Entri Terkini :

Mini Novel : Roy VS Aleya ( Bahagian VIII )


Roy VS Aleya

BAHAGIAN 8

MUKA Roy merah padam! Dia betul tidak puas hati! Gara-gara dia lupa tutup tingkap walaupun bergrill besi ia tetap juga tidak selamat! Kenapa? Mana tidak hangin satu badan! Tingkap biliknya betul-betul menghadap depan koridor itu. Apa jadi?

Itu dia! Kerengga merayap ke seluruh ruang bilik dia sebaik suis lampu biliknya dihidupkan! Matanya meliar melihat sang kerengga bermaharajalela di dalam biliknya. Gatal habis semuanya. Rupa-rupanya Azrul tidak pulang bersama Aleya tanpa sebuah kejayaan walaupun mereka belum berpuas hati lagi kerana tujuaan asal jauh tersasar.

Bukan sarang kerengga yang dia mahu masukkan ke dalam rumah tapi perkara lain. Kira ada jugalah yang boleh dia balas.

Tanpa belas kasihan lagi, akhirnya sang kerengga itu menjadi mangsa keadaan. Mereka disembur dengan Ridsect. Aduh! Malang sungguh! Sarang kerengga dicampak keluar dan semuanya dibersihkan. Usai itu Roy terpaksa menggunakan ubat untuk melegakan kegatalan pada bahagian kulitnya.

Tidak berapa lama kemudian Roy mengenakan pakaian singkat. Berseluar pendek dan singlet tanpa lengan. Tanpa membuang waktu dia terus baringkan tubuhnya di atas tilam empuk yang begitu selesa sekali.

Sedang dia asyik berguling-guling. Memang dia tidak perasan langsung. Sebagai pentunjuk masih ingat lagi pada cerita lagenda hitam putih dulu-dulu itu? Cerita Bawang Merah Bawang Putih? Siapa yang taburkan miang buluh atas tilam? Cuba ingat balik.

Begitulah nasib Roy! Baru sahaja rasa lega selepas digigit kerengga, kali ini gatal kerana miang buluh pula.

“Arghhhhhhhhhhhh gatalnya!!!” Roy turut mendengar Zam menjerit.

Nampak gayanya Zam senasib dengan Roy. Ini bermakna rumah mereka telah dipecah masuk. Mereka berdua sedikit pun tidak perasan rumahnya dimasuki orang kerana tiada langsung tanda-tanda pintu rumah dikuak oleh orang lain. Itulah dia kepakaran Azrul. Ingat senang ke nak campak sarang kerengga masuk tingkap? Sahsah (Sudah tentu) Azrul pecah masuk.

Zam datang ke bilik Roy dengan muka bengang.

Binawe siapa yang perdajalkan aku?!” ucap Zam marah-marah.

Roy yang tergaru-garu itu duduk di birai katilnya. Dia dapat melihat dengan teliti bahawa memang miang buluh ditaburkan atas tilam mereka berdua.

“Aku pun kena jugak, beruk mana yang punya kerja ni?” Roy turut marah-marah.

“Roy! Aku rasa ini ada kaitan dengan musuh kau tu,” Zam membuat telahan.

Hampir pasti nampaknya. Dengan yakin dan bersemangat sekali dia menduganya.

“Musuh kitalah! Kau pun terlibat sama,”

“Musuh kau! Kau yang bawa aku bermusuh dengan mereka! Sahsah memang kerja mereka. Dia balas dendamlah Roy! Macam mana ni? Apa kata kita pi serang dia balik?” usul Zam dengan wajah tidak puas hati.

Digenggam kuat-kuat jari-jemarinya sesudah tergaru-garu kegatalan. Nasiblah!

Roy terketap-ketap bibir. Dia menahan marah. Sudahlah merompak dapat 50 hengget saja. Tidak cukup dengan itu pinggang mahu patah gara-gara kena terajang. Ini pula kena lagi di dalam rumah! Roy tidak sangka malang sungguh nasib dirinya.

