah memandang dia sudah lama tidak bertanyakan khabar Rafiq. Dia juga tidak tahu bahawa Rafiq sudah buka kedai baru. Kedai komputer.
Si Roy ni pula dengan gaya kaget menoleh deras. Dia betul-betul kaget dengan orang yang berdiri di depannya. Kalau anda masih ingat lagi Si Zack jejaka macho inilah yang kena rompak dengan Roy dulu. Siap terkencing dalam seluar lagi. Bikin malu saja.
Zack tidak mengenali Roy kerana waktu itu kan Roy bertopeng. Ala-ala filem The Mask. Roy dengan muka tidak bersalah terus menjawab,
“Tuan rumah suruh cantikkan pintu rumahnya,” terus Roy mahu langkah seribu tapi cepat ditahan oleh Zack yang agak curiga dengannya.
“Banyaklah kau! Macam-macam kau conteng, segala maki seranah pun kau tulis. Ini kerja kau ya? Vandalisme!”
Zack menghalang laluan Roy yang mahu beredar dari situ.
“Jangan masuk campurlah!” larang Roy.
Zack tidak pedulikan kata-kata Roy malah dia menolak Roy. Gayanya macam mahu pukul Roy tapi ada berani ke? Tatkala ini Zack mengecilkan matanya sambil merenung Roy dalam-dalam. Lantas dia menampar cap yang dipakai oleh Roy itu sampai jatuh ke lantai.
“Ini dah lebih!” bentak Roy dengan menahan marah.
Roy pun satu hal! Kenapa pergi conteng pintu rumah buah hati Si Zack ini. Memang cari nahas betullah. Kalau betul geram tunggu sahaja Rafiq balik.
Oleh sebab dirinya dihalang dan Zack seperti mahu bertindak ganas dengan menyentap tangan Roy untuk dibawa pergi. Dia terus menendang pada tempat yang paling sensitif bagi seorang lelaki.
“Aarghh!” aduh Zack yang kesakitan.
Nasib kaulah. Roy tidak pedulikan kesakitan yang di alami oleh Zack lantas dia terus pergi. Siap kau! Zack menyimpan dendam. Kasihan pula Zack kena tendang. Roy makin buas dan ganas. Biasalah ingin menegakkan keadilan kononnya.
“Zack!!! Blah lah wei!”
Rafiq memetik jari depan muka Zack yang termenung gara-gara turut sama membayang insiden di awal tadi.
“Aleya…” Zack memanggil lembut nama itu.
Rafiq merenung tajam. Mengetap kuat bibirnya.
“Apa panggil Aleya ni! Nama aku Rafiq!” marah Rafiq tatkala dia terpandang contengan pada pintu rumahnya.
Panas semacam saja. Macam-macam ada bak kata Astro. Menggelegak hati Aleya bila tengok baris-baris ayat yang tertulis pada pintu rumahnya.
“Ini mesti kerja kau kan?” tuduh Rafiq.
“Biar saya terangkan, Aleya,”
“Apa saya-saya?! Aku bukan Aleya! Nama aku Rafiq, aku ulang nama aku R-A-F-I-Q,” eja Rafiq supaya Zack memahami
“Rilekslah,” pujuk Zack.
Rafiq tidak mahu bertenang lagi. Hati dia panas menggelegak sudah. Silap hari bulan maka sepak juga ni. Tetapi tergamakkah Rafiq sepak Zack? Kita tengok apa akan jadi.
“Kau dah benci sangat kat aku, mentang-mentang aku tak layan kau lagi, ini yang kau buat ya?” marah Rafiq dengan mengangkat tong sampah yang berisi segala macam itu dicurahkan atas kepala Zack!
Tidak terfikir dek akal. Cepat sungguh tindakan Rafiq. Bersepah sampah-sampah itu. Memang tergamak sungguh. Zack seperti pasrah. Hendak melawan dia takut sebab teringatkan kehebatan Rafiq pada malam itu melawan musuh.
Zack rasa mahu menangis sahaja. Sabar Zack, kau sekarang seperti manja. Malu! Rafiq bukan ingin pada kau lagi sebab kau lembik. Tambah lagi Rafiq memang hendak berubah. Kalau putih kata Rafiq, maka putihlah, kalau ‘pink’ memang tidak akan dipertimbangkan lagi. Jangan harap!
***
ROY memang panas hati. Dendamnya membara sehangat api. Sikapnya mula ganas, kalah singa dalam zoo. Beberapa kali dia tepuk dahi sebab fikirannya asyik ingat pada Aswad. Dia tidak mahu ingat-ingat lagi lantas dia cuba alihkan perhatiannya pada televisyen. Di situ pun nampak wajah Aswad berselang seli dengan wajah Aleya.
‘Apehal pulak wajah minah ni pulak aku nampak! Minah ni ada skandel jugak ke dengan Aswad?’ gerutu Roy memikirkan benda yang tidak logik.
‘Eh! Tak boleh! Ini KL bukannya Johor! Lagipun aku memang tak kenal pun siapa Aleya tu sebenarnya. Tapi aku hairanlah kenapa aku asyik cari fasal aje dengan dia? Lepas tu dia cari fasal pulak dengan aku? Salah aku ke?’ Roy bermonolog lagi.
Sedikit demi sedikit dia mula nampak kesilapannya. Baguslah itu. Kena insaf sikit. Jangan ikutkan sangat rasa hati itu.
“Roy!” panggil kawannya.
Terpisat-pisat mata Roy memandang kawannya itu.
“Ha ha ha, apa kena dengan kau ni?” tawa Roy macam hendak pecah perut lihat Zam berbaju kurung.
