Dia terjemahkan hatinya di kala senja
Dia senyum sahaja kerana mendambarkan bahagia
Dia mengetap lembut bibir ingin bermesra
dan dia cuba ketawa namun tiada suara
Dia berlari anak bermain di laman
raut wajahnya terpancar ketenangan
detak nadi si anak ini penuh kesempurnaan
tiada beda dengan hidupnya insan
Dia menguntum senyum menggambarkan keindahan
biarpun kicauan burung bernyanyi jauh dari pendengaran
namun kekal tabah menjalani kehidupan
kerana dia tahu hidup di dunia tiada berkekalan
Tiap lirik jelingan manjanya memberi kepastian
bahawa kelahirannya bukan dasar pemintaan
wujudnya dia kerana takdir dari Tuhan
melaksanakan tugas sebagai makhluk ciptaan
Kelembutan dan keluhuran memekur diri
lalu dicalitkan dengan makna kesyukuran abadi
lalu dia bertemu pula pada onak dan duri
namun tidak akan berganjak lagi
setelah teguh percaya di hati
Hamparan sejadah menjadi pujian
tatkala hati dahagakan kasih sayang
perlukan semangat dan perhatian
hanya doa sahaja yang mampu dikirimkan
Rukuk dan sujudnya tidak bersua kelesuan
hanya yang ada sekeping hati takutkan Tuhan
begitulah hidupnya di satu persinggahan
di rumah anak yatim menjadi teduhan
maka tinggallah dia si pekak dalam kebisuan
11.00 malam
26-12-2010
Pantai Teluk Lipat, Dungun Terengganu.
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)