MASIH terasa rindu pada dia. Masih terasa hangatnya cinta. Hari ini aku sepi. Hidup ku tak bermakna lagi. Aku rasakan alam ini gelap gelita tanpanya. Sepi ku di sini dengan siulan keresahan tatkala menadah gerimis di tengah lautan. Terpancar seribu kedukaan pada cahaya bulan. Redupnya sinar itu bagaikan mengerti aku.
Aku ingat baliklah apa yang aku buat petang tadi di pantai. Aku termenung saja. Termenung sebab rindukan dia. Aku sekarang ni menghadap laptop. Menulis apa yang aku rasa. Kira ini adalah cebisan rasalah kot. Faham-fahamlah ya apa akan jadi bila Hilangnya Kasih Suci.
Setelah tiga tahu aku kehilangan cinta sejatiku, aku sendiri. Tiga tahun lepas aku menyemai kasih bersamanya, kini aku sendiri. Selama tiga tahun lepas juga aku bersamanya, aku rindu pada tutur bicaranya.Telinga ini dahagakan panggilan darinya. Mengapa aku rindu? persoalan yang sukar untuk aku jawab.
Kala di persisiran pantai menyimpul kenangan antara aku dan dia. Di situ juga aku bertemu dengannya. Di situ juga aku menatap wajahnya. Wajah ayunya membuai perasaanku. Suaranya... menggetarkan seluruh jiwa ragaku. Di sini juga ianya berakhir pertemuanku dengan dirinya.
Masa itu aku sambut hari kelahiran dia yang ke-24. Untuk mendapatkan suasana yang romantik maka di pantai sahaja tempat yang dapat berikan ketenangan pada aku dan dia. Berdua dengannya sungguh mendamaikan. Aku bahagia sekali. Bukan dalam gelap! awas! aku dengan dia di tempat yang terang dan banyak orang. Jangan salah sangka ya.
"Cepatlah potong kek tu sayang... Abang dah lapar ni... tak pasal-pasal abang telan sayang kan," pintaku.
Aku mahu dia cepat-cepat potong kek sebaik sahaja aku selesai nyanyikan lagi 'Selamat Hari Jadi' yang biasa dinyanyikan oleh sesiapa yang meraikannya.
"Kenapa tak potong lagi ni?" tanyaku selepas Aina mendiamkan diri.
"Suara abang tak sedap..."
"Pulak... abang tak simpan mp3 lagu selamat hari jadi dalam hanphone abang ni ha, ala kira sedaplah kan sebab kawan-kawan abang cakap suara abang macam suara Jamal Abdillah... tahun lepas elok je... tak komen apa-apa pun pasal suara abang... tapi sekarang ni... kenapa?" aku bercakap dengan panjang lebar.
"Nak juga kelainan... tahun lepas kat pantai.. tahun ni pun kat pantai jugak..."
"Habis tu nak raikan di kelab malam? begitu?"
"Apa abang ni! orang tak bermaksud macam tu pun,"
"habis tu apa?"
Aina diam. Aku tidak tahu apa yang bermain di fikirannya saat ini.
"Dah... bersyukurlah dengan apa yang kita buat ni... kalau sayang merajuk macam ni nampak tua... cuba senyum sikit..." aku memujuk.
Aina menjuihkan bibirnya tanda protes.
"Aina sayang abang tak? kalau tak sayang abang... abang terjun laut je..." ala-ala mengugut sahaja ucapan aku.
Aina diam lagi.
Ya ALLAH, saat tak terduga. Bunyi kentutku yang tiba-tiba itu telah menyelamatkan keadaan, Aina tersenyum sinis nampaknya bila tengok aku 'cover' malu bersama wajah yang tak bersalah. Alahai tak tahan siot! malu beb terkentut depan kekasih. Mana nak sorok muka ni?
"Yuckkk!" katanya sambil tutup itu.
