Entri Terkini :

Edisi Sajak/Puisi : KWID

~Kerana Wanita Ingin Dimengerti~

Hangatnya cinta sewaktu bersama
kemanisan rindu dendam dilayarkan
hanya kisah berdua terukir indah mesra
tersemat di relung hati menggapai kejora

Walaupun cukup sedar diri
dalam realiti hidup ini
namun tetap mencintai
Inilah kasih inilah sayang
tersembah di lembah mimpi
meskipun digenggam bara api

Kerana wanita ingin dimengerti
lelaki haruslah menyayangi
biar sang ombak tenang seketika
memipih tanpa gelora

Kerana wanita ingin dimengerti
belailah dengan kelembutan bicara
bertegang leher membazir suasana
berterusan aman pasti menyapa bahagia

Kerana wanita ingin dimengerti
dia adalah wanita peneman sejati
cinta halal cinta abadi cinta suci
bagai kasihnya Hawa pada Adam
seperti juga cinta Adam terhadap Hawa.

25/12/2010
12:25 tengah hari.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.