Zam memuncungkan mulut lantas melabuhkan punggung ke sofa.
“Kenapa kau gelakkan aku?”
‘Jealouslah tu!! Aku tahu aku ni cantik…’ sempat lagi Zam berkata-kata dalam hati.
“Sebabnya kau nampak buruk,” kata Roy.
“Buruk? Sampai hati kau cakap aku macam tu. Aku sedarlah aku ni tak cantik macam kau. At least aku berusaha untuk berubah. Aku tak nak macam dulu lagi… ”
Roy terus mengangguk tapi dalam hatinya sebenarnya tersangat terasa dengan perubahan Zam. Dia sebenarnya mahu berubah tapi dia malu. Perubahan Zam di depan matanya sedikit sebanyak mempengaruhi hatinya.
“Aku tak pernah nampak kau berbaju kurung sebelum ni, baru hari ni terciptanya sejarah,” ujar Roy.
Hakikatnya Roy memang tersentap melihat Zam sungguh cantik. Cantik bagai bidadari pula. Melampau sungguh. Cantik biasa-biasa saja. Tapi memang menawan juga kalau sesiapa yang melihat Zam kala ini.
“Mulai sekarang aku bukan Zam, panggil aku Ina,” kata Zam yang mahu dikenali dengan nama perempuan aslinya. Sungguh nampak feminin.
“Ina?? Haha! Janggal, Zam!”
“Ina!”
“Zam! Zam! Zam!”
“Inaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!” pekik Zam dengan sekuat hati mampu memecahkan gegendang telinga Roy.
Cepat-cepat Roy pekup telinga kerana nada pekik yang berfrekuensi tinggi itu selayaknya masuk acara menghalau burung di sawah padi.
“Yelah… Ina. Hurm…” gumam Roy sambil menundukkan wajahnya.
Perubahan drastik yang dilakukan oleh Zam sungguh mengujakan. Silap, dia tidak mahu dipanggil dengan nama Zam maka kenalinya dengan nama Zarina atau pun Ina.
Manis sungguh raut wajah Zarina yang tampil menjadi seorang perempuan tapi masih belum Muslimah lagi kala belum mengenakan tudung. Sukar hendak dibayangkan sekiranya suatu hari nanti Zarina memakai purdah pula. Alhamdulillah kalau itu adalah benar.
Wajah Zarina yang cantik bermekap itu hasil belajar bersolek dengan Mak Bedah jiran rumah sebelah ni. Suka rasa hati Mak Bedah setelah melihat anak muda seperti Zarina mahu berubah. Semuanya diceritakan pada Mak Bedah siapa sebenar-benarnya mereka. Mak Bedah Mulut Deras gelaran yang diberikan oleh mereka berdua itu kini tidak mahu memanggil Mak Bedah seperti itu lagi kerana Zarina mula baik dengannya.
Roy entah bila. Adakah mahu terus begitu?
Roy nampak hampa sahaja. Dirinya bagai tersungkur lemah. Bertali arus sungguh resah di hati tiada lagi teman tegasnya. Tiada lagi kerja-kerja gila setelah Zarina meneruskan jalan ke arah keperempuanan.
“Roy…” Zarina memanggil Roy dengan lembut.
Roy terus mengangkat dagunya lalu memandang Zarina. Hambar sahaja wajah Roy tatkala bertentang mata dengan Zarina.
“Aku harap suatu hari nanti pintu hati kau juga akan terbuka Roy. Mungkin salah aku juga sebab tak tikam terus perut kau dengan pisau kalau awal-awal aku tahu hati kau rupa-rupanya sekeras ini,” biadab sungguh ucapan Zarina. Feminin sangatlah tu!
‘Ceh! Tikam!’
“Kenapa kau tak lakukan? Takut? Hahaha!”
‘Adoi!!!’ kepala Roy kena luku.
Apa benda pula gurauan mereka ni siap hendak tikam-tikam pulak! Tak takut penjara ke? Biasa sahaja nakalnya. Roy menggosok laju kepala yang enak diluku. Zarina dengan wajah selamba bersiul-siul. Lagak feminin ke tu?
“Roy! Dahlah! Kita berubah okey?”
‘Adoi!’ kala ini Zarina pula kena luku.
“Wei!! Aku buat slow je tahu! Kau ni kuat sangat luku kepala aku! Kepala ni tempat orang isi buku!”
“Buku kau! Ilmu! Ambil sebijik buku sumbat kat otak kau tu! Buku apa kau pakai? Buku 555? Hutang tu! Kau berhutang dengan aku! Hutang kasih sayang.. hahaha… Silalah bayar…” Roy tetap dengan sikap tidak matang. Bila agaknya hendak mendewasakan fikiran? Kasihan pula menengoknya.
Menggosok pantas di kepala. Menyeringai pula. Zarina memandang Roy dengan pandangan yang cukup tidak puas hati. Mahu sahaja tikam perut Roy!
Zarina memalingkan wajah. Tanpa disangka air matanya menitis laju. Haaa!! Babak sedih pulak! Bakal menghabiskan sekotak tisu selepas ini.
Zarina mahu mengatakan sesuatu. Kala ini pula Roy bersilang tangan dengan muncung panjang sedepa. Merenung ke arah Zarina yang kala ini bersimpuh pula. Ayu sungguh tapi sayang sedang menangis nampaknya.
Apa pula punca Zarina menangis? Roy tertanya-tanya. Adakah sebab gurau tadi? Atau apa sahaja? Kalau dengan gurau tadi kenapa Zarina begitu sensitif pula? Sedangkan selama ini lasak sahaja. Hairan binti Ajaib.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)