Dalam hati aku berharap agar cepat-cepat la angin laut larikan bau kentut itu. Aduhai... kentut jadi satu masalah. Aku cuba menyembunyikan rasa malu itu dengan bermain pasir. huhu.
"Abang ni tak senonoh betul," ucap Aina yang bersimpuh ayu di atas tikar.
"Maaflah bukan sengaja, skru longgar agaknya..." selorohku.
"Sayang tak pernah kentut ke?" soalku lagi.
Aina yang bermata cantik berona merah pada wajahnya setelah mendengar pertanyaanku.Aku tahu susah dia nak jawab. Soalan cepu emas tu beb!
Dia angguk perlahan tanda jujur. Tipu kalau cakap tak pernah. Manusia yang tak normal sahaja akan cakap 'tak pernah' pada soalan itu. Habis cerita fasal kentut sekarang sambung babak seterusnya.
Dalam hati aku memang mengetahui dia begitu cintakan aku. Cuma aku tidak tahu sedalam manakah cintanya terhadap aku. Bagi aku...dia adalah cinta pertamaku dan juga cinta terakhirku. Ya memang dia cinta terakhir aku. Seronoknya aku sambut hari lahir dia di tepi pantai. Aku dengan dia saja. Mana ada kawan-kawan yang lain. Romantiknya... Bagi akulah kan... memang romantik pun.
"Sayang... leh abang tanya?"
"Apa dia?"
"Tapi sayang jangan marah tau... adakah sayang masih teringatkan dia..." tanyaku.
Aina mengerling tidak puas hati agaknya dengan pertanyaan aku itu berkaitan dengan 'dia'.
Dengan serta merta Aina tarik muka.
Melihat keadaan itu aku terus minta maaf. Aku tahu salah aku sebab mengungkit kisah lama dia. Bukan apa, aku sekadar mahukan kepastian sahaja. Hati orang bila-bila masa sahaja boleh berubah.
"Sayang... dah la tu jangan marah..." aku cuba memujuk namun macam tak diendahkan sahaja. Aina protes sahaja sambil buat muka ketat.
"Mari makan..." aku berusaha sadaya upaya.
"Abang makanlah semua tu! Aina tak nak makan!" rajuknya makin menjadi-jadi.
Aku pun satu hal. Hari ini hari jadi dia kenapa pula aku bikin hal? masalah juga aku ni...
Perkara yang amat sukar bagi diriku adalah untuk memujuk perempuan yang merajuk. Bagaimana pula kalau aku merajuk? Mahu ke dia pujuk aku?
"Rajuk pulak dia ni... meh pandang sini, padang abang... tengoklah wajah abang yang tak hensem ni," kata ku sambil menyorong pipi untuk menatap wajahku.
Dia ikut sahaja. Lepas itu aku juihkan bibir. Serta merta dia muncungkan mulut dan bulatkan mata. Ekspresi wajah yang paling aku suka tengok. Comelnya....
Aina memang comel. Aku suka. Aku cinta dan aku sayang. Mana ada lagi gadis sepertinya di dalam dunia ini. Dia saja yang dapat cintai aku. Dia mampu buatkan aku bahagia dan dia juga mampu buat aku ketawa. Aku cerita mengenai dia sebab aku tak pernah lupa dia.
"Abang betul-betul sayang Aina tak?"
"Always,"
"Betul ke?"
"Ingat abang main-main ke?"
"Tak adalah sebab Aina takut kehilangan abang... Aina tak sukalah abang sebut benda benda macam tu lagi"
"Abang tak hilang ke mana-mana pun, ada je depan mata sayang, abang janji abang tak akan ungkit lagi tapi..."
"tapi apa?"
"Kenapa bila abang rancang nak masuk pinang sayang... sayang mengelak? macam-macam alasan Aina beri? Sampai bila kita nak macam ni? Abang mahu Aina jadi hak milik abang seorang saja. Kekasih halal abang..."
