Entri Terkini :

Paling Tidak

Aku ingin bicara tentang manisnya rindu
aku ingin katakan indahnya rindu
dan aku ingin khabarkan akan hebatnya rindu

Paling tidak kita rindulah pada kedamaian
agar segalanya tenang dan aman

Paling tidak rindulah pada keikhlasan
biar bertih-bertih sifat diujar dengan kebenaran

Paling tidak rindulah untuk mendengar ayat suci
bagi mereka yang tidak tahu mengaji

Paling tidak rindulah pada laungan azan
untuk mereka yang lupa bersembahyang

Halakan rindumu pada ILAHI
rindukan juga pada nabi
kerana semuanya akan kembali

Pada siapa lagi tuju rindu ini?
Kepada akhirat atau pun duniawi?

Renungilah diri tanya pada iman nurani
akan tujuan hidup dan menapak di bumi
menikmati anugerah yang diberi
kerana itulah kita patut mensyukuri...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.