Aku tak reti dan memang tak arif.
Aku dengar, aku baca dan aku hayati
Itu sahaja yang aku tahu.
Tapi aku tak tahu apa itu sebenarnya sajak,
Aku hanya tahu sajak itu indah.
Sajak itu susunan kata-kata
Harmoni sentiasa.
Aku masih tak tahu apa itu sajak?
Aku ingat kedai pajak gadai,
Rupa-rupanya sajak itu bicara hati.
Aku dengar lagi dan aku menghayatinya berulang kali.
Sekarang sajak itu betul-betul istimewa
Warisan budaya dan bangsa.
Mencerminkan indahnya bahasa
Menerangkan maksud yang berbisa
Menceritakan sesuatu yang amat bermakna.
Kini aku tahu sajak itu adalah warisan
Seperti kata dalam lagu Warisan nyanyian Sudirman.
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang dengan sendiri
Demi cinta ini…
Apabila memikirkan nasib sajak dan puisi
Aku seperti hiba dalam tangisan.
Kenapa?
Kerana aku takut anak muda sepertiku akan melupakannya. Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)