Aina diam. Dia tidak menjawab pertanyaan aku. Ini yang buat aku rasa tak senang hati. Maklumlah berkali-kali aku ajak dia kahwin tapi alasan yang selalu dia beri, 'belum bersedia'. Itu saja yang dia tahu.
***
AKU dan dia masih di pantai lagi. Tidak ke mana-mana hanya bersantai sahaja.
Tatkala ini aku hanya mendiamkan. Lidah aku malas hendak banyak bicara. Diam sahaja dan terus menyepi tanpa suara. Aina juga diam. Memang lama juga aku dan dia tak bercakap masa tu. Hampir setengah jam. Masing-masing melemparkan pandangan ke laut. Deruan ombak memang kuat menghempas pantai. Angin yang bertiup itu menyapa tubuh hingga terasa dingin pula di kala senja begini.
Makan pun belum lagi. Mungkin Aina masih berkira-kira agaknya. Aku ni pulak? Sampai bila harus tunggu? Aku dah tak sabar nak masuk meminang dia. Duit aku dah simpan semata-mata hendak berkawhin dengan dia. Aku harap dialah jodoh aku. Namun, bila sebut soal berkahwin dia pasti tersentak. Hairan aku!
Kek dan segala kuih di hamparan tikar itu tidak diendahkan. Terbiar sahaja. Masing-masing melayani perasaan masing-masing. Lambat-lambat aku menoleh ke arah dia. Tapi dia masih merenung jauh ke hujung lautan. Apa yang bermain di fikirannya. Pertanyaan aku dia tak jawab. Banyak kali aku paksa tapi dia diam juga.
Tiada saya buat ku untuk terus mendesak. Dia diam sahaja. Bila dia hendak berkata-kata ni? aku tunggu jugak. Dia tetap diam. Bosan pula rasa. Tapi bukan bosan dengan dia. Cuma bosan dengan keadaan ini. Aku sampai sekarang tak pernah pegang tangan dia. Memang tak pernah tapi hari itu aku ingat nak pegang tangan dia. Maklumlah syaitan tetap ada.
Alahai tak jadi pula nak pegang tangan dia. Malu pun ada. 'Aina... betapa aku sayang kau Aina... kalau kau diam begini, aku nak mandi laut dulu... lama tak mandi,' bisik aku sendiri.
Aku mengangkat punggung. Suka-suka hati tinggalkan dia di situ. Habis... dari dia diam begitu rasanya seronok aku mandi. Sudah lama aku tak mandi laut.
"Abang...." tiba-tiba dia memanggil aku tatkala aku melangkah turun ke pesisiran.
Aku terus menoleh dan berpatah semula.
"Nak mandi laut ke?"
"Ya, kenapa?"
"Tahu ke berenang?"
"Eh... apa hal pulak tak tahu... malulah orang lelaki tak tahu berenang," aku egois malu nak mengaku tak pandai berenang.
Aku cuba beranikan diri untuk berenang. Laut tu cetek jadi aku tak risau pandai berenang ke tidak. Cuba ombak yang menghempas pantai buat aku sikit kecut perut. Sudah namanya bersantai tepi laut.
Malu siot nak mengaku tak pandai berenang bila dia tanya begitu. Aku bukan mahu mandi sangat pun. Saja mahu main air. Boring sebab dia diam dari tadi. Tanya pasal kahwin mesti diam. Tak mahu menjawab. Dia perlu aku! aku tahu. Aku tahulah dia perli aku. Maklumlah dia tu unit bomba dan penyelamat. Perempuan kerja bomba beb.
Wajah ayu tapi lasak. Macam mana? Siapa nak jawab? tapi tak apa, dia tetap kekasih aku. Sampai bila-bila pun dia tetap kekasih aku. Aduhai... lenguh sudah aku menulis. Sikit lagi nak habiskan cerita ni. Sudah seperti diari pulak. Kena suka-suka sikit sebab babak ni babak tengah bahagia.