***

LENSA beralih ke arah rumah Rafiq! Merega gelak besar sebesar-besarnya sambil berguling-guling. Azrul pula susah nak berguling-guling seperti Rafiq disebabkan saiz badannya yang besat maka dia menggunakan alternatif lain untuk turut serta dalam adengan gelak-gelak itu dengan menggelek-gelekkan pinggulnya. Boleh ke? Macam mana rupanya? Alahai buruknya! Sudahlah hanya berkain pelekat paras dada. Bergelek umpama penyanyi dangdut pula.

“Abang rasa malam ini mereka tak senang duduk! Ha ha ha,” duga Rafiq.

“Itu sudah pasti, mungkin mereka tengah tergaru-garu macam beruk Pak Leman kampung kita tu,” ucap Azrul.

“Hidup lagi ke beruk Pak Leman tu? Ingat dah tak wujud lagi sejak beruk kena serangan jantung secara tiba-tiba,” ujar Rafiq.

“Hidup… beruk dia dapat diselamatkan dengan diberi minum jamu, sekarang kembali gagah perkasa turun dan naik pokok kelapa kerap kali tapi buah kelapa tak pula gugur-gugur. Har! Har! Har! (gelak jahat),” tawa Azrul.

Sampai begitu sekali mereka meraikan kejayaan yang baru sedikit itu. Di hati mereka masih lagi mahu membalas dengan lebih teruk lagi. Tatkala itu mereka lagi meraikan jantan tulen terkencing dalam seluar. Siapa lagi kalau bukan Si Zack! Wah! Cepat betul Rafiq beralih arah. Sedikit demi sedikit perasaannya terhadap Zack dipadamkan tatkala lelaki itu sudah memalukan kaum kerabat.

Zack harus berhenti mencintai Rafiq! Rafiq pula sudah tidak mahu lagi berchenta (cinta) dengan sejenis lagi. Itu tidak penting lagi buatnya. Cinta songsang tidak akan membawa bahagia. Apa yang penting adalah Roy! Roy mesti diberi pengajaran.

“Abang! Az rasa dia pasti tahu siapa punya kerja,” kata Azrul.

“Biarlah! Lagi abang suka,” balas Rafiq.

Azrul tidak perlu bimbang kerana Rafiq telah mengaturkan strategi baik punya. Kali ini dia mesti jayakannya. Mungkin ini yang terakhir kalinya. Lepas itu dia tidak akan kenakan Roy lagi kerani masih terdapat sekali lagi. Roy sudah kenakan dia dua kali maka dia mesti cukupkannya juga.

Rafiq ada perkara ingin beritahu Azrul dan Azrul mesti bersetuju. Kalau tidak dia akan hantar Azrul balik kampung saja. Rafiq memuncungkan mulutnya melihat Azrul tatkala ini sedang menggosok-gosok perut. Pagi buta begini rasa lapar pula. Dari tadi mereka belum tidur.

“Kenapa buat muka macam tu bang? Muncung itu kalau disangkutkan hanger baju membatu saja kat situ,” kata Azrul.

“Az mesti laparkan? Jom kita pergi bawah cari makanan,” ajak Rafiq.

“Kalau diikutkan memang malas nak turun tapi makan punya pasal okey aje,” Sudah dikata kalau bab makan Azrul memang tidak berdaya menolaknya.

***

MACAM ini ke dinamakan diet pemakanan yang bagus? Makan roti sahaja dan kemudian minum susu. Selepas itu berjoging? Azrul tidak larat melakukan semua itu. Dia telah pun dipaksa oleh Rafiq untuk menguatkan stamina. Dia tahulah Si Rafiq kuat orangnya. Juara pencat silat. Tapi itu di kampung masa dia tidak jadi lembut. Sekarang dia berhasrat ingin keraskan dirinya.

Rafiq berazam untuk jadi kuat. Azrul mesti turut serta. Setiap minggu dia wajib ikut pergi gim, bina otot yang cantik.

Sekarang tragedi malang tidak menimpa mereka selama sebulan. Roy belum membalas lagi perbuatan Rafiq dan Azrul itu. Tatkala ini Azrul pula sudah turun berat badan gara-gara Rafiq yang suka memaksa. Akhirnya semua itu tidak sia-sia. Rafiq juga begitu. Otot-ototnya yang kendur mula tegang. Yang penting! Sick pack! Perut Azrul pula belum berketul-ketul kerana dia masih punyai banyak lemak.

