Langkah layu menggulung sendu
berdekad menanti hadirnya rindu
membawa khabar cinta buatmu
namun pejal mencari arah itu
Siulan bahagia terdengar lagi
semakin lama kesayupan pergi
biar pedih membakar diri
utuh berjemur di bawah mentari
Aku gagahi mahu mengerti
aku berdiri demi hidup ini
sanggupkah kau sehidup semati?
bersama dengan corengan mimpi?
Aduh sakit tidak terperi
andainya kau tidak sudi
layakkah aku dicintai?
Oleh dirimu wahai bidadari?
Oh rinduku di sini berduri
aku masih kaku lagi
luka di hati sudah pasti
walau hingga akhir nanti...
23/12/2010
5.30 Petang Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)