"Hari ni hari jadi saya... tak nak awak mandi laut tu... apa kata kita main pasir je," cadangnya.
"Tak naklah, main pasir tak best, baik main pondok-pondok terus," ejek aku. Ada ke patut muka tak hensem macam aku ini ajak main pasir.
"Sayang..." aku memanggil sambil.... hulurkan tangan.
Eh! aku hulur tangan pulak. Nak ke dia menyambutnya? nak ke dia pegang tangan aku?
Aina mengerling sahaja.
Fulamak! dia hulur beb. Dia hulur tangan.... dia sambut jugak akhirnya.
Inilah kali pertama aku pegang tangan dia selepas dua tahun bercinta. Bayangkan betapa alimnya aku sebelum ini.
Aku lelaki. Aku ada perasaan dan aku pun bernafsu juga. Kalau aku tiada nafsu pada dia alamatnya aku ni tak normal jadinya. Ish! Gila! bukan aku buat maksiat berleluasa di pantai ni... tempat ni ramai orang. Bertenang sudah. Aku takut juga pegang tangan anak dara orang. Hubungan aku ketika itu menjadi rahsia dari keluarganya. Kenapa? Aku pening sendiri.
Aku nak habiskan cerita ni. Aku dah penat menulis. Mata aku dah mengantuk. Pukul berapa ni? Pukul tiga pagi dah. Tak apa aku tetap gigih menulis, Aku hendak luahkan juga. Aku tak boleh simpan lama-lama nanti dia jadi barah.
***
'KENAPA wei? Kenapa dia nak rahsiakan aku dari orang tua dia? Aku tak kacak ke? memang tak pun, aku tak kaya ke? lagilah... aku anak peneroka saja. Dia? dia anak orang senang. Mungkin aku rasa kasih suci aku akan dihalang oleh orang tua. Kebiasaannya yang diceritakan dalam novel. Cinta tak direstuilah cinta terhalanglah... macam-macam ada bak kata Astro. tiba-tiba Astro pulak.
"Kata nak mandi... kenapa tak terjun saja?"
"Cabar nampak..."
"Mengaku sajalah yang awak tu sebenarnya tak pandai berenang," amboi mulut dia boleh tahan.
"Sayang ni suka tau buli abang... taulah awak tu ganas... di sebalik pakaian ayu awak ni tersembunyi sifat kejantanan awak," ambik! kasi balik.
"Hahaha," dia gelak beb! aduhai! aku kena gelak dengan kekasih sendiri.
Malas pula nak mandi. Kena bagi alasan lain ni. Memang aku bagi alasan yang hebat. Tak terfikir oleh orang lain. Haha... sekejap nak sambung tulis ni.
"Abang lupa la sayang... abang ada bisul... pedih kalau mandi laut, tak jadilah..."
"hahaha,' dia gelak jahat! gelak di hari lahir. Tapi tak apa aku suka tengok dia gelak. Dengar suara dia ketawa dah menghiburkan hati aku.
"Alasan awak memang tak logik," katanya.
"Kenapa pulak?"
"Mandi laut lah bisul cepat sembuh... kat mana tempatnya bisul di tumbuh?" Uiks! dia tanya tempat pulak.
Buat dunno sahajalah. Benda tak wujud buat apa aku nak tunjuk. Pelik sahaja Aina ni. Aku cubit pipi dia tu kang! ops! tak boleh! dia suka tarik telinga aku kalau aku cuba buat begitu.
"Abang..." panggilnya lembut. Kalau selembut itu aku suka. Suka dengar.
"Ya..."
