Sudah tiba saatnya aku berubah. Berubah menjadi seorang yang matang dalam berfikir. Mungkin sebelum ini ada sahaja yang salah anggap atas apa yang aku katakan. Aku akan pastikan bahawa aku boleh matang dalam berfikir. Jangan pernah anggap aku kebudak-budakkan selepas ini. Sekiranya ada yang terasa so sorrylah ya. Apa yang penting aku tahu siapa aku.
Kalau yang ingin mengutuk, boleh sahaja aku tak kisah beb kerana itu hak korang. Aku hadir dalam dunia penulisan ini bukan terpaksa atau dipaksa. Aku sekadar ingin meluahkan isi hati sahaja dan ingin berkongsi apa yang aku tahu. Sekiranya ada yang tak suka aku tak kisah juga. Seperti yang aku katakan tadi. Itu hak korang, tak ada siapa boleh halang.
Jadi sekarang aku buat perbandingan pendapat yang diterima. Pandangan yang baik-baik aku ambil dan pandangan yang mengkritik juga aku nilai. Aku bari beb dalam dunia penulisan ni. Kalau ada yang tak kena rasanya boleh tegur elok-elok kan? Baru profesional namanya. Hiks...
Doakan aku agar berjaya sudahkan proses edit novel Dilema dan novel Takdir Atau Pilihan. Semua ni bukan untuk aku tapi untuk korang yang menyokong aku... muah!