Sistem piramid makanan diamalkan. Begitulah diet yang betul. Protien, khalsium, zat besi dan segala vitamin distabilkan. Bagus! Ikutlah nasihat pakar pemakanan kerana semuanya akan berlangsung baik.

Orang kata kalau berpeluh akan jadi sihat. Senaman akan membakar lemak. Tapi peluh Azrul ini lain macam sikit. Ya Rabbi! Kadang-kadang Rafiq sendiri tidak tahan bau badan Azrul. Maka Rafiq memperkenalkan sabun mandian yang yang cukup bagus buat Azrul. Purfume yang bersesuaian juga dipilih untuk Azrul. 

Betapa  Rafiq sayangkan sepupunya itu hingga sanggup menjaga Azrul dengan baik sekali. Tapi ingat! Azrul mesti bantu Rafiq dikala dia memerlukan. Tengok! Baik ada makna! Biasalah bab makan mana boleh lari. Siapa yang tidak makan boleh mati kering. Begitulah…

“Bang Raqiq, dah lama kita tak kena kacau. Mungkin kita dah bertambah kuat agaknya,” duga Azrul.

Rafiq mengerling matanya sambil mengunyah roti canai kedai mamak itu.

“Bukan sebab kita kuat tapi sebab mereka yang tak berani. Tapikan sampai sekarang abang tak tahu nama budak tu,” kata Rafiq.

“Kita kena kaji lagi ni bang, apa kata kita pi cari dia, macam mana?”

“Tolong siket, buat apa nak cari dia, biar dia datang cari kita dulu, lagipun tak adillah kita serang dia bertubi-tubi,” wah! Rafiq berbicara soal keadilan.

Azrul berjongket bahu sambil menjuihkan bibirnya. Bagi dirinya bukan susah sangat pun. Serangan balas yang dilakukan pada hari itu adalah sangat berprestij sekali. Julung-julung kalinya dia pecah masuk rumah orang di bandar besar ini. Mahu lakukan lagi rasanya.

“Macam ni bang, kalau kita tunggu dia memang tak akan ada peluang. Lebih baik kita lancarkan serangan untuk kedua kalinya. Az ada idea. Kali ni pakai idea Az pulak,” cadang Azrul.

Rafiq seperti endah tidak endah sahaja cakap Azrul. Rafiq fikir idea dia lagi menawan hati sendiri dari dengar idea orang lain. Ceh! Perasan bagus kononnya. Tak apa Rafiq, kau tunggu dulu apa idea yang Azrul nak bagi. Kau pasang telinga saja.

“Abang nak dengar idea Az ke tidak ni?” Azrul bertanya sambil menyendut minuman kegeramarannya iaitu teh o ais limau sampai habis.

Nampak gayanya Rafiq menjeling sahaja. Dalam hati pasti mahu. Hari-hari mahu dengan twiestis ibarat iklan makanan ringan dalam televisyen itulah.

Tanpa segan silu dengan muka tidak malu Rafiq mengangguk perlahan. Akhirnya mahu tahu juga. Azrul menoleh kiri dan kanan lepas itu dia dekatkan bibirnya pada cuping telinga Rafiq. Laa! Berbisik rupanya! Bukan ada orang mahu dengar pun! Orang cuma baca saja! Ha ha ha…

Nice!!!!” ucap Rafiq setelah mendengar cadangan ‘baik punya’ bak kata bintang AF iaitu Dafi.

Azrul memuncungkan mulutnya sambil angguk-angguk kepalanya dan selepas itu lagut menguis dagu. Ingat comel sangatlah itu buat muka cicak kobeng! Lawa tapak kasut Rafiq lagi.

***

APA kata kita jengah rumah Roy, saat ini apa mereka buat agaknya ya. Jeng jeng jeng! Suspen saja. Itu dia! Roy dengan gaya ala-ala heroin hindustan sibuk gelek punggung layan lagu dari bollywood itu secara tiba-tiba. Apa kena dengan Roy ini? Buang tabiat ke?

