Entri Terkini :

Miskin Harta Kaya Budi

Salam Sejahtera....

Kali ini penulis nak ulas serba sedikit mengenai tajuk ini "Miskin Harta Kaya Budi".

Kita tahu apa itu H-A-R-T-A dan kita juga tahu apa itu B-U-D-I tapi susah sangat orang nak seimbangkan benda macam ni? Kenapa ya?

Kita ada akal yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT kepada diri kita. Panjatkan kesyukuran ke Hadrat ILAHI kerana pada hari ini kita masih bernafas di bumi-NYA. Entah esok lusa hari kita pula dijemput untuk kembali kepada-NYA...

Bila bercerita mengenai harta, semua orang nak harta, sebab tanpa harta kita susah nak hidup, penulis pernahlah dengar pepatah ni 'ulat dalam batu pun boleh hidup' betul.... itu ulat, bukan manusia. Namun ia adalah pemangkin kepada usaha. Bergantung pada daya kreativiti dan rasional pemikiran kita sendiri.

Orang miskin harta dan kaya budi selalu dikenang orang tetapi orang yang banyak harta dan suka membuli seringkali dihina orang... tapi siapa orang yang mengenang dan siapa pula orang yang menghina?

Jawapannya adalah kita, siapa kita? orang kaya ke atau orang berbudi ke?
Berbalik pada pangkalnya, cermin diri maka belajarlah sesuatu yang berguna pada hari ini dari pengalaman hidup orang lain mahu pun diri kita sendiri... Insya-ALLAH kita akan mendapat kedua-duanya. Kaya Harta dan Kaya Budi. Apa yang penting, tingkatkan usaha dan doakan kebaikan... Amin...

p/s : menulis dari hati... mungkin ada silap... ini adalah kata hatiku...

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.