Entri Terkini :

E-Novel : DILEMA (Bab 33)

DI ruang dapur dalam rumah banglo tiga tingkat, kelihatan Suraya sedang mencuci pinggan mangkuk. Seorang isteri yang Muslimah dan nampak tenang itu sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk keluarganya.
Menyandang tugas sebagai seorang ibu dan isteri itu memang cukup berat. Bagi kaum-kaum ibu, sudah pastinya tahu akan selok-belok dan asam garam hidup dalam berumah tangga. Tambah lagi bila berdepan dengan tugasan yang mencabar iaitu melayani kerenah anak-anak. Namun sebagai seorang ibu, belaian dan nilai kasih sayang perlu dititikberatkan.
“Mama, adik nangis..” tiba-tiba Rafeal anak sulungnya datang menyapa.
Segala yang bermain di ruang fikiran terus hilang. Dia sendiri tidak mendengar tangisan si anak. Mungkin fikirannya diterbangkan sang angin sebentar tadi menjadikan suara tangisan itu tidak didengarinya. Selepas itu barulah dia perasaan bahawa ada suara bayi menangis.
“Ya mama tahu. Mana Mak Ros ni? Dia tak tengok-tengok Afiedy ke?” Suraya menduga.
Berkerut dahi Suraya tatkala memikirkan tangisan anak bongsunya di dalam buaian. Cucian pinggan mangkuk terbantut buat seketika. Dia terus melangkah meluru ke arah anaknya yang sedang teriak itu.
Rafeal membuntuti langkah ibunya.
Sebentar tadi Mak Ros ada menemani Afiedy. Mungkin selepas Afiedy sudah terlelap, maka dia membuat kerjanya sendiri. Kerja apa pula yang dilakukannya hinggakan Afiedy sedang menangis pun tidak didengarinya, bisik hati Suraya.
Dia melangkah ke arah bilik anak kecilnya yang masih lagi menangis. Seperti tidak dihiraukan sahaja. Suraya mula rasa tidak sedap hati. Apa pula yang berlaku kali ini.
Pandangan matanya tertumpu pada pintu bilik, maka dia menapak deras menuju ke arah anak kecilnya. Rafael masih lagi mengikut langkah ibunya. Kanak-kanak seperti Rafael yang comel itu sudah pandai mengadu hal. Seperti tadi tatkala mendengar adiknya menangis maka cepat-cepat dia panggil ibunya.
Setibanya Suraya di dalam bilik anak kecil yang sedang teriak itu, terus saja didukungnya. Setelah didukung, Afiedy masih tetap menangis. Mungkin haus barangkali.
“Sayang mama ni nangis ye,” ucap Suraya.
Suraya puas memujuk anaknya. Seperti tidak berhasil sahaja usahanya membawa anaknya ke hulur dan ke hilir. Mundar-mandir di situ. Suraya mengusap lembut wajah Afiedy dengan penuh kasih sayang.
“Shhhh, jangan nangis mama ada ni,” Suraya sedang cuba menenangkan anaknya itu.
Semakin menjadi-jadi tangisan si anak. Si ibu sudah tidak tahu mahu buat apa lagi. Pening dibuatnya. Wajah Afiedy merah. Tangisannya semakin kuat kedengaran.
“Shhh, jangan nangis…” pujuk Suraya.
Anak kecil mungkin sedang sakit atau apa saja kerana dia tidak henti-henti menangis. Suraya berkerut dahi tatkala terfikirkan Mak Ros yang meninggalkan anaknya sendiri di dalam buaian. Langsung tidak diendahkannya.
“Adik lapar kot, mama,” duga Rafael.
“Mungkin tapi tadi baru je mama berikan susu sebelum adik tidur,” balas Suraya.
Rafeal terus menjongket bahu. Dia sendiri pun tidak pasti kenapa dengan adiknya itu. Sebentar tadi elok lagi.
Suraya cuba mencari punca kenapa Afiedy menangis. Rupanya si anak membuang najis. Mungkin dia tidak selesa jadi dia menangis. Begitu rupanya.
Suraya yang terhidu bau itu terus membersihkan najis itu di dalam tandas. Di usap manja anak itu. Dibelai dengan kasih sayang mengharapkan anaknya yang menagis itu diam. Bila kekotoran itu hilang barulah Afiedy diam. Sungguh Si Afiedy tidak selesa berkeadaan sebelum dibersihkan. Si anak kecil begitulah. Harus dijaga dan diberi kasih sayang. Tidak hanya pada makan dan pakai tetapi pada belaian manja.
Tidak lama kemudian Mak Ros tiba di situ. Tercegat tanpa bersuara. Suraya merenung wanita yang bernama Rosmizah seorang janda yang tidak dikurniakan cahaya mata itu sedang bermain dengan jari-jemarinya.
Wanita itu adalah orang yang mencari di mana rumah Mukriz Datuk Zulhasri tempoh hari. Dia diminta untuk datang ke rumah berkenaan atas arahan Datuk Zulhasri sendiri bagi menjadi pengasuh pada anak-anak Mukriz. Namun terpaksa berpatah semula kerana mendapat panggilan kecemasan yang menyatakan anak saudaranya pengsan tidak sedarkan diri.
 “Mak Ros pergi mana? Tak dengar ke Afiedy menangis tadi?”
Tergagap-gagap Mak Ros mahu menjawab. Tertunduk seketika wajahnya. Serba salah agaknya.
“Maaflah Su, tiba-tiba je Mak Ros sakit perut,” alasan Mak Ros.
Mak Ros juga buang air besar. Secara tiba-tiba katanya. Mungkin benar barangkali. Sakit perut sukar untuk ditahan-tahan. Kalau dibiarkan melarat jadinya.
“Lain kali kalau ada apa-apa Mak Ros beritahu saya dulu. Saya takut kalau jadi apa-apa pada Afiedy dan Rafael ni. Jangan terlepas pandang. Ingat tu Mak Ros.” tegas Suraya dalam tutur kata yang lembut.
Mak Ros mengangguk faham.
Saat ini Afiedy sudah henti menangis. Rafel terus mencuit pipi adiknya yang tatkala ini tersenyum. Sudah pandai senyum si adik ketika menoleh pada abangnya.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.