Oh lupa, dia saja mahu hilang bosan. Sejak kerja cuci pinggan di restoran Kak Pija itu dia mula ketagih lagu-lagu macam itu. Maklum sajalah hari-hari dengar lagi hidustan yang terpasang di ceruk dapur itu. Mulanya dia tidak hingin, lama kelamaan tangkap lelehlah pula.

Kira dia nasib baiklah dapat juga kerja berfaedah dari merompak. Dan lagi bertambah baik nasibnya polis belum dapat cari dia. Kalau dapat sudah detect boleh jadi haru hidupnya. Mulut berani cakap, tidak takut itulah tidak takut inilah. 

Hakikatnya Zam tahu sikap Roy. Sebut fasal Zam pula dia belum balik dari kampung. Katanya mak dia sakit. Apa yang menyedihkan Zam dia terpaksa balik dengan gaya feminin. Ha ha ha! Takut kantoilah itu.

Sabar sajalah Roy, kawan baik kau balik kampung sebab hendak jenguk ibu dia. Kau? Kau ada balik kampung jenguk ibu kau? Gerenti tahun ini kau belum balik. Tunggu ibu jatuh sakit baru hendak balik kampung. Apa punya anaklah kau ini!

Pintu rumah diketuk seseorang. Siapa pula yang ganggu dia sedang berhibur di tengah malam buta ini?

Dia terus melangkah ke muka pintu lantas dipulasnya tombol itu. Nah! Tercegat Mak Bedah jiran sebelah.

“Hang ni pasang radio kuat-kuat hang pekak ka? Cucu mak cik nak tiduq pun tak senang. Awat hang memekak malam-malam buta ni hah?” bebel Mak Bedah.

“Kalau ya pun bagilah salam dulu, main cakap aje,” kata Roy.

“Orang macam hang ni duduk dalam gua lagi elok tau dak?” tempelak Mak Bedah.

“Yelah-yelah, orang perlahankan nanti atau mak cik nak join sekali? Marilah masuk,” pelawa Si Roy dengan buat lawak bodohnya.

“Kepala otak hang, aku nak tiduq. Sekali lagi aku dengaq hang duk pasang lagu kuat-kuat, aku hempuk kepala hang dengan lesung batu ni,” amboi! Mak Bedah siap bawa lesung batu lagi semata-mata hendak beri amaran.

“Awat mak cik beletiaq depan rumah saya ni, tak lenguh mulut ka? Sudah pesan tu dah okeylah, saya pun dengar amaran mak cik tu dan kejap lagi saya pi tutuplah. Lagu best ni, kuch kuch hota hai, mak cik nak dengar ka?”

“Hang nampak ni?” sekali lagi Mak Bedah angkat lesung batunya dan terus beredar dari situ.

Begitulah gayanya hidup berjiran. Silap sikit saja pasti kena tegur. Hidup berjiran memang memerlukan kesabaran mental yang tinggi. Tambah-tambah lagi bila hidup berjiran dengan orang seperti Roy itu. Boleh jadi gila jiran tetangga dibuatnya.

Roy kembali ke ruang tamu. Nasihat orang langsung tidak mahu dengar. Masuk telinga kanan keluar ikut mulut. Tidak langsung diendahkannya.

Sekarang tidak ada angin tidak ada ribut tiba-tiba saja blackout! Pada muka! Hiduplah kau di dalam kegelapan wahai Roy! Tapi bukan Roy seorang saja hidup di dalam kegelapan itu malah seluruh penghuni flat tersebut menhadapi perkara yang sama.

‘Aduh! Apasal pulak ni? aku tak bayar bil ke? Rasanya baru semalam aku jelaskan bayaran, takkan hari ni kena potong pulak? Tak boleh jadi ni, mesti ada orang dengki dengan aku,’ desis hatinya.

Tengok! Selalu saja niat tidak baik. Adakah orang mahu dengki dengan dia? Buat masa sekarang memang tidak masuk akal. Dia terus teraba-raba sampai ke tingkap. Baru dia percaya bahawa bukan rumahnya sahaja yang tidak ada bekalan elektrik. Semuanya menerima nasib yang sama.

Kini bermulalah satu kisah yang amat tragis dalam hidup Roy di mana dia dia tersadung pada kerusi kayu menyebabkan ibu jari kakinya sakit sewaktu mahu ke ruang dapur mencari lilin.

