Kalau kail panjang sejengkal janganlah pula lautan hendak di duga. Mengail sahaja tepi sungai cari ikan keli atau ikan haruan. Paling best pun dapat merasa ikan toman.
Begitu ceritanya al-kisah hidup katanya. its okey bagi aku semuanya beres sahaja. Ops! ni bukan cerpen okey. Ini just story dari aku. Hiks! Hari ini aku nak kekwat sikit. Gurau je. Mana best kekwat-kekwat ni. Nanti tak ada kawan. Siapa susah?
Aku nak bagi sikit renungan bersamalah kan dan aku pun nak berpesan jugak pada diri aku selaku penulis yang tak berapa pro ni.
Macam ni kisahnya. Dengar baik-baik. Tiba-tibalah kan korang pi kedai runcit dan masa tu kau ada seringgit je dalam poket cukup-cukup nak beli benang warna hitam, kononnyalah. Kau pula gatal-gatal bawa kawan kau sekali. Kawan kau tu pulak bawa adik dia yang meleleh hingus. Adiknya OKU. Dan adik pada kawan kau tu merenget nak ais krim. Kau belikan tak? maklumlah seringgit tu korang nak belikan benang. Benang nak menjahit seluar koyak.Kalau tak beli nanti mak kau membebel.
So macam mana? Kau ada pilihan lain tak? budak OKU tu mengamuk tu... berguling-guling nak ais krim. Kawan kau tu pulak gigit jari tak tahu apa nak buat sebab dia tahu adik dia kalau tak dapat sesuatu mesti sawan babi dia datang. Kawan kau tu pula tak bawa duit.
1) kau buat dunno je dan beli je benang lepas tu blah?
(keji ni)
2) beli je ais krim tu dan tak jadi beli benang?
(lagi tak amanah)
3) Kau beli benang dan berhutang ais krim?
(kau ingat tuan kedai tu nak bagi ke? itupun kalau pekedai tu prihatin)
4) Kalau kau jadi OKU tu, apa yang kau harapkan? Mungkin kau serba salah kan?
Fikir-fikirlah apa yang patut kau buat. Kau ukurkah sejauh mana tahap diri kau sebenarnya. Prihatin? Pentingkan diri? or what? Jangan beritahu apa yang kau akan buat kerana biarkan kau sahaja yang tahu. Buat sesuatu biarlah ikhlas.
Sambil-sambil tu dengarlah sajak di bawah ni...
Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)