SITUASI PERTAMA
"Along!!! mari makan... ajak si adik sekali..." panggil si ibu dari dapur menjemput si anak-anak makan malam.
Along budak lelaki darjah lima dan si adik perempuannya pula darjah dua. Si along kala ini berada di dalam biliknya mendengar suara si ibu memanggil. Si adik pula sedang menontong televisyen bersama si ayah.
"Kejap mak... Along nak siapkan kerja sekolah ni sikit lagi," jawab si anak di dalam bilik itu.
***
"Abang tengah buat apa tu?" si adiknya bertanya setelah melihat si abangnya itu nampak bersungguh menekan punat-punat yang ada pada sebuah ebook.
"Adik nak join ke?"
"Apa tu?"
"Boleh main dua player ni, jomlah lawan game Street Fighter..."
"Best ke?"
"Belum cuba belum tahu.. seronoknya ada ebook..."
"Nak main gak..." kata si adik tanpa menghiraukan perut yang sudah lapar setelah dipujuk oleh si abang untuk ikut bersama-sama dalam permainan video game itu.
***
"Abang buat apa tu?"
"Layan video"
"Video apa tu?"
"Nak tengok ke?" si adik terus mengangguk setelah ditanya begitu oleh si abang. Si adik perempuan yang bertocang dan masih mengisap ibu jari sendiri itu terus melangkah mendekati abangnya di dalam bilik. (istimewa sungguh si adik sudah sekolah darjah dua pun masih hisap ibu jari lagi)
Maka si adik pun melemparkan pandangan pada skrin ebook itu. Pandangan yang agak kaget juga maklumlah pertama kali melihat sebuah kelainan. Anak kecil bukan tahu apa-apa pun.
"Kenapa orang dalam video tu tak pakai baju bang?" dengan selamba sahaja si adik kecil itu bertanya kehairanan.
__________________________
SITUASI KEDUA
"Sayang... dah masak ke?" si suami yang baru pulang dari kerja bertanya pada si isteri yang syok menekan-nekan punat pada e-book.
"Sekejaplah bang... awal lagi ni. Abang pergilah mandi dulu. Saya nak tebang pungut tanaman saya yang dah besar panjang ni. Untung! untung! hasil tanaman semakin maju," balas si isteri dengan penuh rasa hebat bermain permainan aplikasi pada sebuah lama sosial.
Si suami menggelang dan menghela nafas menahan sabar. Anak lelaki di sisi si ibu tertidur gara-gara menunggu ibunya menggunakan ebook miliknya yang diberikan oleh pihak sekolah untuk pembelajaran. Si anak mahu menggunakan ebook tersebut kerana mahu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru tapi malangnya si ibu pula yang terlalu ghairah menggunakan e-book tersebut.
Maklumlah itu adalah pertama kali si ibu dapat bersosial di laman itu sambil-sambil berhibur. Sikap pelik dan amat membimbangkan si suami hari-hari masak meggi kerana terlalu sabar menunggu isteri memasak. Ada isteri seperti tiada isteri.
***
"Mak... cepatlah mak... adik nak buat kerja sekolah ni..." pujuk si anak pada ibunya di sofa yang sedari tadi lagut bermain dengan e-book.
"Sekejaplah... ibu nak bagi baja," katanya meminta penangguhan. Bagi baja pada tanaman alam maya. Kerja gila hendak berhibur. Macamlah tanaman itu boleh bagi anak dan suami makan.
Si anak memuncungkan mulutnya sambil menghentak-hentakkan kaki dan terus meraung. Barangkali berang dengan sikap ibunya yang lama kelamaan semakin obses dengan menatang (benda) tu yang disambungkan dengan WiFi.
Tidak berapa lama kemudian si suami melangkah keluar dari bilik setelah mendengar tangsian si anak. Si isteri buta tidak kisah sahaja.
Si suami bercekak pinggang.
Isteri mengerling sahaja dan terus menyambung aktivitinya yang sangat penting itu tanpa menghiraukan tanggungjawabnya.
"Wei! apa kena dengan awak ni hah? tu barang anak kita! kenapa awak pula yang ketagih? gila ke apa?" si suami semakin lama semakin hangat.
Si isteri buat dunno.
"Setiap kali saya balik kerja awak menghadap benda tu! apa yang awak dapat? makan minum pakai saya awak tak jaga! apa nak jadi dengan awak ni?" kali ini si suami sudah mula berang.
__________________________
p/s : ehem ehem... bestnya ada e-book... dunia makin maju... hiks!
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)