“Aduhhhhhhhhhhh sakitnya!” rintihnya.

Kasihan pula. Dia mengosok ibu jarinya yang sakit itu di dalam kegelapan. Saat itu dia merangkak mencari arah. Matanya masih kelam melihat isi rumah. Bila tiba di dapur dia membuka laci kabinet lalu meraba lilin.

“Haaa! Jumpa pun,” katanya sendiri.

Mahu cari lilin sudah satu masalah sekarang pemetik api pula tidak ada. Habislah kau Roy. Duduklah dalam beberapa minit dulu dalam gelap sebelum keadaan kembali pulih atau pun sampai ke pagilah jawabnya.

Dengan idealogi yang ada dan ligat otaknya itu dia menyuluh dengan telefon bimbitnya. Hah! Bukankah lebih senang! Ada telefon bimbit buat perkasam. Mujurlah Tuhan kurniakan akal untuk dirinya berfikir. Jangan guna kepala lutut sudah atau ibu jarinya yang tercedera itu.

Cari punya cari barulah jumpa lighter atas peti ais. Maka dengan itu dinyalakan lilin berkenaan. Sebaik sahaja dia menoleh ke belakang…

“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,” dia terpekik terlolong.

Terkejut besar hampir pengsan.

Wajah seseorang dekat dengan dirinya. Menyeringai Roy di situ mahu rebah tapi sempat dia melepaskan satu tumbukkan ke wajah itu dengan drastik dan spontan.

“Aduhhh!!” bunyi seorang orang mengaduh.

Sebaik sahaja Roy dengan suara itu dengan berani dan gagah perkasanya dia tahu itu adalah manusia yang mungkin mahu mengambil kesempatan di dalam kegelapan untuk menyamun di dalam rumahnya. Habis! Kuasa ultra ungu dan segala kuasa dikerahkan bagi menghentam penyamun itu.

“Nah kau! Penyamun! Ambik! Ambik!” dipukulnya orang yang itu.

“Sakit! Aduh sakit! Roy!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” pekik orang yang dipukulnya.

Orang itu menyebut namanya. Dia berhenti seketika. Statik sekejap tapi beberapa saat kemudian dia sambung pukul lagi.

“Cik Rohani binti Razali!!!!!!!! Sakitlah!!!!” ucap orang itu.

Bila menyedari nama penuhnya disebut dia berhenti menghentam. Hanya seorang sahaja yang tahu namanya penuhnya di flat ini.

Secara automatik bekalan elektrik bersambung lagi. Zast! Kasihan sungguh! Lebam biji mata Zam kena bantai cukup-cukup dengan Roy. Kes pukul kawan sendiri. Nasiblah masuk rumah tidak beri salam dulu. Biarpun rumah sendiri tapi salam harus diberi jangan main terjah saja sekarang nasib kamulah Zam.

“Laa! Cik Zarina anak Cikgu Fitri rupanya…! Ayah kau memang tak ajar kau adab nak masuk dalam rumah ke? Takkan pandai ajar anak-anak kat sekolah saja kot,” sinis Roy.

Sudah pukul orang boleh pula menyindir.

“Hello Cik Rohani anok Razali, kawe tahulah ayoh kawe tu cikgu, tapi takkan ini pun dio nok ajar aku untuk mengesyaki pencuri masuk dale (dalam) rumoh. Sudah tentu kawe keno tahu sendiri! kawe tengok pintu dok tertutup lepas tu kawe dengar bunyi bising celoh dapur! Kawe seko (sangka) ado pencuri masuk dale rumah dan kawe dok seko ke demo ingat demo tidur doh. Malangnyo kawe pulok yang keno tibai dengan demo!” gerutu Zam.

Keluar sudah dialek ibuandanya. Itu belum lagi Si Roy keluar bahasa ibuandanya pula, bahasa negori. Kalau tidak sepatah harap pun tidak tahu apa ke bendanya. Zam ini lepas balik dari kampung mula terbawa-bawa loghat Kelantannya.

“Itu baru sikit! Lain kali buatlah terperanjat aku lagi. Kalau nak balik tu cakaplah awal-awal! Nak saja aku cekik leher kau tadi lagak jadi puntianak, sini! Aku sapukan ubat kat mata kau tu!” kata Roy.