Aku rasa dah mula dah babak sedih. Apa dia nak cakap pun aku tak hau masa tu... memang berdebar gila. Maklumlah dia ni memang susah aku nak cakap. Aku kenal siapa dia ni. Aku tahu dia jenis macam mana. Aku memang alim sikit. Wah! hakikatnya aku menyedari siapa dirinya. Aku boleh terima dia. Dia hendak berubah. Apa salahnya dia hendak berubah. Aku bercinta dengan dia dah dua tahun.
"Kalau kita tak bersatu, bagaimana?"
Ni yang aku tak suka dengar.
"Kenapa? kenapa awak cakap macam ni? Patutlah bila saya ajak awak kahwin awak tak nak! awak nak balik ke dunia lama awak lagi ke? Awak kata awak nak berubah!" aku meluahkan.
Dia diam sekejap.
Dia menoleh ke arah lain. Dia tak bertentang mata dengan aku. Kalau benar ucapannya itu maka luluh hati aku. Sedih beb dia cakap macam tu. Aku dah sayang dia aku dah cinta dia sebab dia lain dari yang lain. Aku tak kisah siapa dia sebelum ini. Aku sukakan dia yang sekarang ini. Aku tak peduli cerita silam dia.
Ya ALLAH. Kau tetapkan pendiriannya itu Ya Tuhanku. Jangan biarkan dia ternoda lagi. Aku mencintainya Ya ALLAH. Dia pernah menyelamatkan aku. Bukan senang untuk aku memiliki hatinya. Bukan senang ingin aku dekatinya kalau bukan kehendak-Mu Ya ALLAH.
"Awak... dalam hati saya hanya ada awak... tiada siapa lagi... tidak ada kisah cinta songsang saya... saya dah ada awak... awak selamatkan saya..." luahnya.
"Habis tu kenapa awak kata begitu... saya tak suka awak bercinta dengan kaum sejenis. Saya tak nak tergores hati. Awak kata awak dah bertaubat jadi saya terima diri awak seadanya. Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang," aku dah kata aku ni alim. Bab agama aku pandailah cakap. Tapi sungguh. Aku benar-benar cintakan dia. Waktu pegang tangan tadi aku tak sengaja. Sebab aku nak buktikan cinta aku.
Aku tahu hukumnya haram pegang tangan perempuan yang bukan muhrimnya. Aku budak yang di ajar agama. Tahu selok-belok hukum alam ini.
***
SAKIT hati! memang sakit hati aku. Dia minta putus. Memang geram! aku tak faham kenapa dia minta putus! Adakah kekasih songsangnya Armie datang balik dalam hidupnya dan merayu-rayu jangan dirinya ditinggalkan? Ah! tension gila ni.
Aku suka dia bukan sebab dia anak orang senang dan bukan aku nak tumpang senang hidup dia. Aku suka korektor dia tu. Memang aku suka dia... susah hendak aku terangkan. Dia selamatkan aku waktu aku jatuh kemalangan. Dia sahaja yang menolong aku. Orang lain tengok sahaja. Tangan aku patah beb masa kemalangan dulu. Mana boleh kerja berat-berat. Anak peneroka macam aku ni kerja sebagai kerani saja. Kerja menaip data-data sahaja. Senang guna komputer sahaja.
Aku cuba hubungi dia. tapi tak dapat. Aku pergi rumah dia tanya, tapi jawapan sungguh menghampakan. Dia tak nak jumpa aku. Apa ni? Apa salah aku? Di waktu meraikan hari jadinya boleh pulak dia minta putus. Macam apa entah?! tension ni! rasa macam nak tempek puas-puas. Dia tak fikir ke apa perasaan aku?
Rasa macam nak baringkan badan atas jalan raya lepas tu tunggu lori datang gilis. Wei! apa gilanya pemikiran aku ni?! Tak bau Syurga la kalau aku buat kerja bodoh tu dan ikut sahaja apa kata Syaitan yang tak guna tu.
