Entri Terkini :

Secebis Rasa Nukilan Jiwa

Ku sedar bahawa diri ini lemah, langkah kaki ini pasti tidak bermaya tanpa kalian. Lantas aku terus setia berada di sini bersama haruman gelak tawa kalian. Maka aku alirkan rasa ini bersama sekeping hati yang keriangan meskipun kadangkala pedih menikam jiwa. seandainya ada terkasar bahasa ampunkan aku. Sesungguhnya aku insan yang tersangat lemah.

Sinar mentari pagi sungguh ku harapkan dapat menerangi gelapnya hidup ini. Tatkala malam menjelma ku dambarkan terangnya bulan terpakur di sini melihat aku menyeka sang air mata.

Biar pedih terluka namun semangat masih ada. Biar rebah tersungkur namun sabar tetap ada. Inilah aku yang agak kaget apabila dihemburkan dengan kata-kata kesat berbaur dusta. Siapa diriku? Aku hanya insan biasa. Siapa aku? Aku hanya penulis yang baru bertatih.

Aku yakin sekali bahawa hidup ini tidak enteng. Aku sedar diri siapa sebenarnya aku. Aku mewarnai dunia penulisan yang aku garapkan sendiri. Tiada apa yang ku mahu hanyalah seulas senyuman manis menitir di bibirmu itu. Biar usang langkah ini, meskipun berkerut dahiku ini, akan aku daki gunung yang tinggi memetik bunga di taman hati.

Hadirlah sang angin dan bawalah khabarku ini. Khabar suka duka ku selama ini yang membatu di sini. Mungkin ramai yang menduga hidup ini penuh dengan tipu helah yang menjerumus ke kancah kehancuran. tapi aku tidak membawa dia ke sana. Aku bawa dia meneroka alam mimpi yang indah. Aku bayangkan dia dengan senda gurauan. Bukannya sebuah tangisan hiba melarut hingga ke muara sungai malapetaka.

Betapa hinanya diri ini kau anggapkan. Tiada bicara lagi dapat aku tuturkan. Ini sahaja yang dapat aku mengertikan kau tentang secebis rasa selamaku berada di sini. Tahukah kau apakah maknanya semua ini???

fikirkanlah dengan keimananmu itu.

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.