Baik pula Roy hendak sapukan ubat pula. Kena belanja nasi goreng pattaya untuk Zam oleh Roy sekejap lagi di kedai mamat hujung sana itu. Tapi rasanya tidak. Zam sendiri pun tengah pokai. Roy harus bertanggungjawab segala lebam-lebam yang diterima oleh Zam tadi.

***

“AKU tengah bengang gila ni,” ucap Zam menyatakan rasa hatinya ketika ini.

“Bengang kat siapa? Aku ke?” Roy menyoal sambil mengorek lubang telinganya dengan kunci motor.

Tidak senonoh!

“Bukanlah, aku bengang dengan keluarga aku,” balas Zam.

Ada saja yang tidak kena dengan keluarganya. Mesti ada sesuatu yang berlaku. Tidak mengapa kita biarkan dulu apa yang Zam mahu cerita.

“Kenapa pula dengan keluarga kau? Mereka suruh kau kerja di kampung ke? Tinggal aku sorang-sorang kat sini?” soal Roy.

Zam membetulkan kedudukan kemudian menelan deras air liurnya.
‘blub’

“Bukanlah, kes ni lagi besar dalam hidup aku,” katanya bersungguh-sungguh.

Roy mengerling matanya. Rasa ingin tahu secepat mungkin. Si Zam ini cerita selalu buat babak suspen. Geram sungguh.

“Yelah…habis tu apa dia? kau buat muka beruk depan aku ni apehal pulak, ceritalah aku nak tahu sangat ni,” kata Roy membulatkan matanya.

Roy dengar Zam mengeluh berat. Apa kejadahnya dia mengeluh tidak tentu fasal. Kaedah yang perlu digunapakai oleh Zam adalah dengan menarik nasaf sedalam yang boleh untuk tenangkan diri terlebih dahulu sebelum Roy naik angin pula. Roy ini bukan boleh tunggu lama-lama kala bab orang mahu bercerita. Mesti kena stright to the point bak kata orang putih. Tapi kalau giliran dia tidak mengapa pula. Ini tidak adil bak kata penyamun dalam cerita Nujum Pak Belalang.

Tiba-tiba Zam mengumam. Serba salah pulak dia mahu bercerita dengan Roy. Takut digelakkannya nanti. Roy ini bukan betul sangat.

“Kau nak cakap ke tak nak ni? kalau kau tak nak cakap lantak kaulah! Tapi lepas nijangan cakap aku tak pedulikan kawan pulak!” Roy macam merajuk saja.

“Nantilah kejap, aku tengah fikir ni,”

“Apa lagi yang kau nak fikir ni? kau yang cerita, jadi cerita ajelah. Ni kau nak cerita ke tak nak ni? kalau kau tak cerita aku nak masuk tidur dulu,” ujar Roy.

Lambat betullah si Zam ini mahu cerita. Sudah mahu habis waktu episod kali ini. Jangan lambat sangat nanti tidak sempat.

‘Inilah yang aku tak suka ni! kata hendak cerita lepas itu lengah-lengah pulak, aku tangan jugak muka Zam ni karang! Aku sanggup tahan nak terkencing ni semata-mata nak dengar cerita suspen dia!’ desis hati Roy lantas menarik muka bersama tangan yang disilangkan pada dadanya.

Roy pula yang mengeluh berat nampaknya. Dengan pantas dia mengangkat punggugnya mahu beredar. Malas hendak layan budak ‘psycho’ macam Zam itu. Roy pula memang tidak optimis langung!

Tiba-tiba Zam merenung Roy yang sedang berdiri mahu melangkah pergi tanpa dia memulakan cerita. Siapa suruh lambat sangat. Kena debik juga dia ini karang!

“Duduklah dulu! Aku nak cerita ni, aku nak tanya pendapat kau ni,”

“Malaslah nak layan!” Roy merajuk.

Sifat keperempuanannya masih ada. Sikap rajuk itu.

“Okey-okey! Dengar kau nak cakap ni,”

“Apa dia! Cakap sekarang!”

“Mak aku paksa aku kahwin…” kata Zam perlahan.