Aku duduk menung sorang-sorang lagi tepi pantai. Memang di situ sahaja tempat aku jiwang karat. Aku tenung laut dalam-dalam. Aku kecilkan mata. Aku nampak pulau... pulau tu kecil sahaja. Rasa nak berenang sampai sana. Kalau kena telan dengan jerung pun tak apa. Aku kecewa sangat-sangat.
Mulai detik itu aku rasa benci dekat dia. Aku menyampah. Perasaan aku seperti dipermainkan oleh tomboy! aku juga yang bodoh sebab layan dia. Aku juga yang tak pandai nak nilai perempuan jenis begitu. Aku tak salahkan diri dia macam tu tapi aku memarahi diriku sendiri.
Tiba-tiba aku terima SMS. Telefon Nokia 6600 aku capai dari kocek seluar denim. Aku nak tahu siapa yang hantar pesanan. Melompat! Sampai melompat beb! Aina hantar mesej. Sebulan aku cari dia baru sekarang dia balas.
Ini tandanya aku masih cintakan dia. Benci macam mana pun aku tetap ada perasaan pada dia. Aku terus tekan untuk baca pesanan itu. Terbeliak biji mata aku. Jantung aku berdegup deras. Rasa mahu gugur saja.
'Kepada yang mengenali Aina Nadia, dia sudah kembali ke Rahmatullah,'
Ya ALLAH! pesanan apa ni? Aku tak percaya langsung. Hahah! aku tak pecaya! aku tahu ini helah dia. Dia memang sengaja nak jauhkan diri dari aku. Aku gelak puas-puas! hahaha!
Budak kecil bolehlah dia tipu. Dengan aku jangan haraplah. Namun aku tetap ingin tahu...
***
AKU parkir motor Honda Cup aku tu betul-betul depan rumah dia di Taman Indera. Anak orang senang macam dia sanggup kerja jadi anggota bomba. Aku saja nak pastikan betul ke SMS tu. Betul ke dia mati. Aku macam tak percaya saja. Tapi aku mengharapkan sebaliknya. Aku tak nak dia mati. Aku sayang dia. Benar-benar cintakan dia. Itu sahaja yang aku tahu.
Aku tengok rumah dia. Ramai orang. Aku tak yakin dia pergi! ni mesti kenduri kahwin. Mungkin kakak di kahwin kot. Otak aku menerawang lagi. Aku ingat saat indah kala main perumpamaan dengan dia di warung kopi. Dia tak kisah minum di warung dengan aku. Itu yang aku suka tu.
"Sedap air kopi ni..." aku puji air yang dibuat oleh Mak Lemah janda anak tiga.
"Yelah... sedap..." bunyi Aina macam cemburu aku puji orang lain.
"Kalau abang jadi serbuk kopi, sayang jadi gula ya... baru ada manis dalam percintaan," kata aku selamba.
"Manis ke? nanti kena kencing manis baru tau,"
"Apa kata kalau sayang jadi gula,"
"Tak nak jadi gula!"
"kenapa? habis tu nak jadi apa?"
"Susu..." katanya.
Aku tepuk dahi. Susu dengan gula lebih kurang manisnya. Aduhai. Sengaja dia nak main-mainkan aku. Walau waktu dia nampak kasar tapi aku suka dia. 'Abang sayang awak...' kata aku dalam hati.
"Awak tak nak kahwin ke?"
"Nak kahwin, tapi bukan sekarang,"
"Kenapa?"
"Kena tunggu kakak kahwin dulu, nanti langkah bendul pulak..." katanya.
Tiba-tiba bahu aku ditepuk, aku tersedar secara dari lamunan. Aku toleh aku nampak Aiman adik kepada Aina depan mata aku. Wajahnya sedih sekali. Matanya merah macam baru lepas menangis. Memang di rumah dia ramai orang. Aku tak berani masuk sebab dia tak jemput aku ke kenduri kahwin kakak dia.
"Abang Hafiz..." dia panggil nama aku.
"Ya dik,"
"Abang tak nak masuk tengok Kak Aina ke?" tiba-tiba dia tanya macam tu. Aku terkejut. Bermakna benarlah SMS itu.
"Kenapa dengan dia?" aku menyoal.
"Abang tak baca ke SMS yang Aiman hantar pada semua kenalan dia menggunakan nombor telefon bimbitnya?"
Aku terkejut! lemah sendi aku. Aku rasa macam nak pitam.
Rupa-rupanya memang betul dia pergi! aku tak sangka! tanggapan aku menyimpang. Dia benar-benar pergi. Ya ALLAH inikah dugaan-Mu padaku? Ya ALLAH besarnya dugaan ini...
***
SUDAH lama dia pergi... Aku mengharapkan rohnya dicucuri rahmat ILAHI. Aku tidak mungkin akan jatuh cinta lagi... biarpun Hilangnya Kasih Suci... aku tetap mencintainya hingga hujung nyawaku.
Tanpaku duga, air mata ini menitis. Hilang sudah maskulin aku sebagai lelaki yang sejati kerana sering saja menangis mengenangkannya. Berkali-kali aku bacakan surat terakhir darinya untukku selepas dia pergi. Aiman berikannya padaku...
Abang Hafiz....
Mengenalimu tidak diduga olehku, mencintaimu pula tidak aku sangka-sangka. Hati ini selalu ingat padamu. Lelaki pertama yang aku cinta dan hanya dikaulah selamanya.
Surat ini untukmu sebagai tanda sebuah kenangan kita... Aina ingin memohon maaf kerana selalu mengelak bila abang sebut mengenai perkahwinan. Aina sayang abang... di hati Aina memang ingin bersama abang, tetapi Aina tak mampu abang....
Sejak mengenali abang... abang ajarkan Aina tentang solat... Abang tunjukkan Aina jalan yang lurus meskipun abang pernah berkata bahawa abang tidak sempurna. Abang juga insan biasa yang banyak kelemahan. Aina tak kisah semua itu. Cukuplah diri ini diterima oleh abang... Dicintai oleh kaum Adam seperti abang amat membahagiakan hidup Aina. Abang menyedarkan Aina. Abang sinari hidup Aina dengan kegembiraan. Tidak akan Aina lupakan hingga hujung nyawa.
Abang...
Aina bukanlah wanita yang terbaik untuk abang, diri ini juga terlalu kotor untuk abang... Aina tak mampu membahagiakan abang di atas noda silam Aina itu. Kehadiran abang dalam hidup Aina telah mendekatkan Aina pada ALLAH pencipta alam ini yang Maha Kuasa penentu segala-galanya.
Aina diduga dengan penyakit kronik bang... penyakit yang tak sesiapa pun inginkan. Maafkan Aina kerana merahsiakannya dari abang. Bila Aina tahi Aina menghidap barah hati, hidup Aina mula kelam. Hidup Aina tak menentu... jiwa Aina... Perasaan Aina mula nanar. Namun teringat pesan abang, segalanya untuk ALLAH. Aina ingat Tuhan.
Doktor kata hidup Aina tak lama. Aina rahsiakannya juga dari keluarga. Aina tak nak keluarga Aina susah hati dengan penyakit Aina. Namun Aina tahu, sampai bila Aina dapat rahsiakannya. Mereka dapat tahu selepas seminggu Aina masa di hospital. Di dalam hospital Aina menulis surat ini untuk abang...
Abang... terlalu sakit bang... sakit teramat sangat. Tuhan sahaja yang tahu. Kala ini Aina sudah tidak bermaya namun Aina gagahi juga untuk menulisnya. Aina tak nak abang sedih. Aina tak nak abang marah Aina. Aina sayang abang... Aina benar-benar mencintai abang... Abang cinta sejati Aina dunia dan akhirat.
Terima kasih kerana luhur mencintai diriku...
Aina Nadia.
~Tamat~ Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)