“Kahwin?” Roy kaget sekejap lepas terburai tawanya siap guling-guling lagi.

Cilakak punya kawan. Orang minta pendapat bukan minta ketawa terbahak-bahak macam itu. Memang sewel minah tomboy sorang ini.

“Kenapa kau gelak?!” bentak Zam yang sudah bangun hentak-hentak kaki. Rasanya mahu pijak sahaja perut Roy. Geram sungguh!

Zam tarik muka.

“Habis itu apa lagi…kahwin ajelah, tapi dengan siapa mak kau nak kahwinkan kau? Dengan mamat bangla ke? Kau macho beb takkan nak kahwin dengan mamat bangla. Carilah awek…” sinis Roy.

“Otak kau! Aku terajang gak kau ni. kenapa bengap sangat?”

“Ooo kata aku bengap kau tu dua kali ganda lebih bengap! Dengan keadaan kau macam ni ke kau nak kahwin? Bro! mampu ke kau nak jadi feminin?” Roy seperti memperkecilkan diri Zam.

“Ni yang aku malas nak cerita kat kau! Otak mereng! Layak masuk hospital tampoi aje,” ujar Zam yang mengangkat kening.

“Zammmmmmmmmmmmmmmm! Kau jangan cakap ikut sedap mulut saja! aku sumbat mulut kau dengan pasu bunga ni,” ugut Roy.

Menyeringai Zam ketika ini.

Merepek! Dia yang cakap ikut sedap mulut hendak marahkan Zam pula. Dasar sungguh! Zam kau sabar saja Zam. Kau ubah diri kau jadi feminin dulu. Biar terbeliak biji mata Roy tengok kau nanti. Maklum sajalah Zam pun boleh tahan juga lawanya. Tapi kena tunggu dia tumbuh rambut jadi panjang ataupun pakai saja rambut palsu buat sementara waktu.

“Kadang-kadang mulut kau ni bau longkang Roy,” bidas Zam.

“Haha longkang-longkang pun aku tak akan percaya pada lelaki lagi. Tapi kau macam nak bagi hati kau tu pada lelaki. Tidak lama lagi kau pasti malang lagi bila sudah kahwin,”

“Itulah pasal. Aku takut ni. Tapi aku nak berubahlah Roy. Sampai bila aku nak macam ni. Suatu hari nanti pun aku mesti kahwin. Nanti aku jadi andartu pulak,” desis Zam.

“Andartu ke atau anak teruna tua? Syabas inspektor sahab… akhirnya kau dipaksa kahwin jugak.. Har har har! (gelak jahat)”

Kurang asam punya Roy sindir Zam.

Akhirnya Zam tarik muncung dua belas inci! Bengang sangat dengan Roy! Sudahlah keluarganya paksa dirinya berkahwin dengan orang pilihan orang tua. Niat hati ingin mengadu hal untuk minta pendapat bernas dari Roy tapi dia silap kerana respon negatif yang diberikan oleh Roy. Kau ini mengada-ngadalah Roy! Kasihan Zam..ish!

Makin ramailah orang menyampah dengan sikap Roy. Mak Bedah sekeluarga memang lama menyampah dengan Roy. Tiap kali Roy mahu masuk rumah, mesti dia ketuk pintu rumah Mak Bedah itu dulu. Mati-mati Mak Bedah sangka ada tetamu tapi kasihan diperbodohkan saja. Sikap Roy memang melampau-lampau. Memang tidak ada kerja.

Zam pula mahu tidak mahu terpaksa bertahan dengan sikap Roy. Dulu okey saja sekarang ini bertambah drastik perubahannya. Pasti Roy teramat kecewa dalam cintanya tapi adakah bersama Aswad ataupun Eina? Mana satu? Mungkin Aswad! Ya! Aswad!

BERSAMBUNG…

Membaca Amalan Mulia. Terima Kasih 'LIKE' dan 'SHARE' Entri Di Sini :)
Jom Berkongsi Artikel :

KLIK IKLAN, KUMPUL DUIT NAK BELI NOVEL

 

© Copyright Miqael Arshad Online Blog 2010 -2011 | Design by Miqael Arshad | Published by Blogger Malaya | Powered by Blogger.com.